omniture

Strategi Tenaga Baharu Berjalan Rancak, GWM Perkenal Pelbagai Model Tenaga Baharu di Pameran Motor Chengdu 2022

GWM
2022-08-31 22:23 328

BAODING, China, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 26 Ogos, GWM muncul dengan enam jenamanya di Pameran Motor Chengdu 2022, lalu menjadi salah satu jenama yang paling popular.

Strategi Tenaga Baharu Berjalan Rancak, GWM Perkenal Pelbagai Model Tenaga Baharu di Pameran Motor Chengdu 2022
Strategi Tenaga Baharu Berjalan Rancak, GWM Perkenal Pelbagai Model Tenaga Baharu di Pameran Motor Chengdu 2022

GWM mempamerkan pelbagai model tenaga baharu yang menggamit perhatian kepada semua outlet media dan pengunjung di beberapa dewan pameran. Semasa berlangsungnya acara tersebut, pelbagai kenderaan elektrik hibrid telah dibawakan oleh HAVAL, TANK dan WEY, seterusnya membantu mengukuhkan matriks produk hibrid GWM.

Dua lagi jenama elektrik tulen iaitu ORA dan SAR turut mendapat perhatian yang luas dan menjadi tumpuan menerusi bentuk interaktifnya yang inovatif serta gaya yang dibezakan.

"Sebagai perintis dalam memacu transformasi syarikat-syarikat kereta konvensional ke arah pengelektrikan dan intelligentization, GWM telah mendesak untuk mempercepatkan pelaksanaan strategi tenaga baharu," ulas NetEase, media berita terkemuka China.

HAVAL diberi kedudukan sebagai "Pakar SUV Tenaga Baharu" dan kesemua modelnya yang dipamerkan di Dewan 1 ialah kenderaan tenaga baharu seperti H6-HEV, H6-PHEV dan H-DOG. Khususnya, SUV hibrid elektrik baharu HAVAL H-DOG membuat kemunculan sulung globalnya, menerima pakai Rangkaian Kuasa 1.5T+DHT-PHEV, dengan jumlah tork 530N•m dan jumlah kuasa 240kW. Ia mendorong pengguna untuk meluaskan sempadan kehidupan dengan ruang memandu yang lebih selesa.

Kini, HAVAL telahpun mara ke arah bidang tenaga baharu dan beberapa SUV hibrid jenama tersebut dapat memenuhi pelbagai permintaan pengguna terhadap perjalanan mesra alam dalam pasaran global.

TANK turut mempamerkan dua model tenaga baharu di reruai di Dewan 8, iaitu TANK300 HEV dan TANK500 PHEV. Kedua-dua model ini dapat mengintegrasikan keupayaan luar-jalan yang andal dan stabil dengan kuasa tenaga baharu yang hebat, lalu membolehkan pelanggan memperoleh pengalaman luar-jalan dan dalam masa yang sama menikmati perjalanan hijau dan selesa.

Kemudian, WEY membawakan Coffee 01, Latte DHT-PHEV (untuk pasaran Cina) dan model-model tenaga baharu pintar berkualiti tinggi yang lain di pameran tersebut, seterusnya membawa kepada trend pemanduan pintar yang baharu. Khususnya, Coffee 01, model pertama untuk penembusan WEY ke Eropah, telah menarik perhatian golongan profesional industri dan pengguna tempatan sebaik sahaja ia diperkenalkan dalam pasaran Eropah.

Ketika ini, dalam bidang tenaga baharu, GWM mewujudkan strategi pembangunan yang memfokuskan kepada pelbagai laluan teknologi seperti elektrik hibrid dan elektrik tulen bagi mempercepatkan susun atur dalam bidang tenaga baharu.

Dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D), syarikat ini telah meningkatkan pelaburan dan mengatakan bahawa menjelang tahun 2025, GWM akan melabur sejumlah CNY 100 bilion untuk tenaga baharu dan teknologi berasaskan kecerdasan bagi mencipta produk yang lebih hijau, lebih pintar dan lebih selamat untuk pengguna.

Di Persidangan Pelancaran Global Strategi 2025, syarikat ini mengumumkan bahawa kenderaan tenaga baharu GWM akan menyumbang sebanyak 80% menjelang tahun 2025.

Mu Feng, Presiden GWM, berkata di persidangan strategi tenaga baharu jenama HAVAL, "Strategi tenaga baharu GWM berjalan dengan rancak."

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities New products/services Trade show news