omniture

XR1600E XCMG, Rig Gerudi Berputar Terbesar Dunia, Dikeluarkan daripada Barisan Pemasangan

XCMG
2022-09-02 11:49 165

XUZHOU, China, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- XR1600E, rig gerudi berputar yang terbesar di dunia yang dibangunkan oleh XCMG (SHE:000425), telah dikeluarkan secara rasmi daripada barisan pemasangan. Ia direka bentuk dan dikeluarkan terutamanya untuk projek pembinaan cerucuk jambatan berskala besar dan projek cerucuk berkuasa angin luar pesisir.

XCMG’s XR1600E, the World’s Largest Rotary Drilling Rig, Rolls off the Assembly Line.
XCMG’s XR1600E, the World’s Largest Rotary Drilling Rig, Rolls off the Assembly Line.

Model ini telah mencipta beberapa rekod dunia dengan diameter penggerudian maksimum 7.5 meter dan kedalaman penggerudian maksimum mencecah 190 meter, manakala tork output kepala kuasanya ialah 1600kNm. Rig gerudi berputar mempunyai ketinggian 42 meter dan berat 520 tan.

XR1600E dibangunkan dengan teknologi canggih, termasuk kawalan koperatif sumber dwi kuasa dan teknologi kombinasi modular rig gerudi berputar tanan amat besar. Cerucuk gerudi mempunyai teknologi rod anti-jalur divisualisasikan yang mengurangkan risiko meremukkan rod sebanyak 95 peratus bagi menjamin keselamatan pengendalian cerucuk dan asas.

"XR1600E memiliki lebih daripada 20 paten untuk ciptaan dan telah meningkatkan sepenuhnya tahap kapasiti pembinaan, prestasi dan keselamatan, menangani masalah kesesakan pembinaan asas berskala besar seperti kecekapan rendah dan kos tinggi yang secara tradisinya menggunakan gerudi edaran balikan bagi memberikan prestasi cerucuk berkualiti tinggi. Ia akan menyokong pembinaan infrastruktur super dan mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan," kata Wang Min, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

XR1600E akan digunakan secara meluas untuk cerucuk konkrit tuang setempat dalam projek-projek berdiameter amat besar dan batuan yang amat keras pada kedalaman yang sangat dalam.

Didayakan oleh kepakaran teknikal yang kukuh serta platform penyelidikan dan pembangunan (R&D), XCMG melancarkan siri produk tanan super termasuk XR550D, XR800E, XR1200E dan banyak lagi. XR1600E, sebagai gerudi No.1 di dunia, berupaya untuk memenuhi keperluan projek-projek pembinaan berskala besar seperti jambatan rentas laut, ladang janakuasa angin luar pesisir dan bangunan yang amat tinggi.

XR1600E merupakan antara produk pertama yang dihantar dari tapak pembuatan baharu XCMG Foundation, yang dibina dengan jumlah pelaburan sebanyak 5 bilion yuan. Apabila siap, tapak tersebut akan memiliki kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 12,000 set pelbagai peralatan jentera dan dijangka menjana 20 bilion yuan dalam hasil kendalian menjelang tahun 2025. Pada masa akan datang, tapak tersebut akan menjadi tonggak penting untuk pembangunan lima sektor utama XCMG Foundation, iaitu jentera cerucuk, jentera cerucuk tanpa parit, jentera perlombongan, jentera perlombongan dan penerowongan serta jentera gerudi sumber.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation New products/services