omniture

Modul Kamera Inframerah Raspberry Pi yang Boleh Didapati daripada RS Components Mencari Aplikasi Baharu

Kemampuan inframerah Pi NoIR membuka laluan untuk kepelbagaian projek bagi penggemar Raspberry Pi
RS Components
2013-10-30 11:00 172

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), peneraju dunia dalam pengedaran perkhidmatan tinggi bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, kini sedang menjual produk inovatif terkini yang muncul daripada Yayasan Raspberry Pi. Dengan harga GBP16.80, modul kamera inframerah Pi NoIR ialah varian modul kamera Raspberry Pi cahaya tampak sedia ada yang dibekalkan oleh RS sejak penghujung tahun lepas, dan mempunyai sensor imej 5 megapiksel yang sama seperti peranti terdahulu dengan penapis cahaya optikal dikeluarkan bagi membolehkan frekuensi cahaya inframerah.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/28/20131028201045773219.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Dibangunkan untuk aplikasi berkepelbagaian termasuk yang memerlukan penglihatan cahaya samar (contohnya keselamatan dan memantau kelakuan haiwan yang aktif pada waktu malam), pengimejan hiperspektrum, astronomi dan penyiasatan paranormal, Pi NoIR mampu mengambil foto pegun dengan resolusi sebanyak 2592 x 1944. Modul kecil itu, yang berukuran hanya 20mm x 25mm x 9mm, juga boleh merakam video HD sehingga 1080p pada 30 bingkai sesaat, lalu membenarkan pengguna model A dan B Raspberry Pi membina aplikasi video. Papan itu akan disambungkan ke dalam pin CSI yang tidak digunakan pada Raspberry Pi, menggunakan antara muka I²C untuk kawalan.

Bagi mula menggunakan Pi NoIR, pengguna memerlukan papan Raspberry Pi, kad SD dengan OS sedia dipasangkan, dan pek bateri atau bekalan kuasa. Barangan tambahan pilihan lain termasuklah lampu inframerah, tongkat kamera Raspberry Pi, dan pelbagai kabel untuk keterhubungan HDMI, VGA dan Ethernet. Semua komponen boleh dibeli terus daripada stok RS.

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia untuk pengedaran perkhidmatan tinggi bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal utama, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web www.rs-components.com

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Semiconductors New products/services