omniture

Huawei Mobile Services lancar pertandingan reka bentuk jam tangan inovatif dengan US$17,500 untuk dimenangi

Huawei Mobile Services
2022-09-02 16:59 207

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 29 Ogos, Huawei Mobile Services (HMS) melancarkan Watch Face Designathon Asia-Pasifik 2022, iaitu satu pertandingan tahunan yang khususnya untuk mencabar pereka-pereka bagi mencipta muka jam tangan yang serasi dengan HUAWEI Watch 3 series dan mengoptimumkannya untuk diterbitkan dalam HUAWEI Themes. Pertandingan tersebut akan menyaksikan para peserta tempatan untuk melontarkan daya kreativiti dan kemahiran reka bentuk mereka untuk memenangi hadiah wang tunai terkumpul bernilai US$17,500 secara tunai. Pemohon-pemohon yang berminat boleh mendaftar penyertaan mereka mulai sekarang hingga 21 September. 

Artis-artis terkenal [Mackcha, Fei Giap dan NasSuha] akan mewakili tiga tema pertandingan dan mereka bentuk muka jam tangan yang eksklusif
Artis-artis terkenal [Mackcha, Fei Giap dan NasSuha] akan mewakili tiga tema pertandingan dan mereka bentuk muka jam tangan yang eksklusif

Pertandingan tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi serta menyokong komuniti pereka bagi mempersembahkan karya agung yang luar biasa dalam ekosistem reka bentuk HUAWEI Watch Face. Para peserta boleh mencipta reka bentuk muka jam tangan berdasarkan kepada tafsiran mereka sendiri terhadap satu atau lebih daripada tiga tema pertandingan: Hubungan, Keharmonian dan Kuasa.

Berkolaborasi dengan artis-artis terkenal dan Ragnarok X (ROX) 

Edisi tahun ini sangat mengujakan kerana kita dapat menyaksikan Huawei menceburi ke dalam bidang seni dengan berkolaborasi buat julung kalinya bersama tiga artis tersohor iaitu Mackcha (@mackcha), Fei Giap (@thelokamade) dan NasSuha (@nassuha_). Mackcha memfokuskan untuk mengekspresikan perasaan dan sentiment melalui karakter pseudo beliau yang dinamakan "Chalotte", seorang gadis yang memiliki sepasang mata berwarna biru ikonik yang mengenakan gaun berwarna biru yang mana beliau mempunyai pertalian dengan laut, makhluk marin yang hebat dan agung serta dengan alam semula jadi. Gaya Fei Giap memberi tumpuan untuk menggabungkan ciri-ciri anime dengan elemen-elemen tempatan, mencetuskan gaya tersendiri melalui gabungan yang harmoni antara warna dan budaya. Artis kelahiran Malaysia NasSuha ingin mengekspresikan kemeriahan warisan dan budaya yang beraneka di Malaysia melalui mural dan 'doodle' beliau, menggabungkan warna-warna terang untuk mencetuskan tenaga dan impak dalam karya beliau.

Setiap seorang akan mewakili satu daripada tiga tema pertandingan dan akan mereka bentuk muka jam tangan yang eksklusif sebagai karya kolaboratif. Artis-artis tersebut akan turut menjadi sebahagian daripada panel hakim dan akan mengambil bahagian dalam majlis penyampaian anugerah pada 3 November.

Kolaborasi ini bertujuan untuk membantu para pereka memahami dengan lebih baik arena reka bentuk dan mendapat pemahaman baharu daripada pakar-pakar (MackchaFei Giap dan NasSuha) yang akan berkongsi inspirasi seni mereka, panduan dan petua serta pengalaman peribadi dan profesional mereka melalui strim langsung dan 'reel' Instagram yang interaktif.

Ragnarok X (ROX), salah satu permainan main-peranan dalam talian berbilang pemain besar-besaran dengan jualan paling laris dan rakan kongsi yang masih terjalin bersama Huawei AppGallery, akan turut mereka bentuk muka jam tangan yang eksklusif berdasarkan kepada salah satu daripada tiga tema tersebut.

Memberi sokongan pereka yang meluas 

Selain daripada hadiah wang tunai, pertandingan tersebut menawarkan peluang yang menarik untuk memasuki ekosistem mudah alih ketiga terbesar, lalu membuka peluang kepada pereka untuk menembusi pasaran global. Karya seni pemenang akan diterbitkan dalam HUAWEI Themes, mendekati lebih daripada 120 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Para pemenang juga akan ditawarkan dengan promosi media serantau dan peluang pemasaran bersama Huawei.

Semua pereka yang mengambil bahagian boleh menantikan rangkaian sokongan teknikal yang diperluas termasuk bengkel dengan bimbingan secara amali daripada Fei Giap yang akan berkongsi idea mengenai cara untuk memupuk inovasi dan jurulatih Huawei, Yang Ling yang akan memperkenalkan perisian HUAWEI Theme Studio. Para peserta akan dilengkapi dan diperkasa dengan alat serta kemahiran yang diperlukan untuk mentransformasikan reka bentuk estetik mereka menjadi muka jam tangan berfungsi yang sedia diterbitkan dalam HUAWEI Themes.

Para artis dan pemenang juga akan dijemput untuk menghadiri acara terbesar Huawei pada tahun ini, Hari Pembangun HUAWEI yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 3 November. Semua hasil kolaboratif dan karya seni yang berjaya akan dipaparkan di pameran interaktif dan sebuah majlis penganugerahan akan diadakan untuk mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

Mekanik dan hadiah pertandingan 

HUAWEI Themes Watch Face Designathon APAC 2022 mengalu-alukan para pereka, artis, pelajar, penggemar dan pekerja bebas yang berpangkalan di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Peserta-peserta perlu menghantar sekurang-kurangnya satu karya seni berdasarkan tema pilihan mereka dan mata bonus akan diberikan untuk beberapa penyertaan. 60 orang pertama mendaftar yang menerbitkan karya agung mereka dengan jayanya akan layak menerima Band 6 dan sijil penyertaan.

Edisi tahun ini akan menampilkan enam pemenang yang akan dibahagikan kepada empat kategori anugerah: satu Anugerah Luar Biasa (AS$6,000), satu Anugerah Kecemerlangan (AS$4,000), satu Anugerah Reka Bentuk Terbilang (AS$3,000) dan tiga Anugerah Pereka Huawei Baharu (AS$1,500). Di samping itu, para pemenang akan turut membawa pulang HUAWEI Watch 3, yang melaluinya mereka boleh melihat muka jam tangan mereka di atasnya.

Untuk terma-terma dan syarat-syarat pertandingan, pendaftaran atau maklumat lanjut tentang jadual akan datang serta panel hakim, sila kunjungi laman sesawang rasmi.

 

 

 

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards