omniture

TCL Perkukuh Inovasinya dalam Pawagam Rumah Premium dan Perkakas Pintar dengan Pengumuman di Sidang Akhbar IFA 2022

TCL Electronics
2022-09-05 08:59 119

TCL mendedahkan barisan produk pemenang anugerah baharu untuk gaya hidup pintar dan menegaskan lagi komitmennya terhadap kelestarian.

HONG KONG, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen (TV) global dan jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mengadakan sidang akhbar global di IFA 2022, Berlin, bagi mempersembahkan inovasi terkininya termasuk bar bunyi RAY·DANZ unggulan baharu, Koleksi XL TV LED Mini dan QLED di Eropah dan mesin basuh kelas tenaga A terbaharu. TCL turut memaparkan penajaan sukan terkininya dan juga komitmen kelestarian. Melalui inovasi dan pelaburan yang berterusan bagi membangunkan teknologi baharu, TCL terus berkembang dan meluaskan potensi untuk mentransformasikan lebih banyak aspek dalam kehidupan harian dan membawa nilai yang belum pernah dibayangkan sebelum ini kepada kumpulan pelanggan yang besar dan pelbagai di serata dunia. Untuk berita mutakhir TCL yang lebih lanjut di IFA, sila klik di sini.


Untuk Menawarkan Pengalaman Pawagam Rumah Imersif yang Premium  

Kini, TCL merupakan jenama TV LCD No.2[1] di peringkat global dan menduduki kedudukan teratas dalam banyak pasaran penting. Sementara itu, TV pintar TCL berada dalam senarai 5 Teratas mengikut volum jualan bahagian pasaran di lebih daripada 20 negara dan wilayah. Sebagai sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan salah satu jenama paling laris terjual di dunia, TCL komited untuk menyampaikan TV premium yang jauh lebih inovatif kepada pengguna.

Hari ini, TCL melangkaui jangkaan pelanggan dengan meninggikan penanda aras untuk pengalaman pawagam rumah premium. Di IFA 2022, TCL mempamerkan TV Mini LED Premium EISA C835, TV Mini LED 4K menyeluruh dengan kualiti gambar yang hebat digandingkan dengan Dolby Atmos untuk bunyi yang imersif. Bagi membawakan pengalaman pawagam ke dalam rumah dan menawarkan pengalaman imersif yang luas, TCL mengambil selangkah ke hadapan menerusi TV QLED 98-inci TCL pertama Eropah dan pengenalan TV Koleksi XL terkininya ke Eropah.

Bagi audio, TCL memperkenalkan bar bunyi X937U unggulan terbaharu dengan teknologi RAY·DANZ yang eksklusif berserta Bar Bunyi Belian Terbaik EISA C935U dengan RAY·DANZ Dolby Atmos.

Untuk persekitaran menonton yang luas, TCL turut membawakan Cermin Mata Paparan Boleh Pakai NXTWEAR TCL dengan penaiktarafan yang memperkayakan pengalaman pengguna. Mudah digunakan dan ringan, hanya seberat 75g, cermin mata pintar ini memberikan rasa yang luar biasa menonton skrin 140-inci sejauh 4 meter.

Melihatkan kejayaan globalnya, TCL yakin bahawa momentum perniagaan akan terus menyampaikan TV premium yang jauh lebih inovatif kepada pelanggannya di seluruh dunia, kerana meletakkan pengalaman pengguna sebagai keutamaan dalam setiap inovasi merupakan asas kepada nilai dan visi syarikat ini.

Untuk Mendayakan Gaya Hidup Pintar 

Visi reka bentuk dan pembangunan TCL untuk produk-produk berbilang kategorinya adalah untuk membawakan pengalaman pelanggan 'Gaya Hidup Pintar' kepada lebih banyak rumah. Dengan TV menjadi bahagian penting dalam ekosistem rumah TCL, TCL menjadikan kehidupan rumah lebih pintar, mesra alam, terhubung dan menyeronokkan untuk pelanggannya.

Bermula daripada penyaman udara FreshIN proprietari, mesin basuh "kelas tenaga A", hinggalah pelbagai jenis peti sejuk dan pembersih udara serta vakum robot, TCL menyediakan produk-produk yang berhubung dengan lancar dan mudah digunakan. Dengan perkakas rumah yang memenangi anugerah untuk reka bentuknya, TCL menawarkan bukan sahaja teknologi tetapi juga produk perabot bergaya untuk dipadankan dengan mana-mana hiasan rumah.

