Rodrygo, Phil Foden, Pedri, Rodrygo dan Raphaël Varane dinamakan sebagai duta jenama TCL Team 2022
HONG KONG, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha utama dalam industri televisyen (TV) global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas, memperkenalkan Pasukan bola sepak TCL 2022 di IFA Berlin. Bersama empat pemain bola sepak terbaik dunia yang bergabung sebagai duta jenama, TCL memulakan kempen global yang bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengejar kehebatan dalam kehidupan mereka sendiri. Untuk berita mutakhir TCL yang lebih lanjut di IFA, sila klik di sini.
Barisan pasukan TCL menghimpunkan pemain berprestasi terbaik yang luar biasa Rodrygo, pemain sayap untuk pasukan kebangsaan Brazil; pemain tengah muda yang luar biasa dari England Phil Foden; bintang yang semakin meningkat naik dan pemain antarabangsa Sepanyol Pedri; serta Raphaël Varane, pemain pertahanan yang terkenal dan pemain penting dalam skuad kebangsaan Perancis.
TCL akan berkongsi pesanan dan pandangan daripada empat pemain bola sepak ini menjelang acara bola sepak utama 2022 bermula pada bulan November ini dan selanjutnya melalui saluran tradisional dan media sosial. TCL juga akan menyediakan banyak peluang untuk peminat berinteraksi dengan idola-idola mereka dengan cara baharu yang jelas melalui kandungan eksklusif, barangan bertanda tangan dan pertandingan, dengan hadiah termasuk peluang untuk peminat bertuah berbual bersama wira mereka.
"Saya gembira dapat memainkan peranan sebagai duta jenama TCL dan berkolaborasi dengan sebuah syarikat yang menjadikan kualiti dan menginspirasikan kehebatan individu sebagai keutamaan dalam produk mereka," ulas Rodrygo.
"Mendapat peluang untuk berinteraksi dengan peminat seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai kehebatan ialah satu peluang yang hebat. Saya gembira mendapat peluang ini untuk bersekutu dengan jenama seperti TCL, yang mana rekod prestasinya menunjukkan dedikasi mereka untuk menyediakan pengalaman berkualiti terbaik kepada penyokong kami," jelas Raphaël Varane.
"Minat saya terhadap sukan bola sepak tercetus daripada bermain di jalan Stockport bersama rakan-rakan saya dan menonton pemain idola saya di kaca TV. Saya teruja untuk menyertai keluarga TCL dan saya berharap kami akan bersama-sama memberi inspirasi dan menghubungkan generasi akan datang dengan sukan bola sepak," kata Phil Foden.
"Teruja kerana berpeluang untuk memulakan hubungan baharu ini bersama TCL. Kami semua berharap dapat memberi pengalaman yang positif kepada peminat dan menyebarkan minat kami untuk sukan ini dan sebagai duta jenama TCL, saya pasti kami dapat menyebarkan semangat kesukanan yang positif yang memberi inspirasi kepada peminat kami," tambah Pedri.
Frédéric Langin, Naib Presiden Penjualan dan Pemasaran TCL Europe, berkata, "Seperti mana beberapa pemain terbaik di dunia pada hari ini, Rodrygo, Phil Foden, Pedri dan Raphaël Varane terkenal sebagai bakat generasi yang memberi inspirasi di dalam dan luar padang. TCL berminat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan kami melalui sukan dan kami gembira kerana dapat membantu peminat berinteraksi dengan pemain-pemain hebat sukan bola sepak ini dan mendapat inspirasi untuk mengenali dan memupuk kehebatan mereka sendiri."
TCL telah lama menyedari kuasa sukan dan semangat penghubung yang Menginspirasikan Kehebatan dalam kalangan pemain dan komuniti yang lebih luas. Sebagai penyokong yang konsisten terhadap sukan dunia, TCL menaja pasukan bola sepak dan perlawanan di Argentina, Australia, Brazil, UK dan AS, antara lain. Syarikat ini juga memegang rekod prestasi yang kukuh dalam bekerjasama dengan ikon-ikon sukan. Selain bola sepak, TCL juga merupakan rakan kongsi global International Basketball Association (FIBA) sejak tahun 2018 dan merupakan penaja utama FIBA EuroBasket 2022 bermula hari ini.
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, ia kini beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.