omniture

Forum Inovasi Pujiang ke-15 diadakan di Shanghai, China

Shanghai Center for Pujiang Innovation Forum
2022-09-01 20:21 339

SHANGHAI, 1 September 2022 /PRNewswire/ -- Forum Inovasi Pujiang ke-15 2022 dibuka di hab kewangan China, Shanghai pada 27 Ogos. Dengan tema "Karbon Rendah: Misi Baharu untuk Inovasi Global", forum tersebut akan memfokuskan untuk menyokong pembangunan karbon rendah melalui inovasi teknologi, menubuhkan sistem ekonomi dan teknologi yang mantap untuk pembangunan hijau, karbon rendah dan pusingan serta mempererat kerjasama global dalam teknologi karbon rendah untuk bersama-sama merangka pelan tindakan baharu untuk pembangunan mampan global.

Forum Inovasi Pujiang ke-15 diadakan di Shanghai, China
Forum Inovasi Pujiang ke-15 diadakan di Shanghai, China

Tahun ini, lebih daripada 230 pakar daripada organisasi antarabangsa, universiti terkemuka, institusi penyelidikan saintifik, kumpulan pemikir, syarikat dan lebih daripada 40 ahli akademik dari hampir 30 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam acara tersebut secara dalam talian dan luar talian.

Forum Inovasi Pujiang diasaskan secara bersama oleh Kementerian Sains dan Teknologi serta Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai pada tahun 2008. Memfokuskan kepada tema inovasi, ia telah menjadi platform yang penting bagi menggalakkan kerjasama global dalam bidang sains, teknologi serta inovasi dengan menggabungkan idea global dan mengupayakan inovasi saintifik dan juga teknologi.

Di upacara perasmian, "INNOMATCH", platform pemadanan untuk bekalan dan permintaan teknologi global telahpun dilancarkan secara rasmi yang bermatlamat untuk mengumpulkan sumber inovasi global, memenuhi keperluan inovasi perusahaan dan membina landasan pantas dua-hala untuk transformasi pencapaian saintifik dan teknologi.

Di mesyuarat pleno yang diadakan kemudiannya, Borge Brende, presiden Forum Ekonomi Dunia berkata bahawa teknologi merupakan kunci untuk mengurangkan perubahan iklim dan atas sebab inilah komitmen China untuk mempromosikan penyelesaian teknologi hijau adalah sesuatu yang hebat.

Semasa berlangsungnya forum ini, beberapa laporan dan perjanjian kerjasama telahpun dikeluarkan seperti Laporan Analisis Saintis tahap-Tinggi Global "Bandar Ideal" 2022 dan Sains dan Teknologi berkaitan Karbon Sifar Rendah & Bersih serta Analisis Prospektif Senario Aplikasi.

Di Forum Wilayah & Bandar yang diadakan pada 28 Ogos, National Innovation Center par Excellence (NICE) menandatangani kontrak dengan enam syarikat bertaraf antarabangsa termasuk ARaymond Company dari Perancis dan DuPont Company dari Amerika Syarikat, untuk bersama-sama menggalakkan inovasi global serta pembangunan hijau bersepadu yang berkualiti tinggi.

Source: Shanghai Center for Pujiang Innovation Forum
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Trade show news