omniture

Country Garden keluarkan laporan interim 2022: jualan terus mengatasi prestasi manakala aliran tunai tetap kukuh

Country Garden Holdings
2022-09-01 20:01 448

FOSHAN, China, 1 September 2022 /PRNewswire/ -- Pemaju hartanah Cina Country Garden (02007.HK) mengeluarkan keputusan interimnya bagi tahun 2022 pada 30 Ogos 2022. Berlatarbelakangkan perubahan mendalam dalam sektor hartanah China dan pasaran yang berkembang pada kadar perlahan, pemaju ini terus menerajui industri ini dengan menunjukkan kebingkasan dalam prestasinya hasil daripada kunci kira-kira yang lebih baik dan aliran tunai yang banyak.

Menurut laporan tersebut, Country Garden mencapai jualan berkontrak kira-kira 185.1 bilion yuan (kira-kira AS$25.9 bilion) dan volum jualan berkontrak kira-kira 23.48 juta meter persegi semasa separuh pertama tahun 2022, lalu menyenaraikan syarikat ini di kedudukan pertama dalam industri ini. Jumlah kutipan bayaran mencecah 170.3 bilion yuan (kira-kira AS$23.8 bilion), dengan kadar kutipan mencapai kira-kira 92%, melebihi 90% selama tujuh tahun berturut-turut.

Semasa tempoh pelaporan, Country Garden mencatatkan hasil kendalian sebanyak 162.36 bilion yuan, keuntungan kasar sebanyak 17.21 bilion yuan dan keuntungan bersih teras sebanyak 4.91 bilion yuan yang menunjukkan perolehan positif walaupun dengan kemerosotan pasaran serta pandemik Covid-19 yang masih berterusan, seterusnya menunjukkan kebingkasan luar biasa syarikat ini.

Presiden Country Garden Mo Bin berkata dalam separuh pertama tahun 2022, firma ini mengoptimumkan selanjutnya struktur hutangnya dengan menggunakan aliran tunai operasi untuk membayar balik beberapa pembiayaan jangka pendek yang berkos tinggi, dengan tumpuan untuk memastikan keseimbangan antara aliran tunai, kunci kira-kira dan keuntungan.

Pada penghujung separuh pertama, aliran tunai kendalian bersih Country Garden mencecah 5.25 bilion yuan dengan jumlah pinjaman belum luas telah menurun kepada 293.68 bilion yuan, turun 7.6 peratus daripada penghujung tahun lalu. Nisbah penggearan mencecah 48.1% pada penghujung tempoh pelaporan, telah dikekalkan pada kadar kurang daripada 60% selama beberapa tahun. Kadar tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding ambang nisbah penggearan negara ini iaitu kurang daripada 100% dan berada dalam julat yang lebih rendah untuk industri ini. Pada penghujung laporan pelaporan, tunai sedia ada syarikat ini berjumlah 147.98 bilion yuan. Nisbah aliran tunai kepada hutang jangka pendek mencecah kira-kira 2X, tanpa beban ke atas pembayaran balik hutang jangka pendek.

Country Garden memastikan penyerahan projek yang tepat pada masanya dan dalam masa yang sama mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh. Menurut statistik yang tersedia, dalam separuh pertama tahun ini, pihak pemaju menyelesaikan pembinaan dan menyediakan lebih daripada 250,000 unit (dalam 1,070 lot) kepada pasaran di 214 bandar seluruh China, selaras sepenuhnya dengan apa yang telah dijanjikan dan jauh melebihi rakan setaranya. Pihak pengurusan mengesahkan bahawa firma ini merancang untuk menyerahkan 500,000 unit semasa separuh kedua tahun ini, iaitu kira-kira dua kali ganda daripada separuh pertama.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Earnings