omniture

Dikuasakan oleh FOTON, Kumpulan Pertama Bas Bandar Hidrogen Australia telahpun tiba

FOTON INTERNATIONAL CO., LTD, BEIJING
2022-09-01 20:30 277

BEIJING, 1 September 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu peneraju bagi pengkomersialan bas sel bahan bakar hidrogen dalam lapangan global, FOTON telahpun menyerahkan lebih 1,000 unit bas sel bahan bakar hidrogen kepada pelanggannya di seluruh dunia. Dengan rekod prestasi terbukti dalam menyampaikan prestasi yang amat andal dan mesra alam, secara keseluruhan kenderaan emisi karbon sifar ini telah mengumpul jumlah perbatuan sejauh lebih 13 juta kilometer. Hasil daripada kerja kerasnya yang tidak henti-henti dalam dekad lalu, FOTON berjaya membangunkan sistem sel bahan bakar hidrogen yang membolehkan bas mencapai emisi karbon sifar.

Manfaat daripada teknologi sel bahan bakar hidrogen yang matang dan pengalaman operasi komersial, lebih ramai pelanggan telah menambah FOTON kepada sistem pengangkutan awam bagi mengembangkan kumpulan hijau penyelesaian pengangkutan lestari, FOTON di Australia umpamanya. Pada 18 Ogos, dua unit bas sel bahan bakar hidrogen Foton AUV diserahkan secara rasmi kepada Kelsian Group, ditambah kepada kumpulan hijau penyelesaian pengangkutan lestari Transit Systems yang semakin berkembang, yang kini melibatkan 60 bas elektrik dan dua bas hidrogen – menjadikan Transit Systems, yang merupakan sebahagian daripada Kelsian Group, sebagai pengendali pengangkutan awam mampan yang paling berpengalaman di Australia. Sebagai jenama bas sel bahan bakar hidrogen pertama yang menembusi pasaran Australia, bas-bas berkuasa hidrogen FOTON dijangka beroperasi secara komersial dalam masa terdekat, menyambut era pengangkutan awam serba baharu untuk penduduk tempatan.

× Bas-Bandar-Hidrogen-Australia
× Bas-Bandar-Hidrogen-Australia

"Ketibaan bas sel bahan bakar hidrogen FOTON menandakan pencapaian yang baharu buat kami, meletakkan kami di kedudukan sebagai pengendali bas yang paling mesra alam di Australia. Dengan bekerjasama erat bersama kerajaan Australia, kami komited untuk memainkan peranan penting dalam mencapai pembangunan yang mampan," kata Clint Feuerherdt, Ketua Pegawai Eksekutif Kelsian Group. "FOTON pastinya melakar sejarah dengan membina pengangkutan awam hijau di Australia," tegas Greg Balkin, Ketua Pegawai Operasi Transit Systems.

Mempunyai berat badan bas yang lebih ringan, lebih banyak kapasiti pemuatan dan jarak pemanduan berterusan yang lebih panjang, kenderaan tenaga baharu Foton, yang mewakili sepenuhnya penyelesaian pengangkutan emisi-sifar, membuka laluan baharu untuk pasaran pengangkutan global.

Source: FOTON INTERNATIONAL CO., LTD, BEIJING
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation