omniture

Xinhua Silk Road: Forum Shanghai Y50 wujudkan tapak menguntungkan untuk inovasi dan keusahawanan

Xinhua Silk Road
2022-08-31 22:07 385

BEIJING, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Bertema "Peluang Baharu untuk Bandar, Masa Depan Baharu untuk Belia" ("Fresh Opportunities for City, Novel Future for Youth"), Forum untuk Inovasi dan Keusahawanan Shanghai Y50 ketiga telahpun diadakan pada 27 Ogos di Shanghai, timur China.

Forum untuk Inovasi dan Keusahawanan Shanghai Y50 ketiga bermula pada hari Sabtu di Shanghai, timur China.
Forum untuk Inovasi dan Keusahawanan Shanghai Y50 ketiga bermula pada hari Sabtu di Shanghai, timur China.

Di forum tersebut, sepuluh kes cemerlang bandar tersebut berhubung inovasi dan keusahawanan, program untuk memperkasa kebolehpasaran belia dan projek untuk mempromosikan imej jenama Shanghai diperkenalkan secara rasmi.

Acara tahun ini, memfokuskan kepada pembangunan "landasan baharu", dibawakan oleh Metaverse serta pembinaan hijau dan rendah karbon, berusaha untuk mengambil pendekatan yang menyeluruh untuk mendorong tapak yang menguntungkan untuk inovasi dan keusahawanan di Shanghai.

Seperti biasa, Shanghai akan memberi jaminan kukuh untuk inovasi dan keusahawanan dan membantu bakat muda menyedari nilai mereka di landasan yang baharu, kata Zhang Wei, naib datuk bandar Shanghai.

Dimulakan dari April 2020, forum berkenaan bertujuan untuk menghimpunkan kebijaksanaan, menggembleng usaha, mendorong kerjasama dan membina platform penting untuk membantu golongan muda menumpukan perhatian mereka kepada inovasi dan keusahawanan yang berjaya.

Sekumpulan pegawai kerajaan membuat tafsiran mendalam terhadap dasar semasa berhubung sokongan bakat, pembangunan industri serta inovasi saintifik dan teknologi semasa acara tersebut.

Selain itu "Belia Shanghai, Shanghai Belia" ("Shanghai Youth, Youth Shanghai"), satu deklarasi yang bertujuan untuk memanfaatkan peluang baharu bandar tersebut dan mendepani masa depan baharu belia, telah dilancarkan di forum tersebut.

Forum untuk Inovasi dan Keusahawanan Shanghai Y50 yang telahpun diadakan selama tiga tahun berturut-turut, sudahpun menjadi platform untuk bertukar-tukar idea terkini, mempamerkan kes cemerlang dan mengeluarkan dasar menguntungkan untuk usahawan muda.

Difahamkan bahawa usaha akan dilakukan untuk membangunkan forum Shanghai Y50 menjadi "papan tanda emas" bagi mewujudkan lebih banyak keadaan dan persekitaran perniagaan yang lebih baik bagi menyokong inovasi serta keusahawanan golongan muda.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/329755.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service