Untuk Menjadi Lestari dan Bertanggungjawab

Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dengan jejak global, TCL menerima komitmennya lebih daripada membangunkan dan menjual produk kepada pelanggannya.

Pengawasan terhadap alam sekitar yang bertanggungjawab adalah sangat penting dan TCL mengambil langkah-langkah yang komprehensif dalam setiap aspek operasinya, bagi memastikan masa depan yang lestari dan memperuntukkan sumber khusus kepada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini.

Selain itu, pelaburan dalam sektor fotovolta untuk menghasilkan tenaga yang lebih bersih dan lebih hijau bagi membantu mengurangkan emisi gas rumah hijau telah menjadi keutamaan. TCL memegang rekod prestasi yang kukuh dalam kelestarian. Produk-produknya memenuhi dan melangkaui standard alam sekitar dan ia mengawasi proses pembuatan bagi mengurangkan penggunaan tenaga, menghapuskan bahan berbahaya dan menjauhkan mineral konflik daripada rantaian bekalan. Ia turut menyokong pembungkusan hijau dan merancang untuk meningkatkan jumlah dan kualiti program kitar semula barangan elektroniknya.

Tahun ini, TCL akan melancarkan lebih banyak produk kelas-A bagi membantu penggunanya membangunkan gaya hidup yang lebih lestari. Di samping itu, TCL France menyokong ekspedisi saintifik Polar Pod yang dipimpin oleh doktor dan penjelajah Perancis yang terkenal, Jean-Louis Etienne, untuk meneroka Lautan Selatan dan menghantar data baharu atau pemerhatian jangka panjang kepada penyelidik, ahli oseanografi, ahli klimatologi dan ahli biologi. Sebagai penaja ekspedisi tersebut, TCL France menyediakan bantuan kewangan kepada pasukan Polar Pod dan akan mempromosikan ekspedisi hebat ini kepada orang ramai.

Bagi Menginspirasikan Kehebatan dalam Kehidupan  Proaktif, Bergaya, Inovatif dan Pintar

Telahpun memperkenalkan pengenalan jenama baharu, Inspire Greatness (Inspirasikan Kehebatan), awal tahun ini, TCL kini berdedikasi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyerlahkan detik-detik mereka yang paling hebat dalam kehidupan – detik-detik yang proaktif, bergaya, inovatif dan pintar.

TCL turut membawakan keterujaan kepada pelanggan melalui hubungannya dengan nama-nama yang dipercayai dalam sektor hiburan, sukan, permainan dan teknologi. TCL ialah rakan kongsi global FIBA sejak tahun 2018 dan berbangga menyokong Kejohanan EuroBasket FIBA pada bulan September ini, yang mana peminat sukan bola keranjang Eropah akan berpeluang menonton Kejohanan EuroBasket FIBA di rumah mereka bermula hari ini dan berlangsung di Jerman, Itali, Georgia serta Republik Czech.

Menjelang acara bola sepak dunia yang amat dinanti-nantikan lewat tahun ini, TCL mempunyai beberapa berita yang mendebarkan untuk dikongsi bersama pendedahan video kejutan daripada TCL Team 2022.

Penajaan sukan bola sepak baharu ini adalah bersama pemain Brazil Rodrygo, pemain Inggeris Phil Foden, Raphael Varane dari Perancis dan bintang warga Sepanyol yang semakin meningkat naik, Pedri.

TCL Team 2022 akan membawakan keterujaan dan kegembiraan ke seluruh dunia terutamanya melalui pengalaman sukan dan TV hiburan yang paling popular di dunia ini.

Kunjungi di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang TCL di IFA 2022 dan melihat imbasan pengumuman yang distrim langsung.

Livestream: TCL Electronics on YouTube
Twitter: @TCL_Global
Facebook: @TCLElectronicsGlobal
Instagram: tclelectronics
YouTube: TCL Electronics

TCL akan mengadakan pameran di IFA 2022 seperti berikut:
Tarikh: 2-6 September 2022
Tempat: DEWAN 21A, MESSEDAMM BERLIN, JERMAN

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, ia kini beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

[1] Sumber: OMDIA, 2022

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet