omniture

HONOR Umum Dwi Strategi Unggulan, MagicOS 7.0 Rancang, Lancar HONOR 70, HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 di IFA 2022

HONOR
2022-09-05 09:48 269

Di pentas konvensyen IFA buat julung kalinya sejak merdeka, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao menegaskan komitmen jenama ini terhadap inovasi dan kolaborasi terbuka

BERLIN, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini menegaskan lagi komitmennya kepada pasaran antarabangsa semasa penyampaian ucapan dasar IFA, berjudul "Mendepani Masa Depan Terhubung." Semasa berlangsungnya acara tersebut, jenama ini mengumumkan Dwi Strategi Unggulan baharu untuk membawa telefon pintar unggulan boleh lipat dan menyeluruh yang seterusnya ke Eropah dan pasaran antarabangsa yang lain. Jenama ini turut mempratonton MagicOS 7.0, OS kolaborasi pintar semua-senario akan datang berdasarkan Android serta sistem operasi komputer peribadi (PC) dan IoT, menerima standard terbuka untuk memudahkan kolaborasi yang lancar antara telefon pintar, tablet, PC dan produk IoT yang lain. Memperkukuh portfolio produknya yang inovatif, HONOR memperkenalkan tiga produk baharu: HONOR 70, HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8, tablet HONOR pertama yang disediakan di luar China. Ketiga-tiga produk ini dijadualkan tiba dalam pasaran Eropah terpilih beberapa minggu akan datang.


Membawa HONOR Talents ke persada global, HONOR turut mendedahkan Gateway to the Future, satu inisiatif global yang merintis di Hamburg, Jerman dengan matlamat untuk menginspirasikan bakat kreatif dari serata dunia untuk menggunakan kuasa teknologi bagi menghubungkan orang ramai dengan budaya dalam era metaverse.

"Sejak penubuhan kami, HONOR sentiasa bercita-cita untuk memberi sumbangan yang besar kepada industri ini bagi mengupayakan masa depan yang lebih baik buat semua. Bagi mencapai matlamat tersebut, kami kekal memberi tumpuan khusus kepada komitmen kami terhadap inovasi," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd., "Dengan pengenalan Dwi Strategi Unggulan kami, MagicOS 7.0, penyelesaian Kecergasan dan Kesihatan, kami berharap dapat menyediakan pilihan yang menarik kepada pengguna Eropah dan antarabangsa yang mencari telefon pintar boleh lipat terbaik dan pengalaman pengguna yang paling premium dalam pasaran."

Mendepani Masa Depan Terhubung dengan Dwi Strategi Unggulan Baharu dan MagicOS

Sebagai teknologi global, HONOR sentiasa berusaha untuk berinovasi dengan tujuan dan menyampaikan faedah-faedah pengguna yang penting. Buat julung kalinya, HONOR akan memperkenalkan telefon pintar boleh lipatnya ke pasaran antarabangsa. Diumumkan semasa IFA 2022, Dwi Strategi Unggulan akan menyaksikan HONOR membawakan telefon pintar unggulan boleh lipat akan datangnya dan telefon pintar unggulan serba boleh kepada wilayah Eropah dan wilayah-wilayah lain di serata dunia.

HONOR turut memperkenalkan MagicOS 7.0, OS baharu yang direka bentuk untuk menyediakan pengalaman yang lancar melalui pengalaman rentas platform, rentas peranti. Ia berasaskan kepada Android serta sistem operasi PC dan IoT, agar peranti yang beroperasi dengan OS berbeza dapat berhubung kepada peranti MagicOS di peringkat sistem. Berserta perubahan antara muka pengguna baharu, MagicOS 7.0 akan membolehkan pengguna mengawal komputer riba, telefon pintar dan tablet HONOR menggunakan papan kekunci tunggal dan tetikus. Melalui ciri tersebut, pengguna boleh menyeret fail merentas peranti dengan lancar, serta menaip teks kepada telefon pintar atau tablet dengan papan kekunci komputer riba mereka. MagicOS 7.0 akan diumumkan secara rasmi pada suku keempat tahun 2022.

Sejajar dengan komitmennya untuk menyumbang kepada industri yang lebih luas, HONOR mengumumkan bahawa jenama ini telah menyertai pelbagai konsortium IoT termasuk Matter dan Ola, bagi membantu merangka piawaian industri biasa yang menggalakkan kolaborasi terbuka. Di samping itu, Platform Perkhidmatan Pembangun HONOR baharu akan menyediakan sokongan dan perkhidmatan langsung kepada pembangun. Antara banyak perkhidmatan yang tersedia, pembangun boleh menghantar aplikasi mereka ke Pasaran Aplikasi dan Pusat Permainan melalui platform tersebut. Ia juga akan memberikan pembangun dengan akses kepada pelbagai keupayaan sistem untuk mereka membangunkan ciri-ciri rentas peranti buat pengguna peranti HONOR pada masa akan datang. Pembangun yang berminat boleh mengunjungi laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut:
https://developer.hihonor.com.

Terus menandakan komitmen jenama ini kepada fungsian rentas peranti, HONOR memperluas perkongsiannya dengan Microsoft untuk membawakan Phone Link kepada pengguna peranti HONOR antarabangsa. Sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna peranti HONOR di China, Phone Link membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar HONOR terpilih kepada PC Windows untuk menyerlahkan keupayaan rentas peranti baharu termasuk keupayaan untuk melihat pemberitahuan, membuat dan menerima panggilan pada PC mereka dan menggunakan aplikasi mudah alih pada Windows. HONOR Magic4 Pro merupakan antara model telefon pintar HONOR antarabangsa pertama yang menyokong Phone Link[1], sementara HONOR 70 akan turut menyokong Phone Link susulan kemas kini OTA.

Di samping itu, mulai bulan Oktober, aplikasi HONOR Health yang dinaik taraf akan menyediakan antara muka pengguna tersuai diperibadikan dan menawarkan cadangan kecergasan serta kursus latihan mengikut tabiat pengguna, bagi membantu pengguna telefon pintar mencapai matlamat kesihatan mereka.


Memperkenalkan HONOR 70 kepada Pasaran Global, Ciptaan Besar Vlog   

Direka bentuk untuk peminat 'vlog', HONOR 70 ialah penambahan terkini daripada HONOR kepada barisan telefon pintar N Series berkualiti tingginya. Peranti bergaya ini diperkenalkan buat julung kalinya dengan mod 'Solo Cut' yang membolehkan pengguna menghasilkan vlog dengan mudah yang menonjolkan individu tertentu dalam kumpulan melalui Teknologi Pengenalpastian Semula Individu terbina dalam. Dengan Dwi Penstriman Video, HONOR 70 dapat merekod dua video secara serentak, dengan satu video menampilkan subjek tunggal dan satu lagi merakam kumpulan penuh.

Merakam vlog yang berkualiti tinggi menjadi mudah dengan HONOR 70, hasil daripada Dwi Kamera Utama berkuasanya yang merangkumi Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 54MP dengan Sensor IMX800 1/1.49-inci besar dan kamera Ultra-Luas & Makro 50MP. Telefon pintar baharu ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 778G Plus 5G dan menyokong GPU Turbo X serta OS Turbo X, menyampaikan prestasi yang lancar dan pengalaman responsif untuk pelbagai tugas berat, termasuk penyuntingan video untuk pengguna vlog yang sentiasa bergerak.

HONOR 70 ialah telefon pintar HONOR N Series pertama yang mengoperasikan HONOR Magic UI 6.1 berasaskan Android 12 dan tersedia dalam pelbagai pilihan warna bergaya termasuk 'Midnight Black', 'Crystal Silver' dan Hijau Zamrud[2].

Sebagai pengiktirafan kepada pengalaman pengguna cemerlang HONOR 70, Expert Imaging and Sound Association (EISA) menganugerahi telefon pintar ini dengan anugerah TELEFON PINTAR BELIAN TERBAIK EISA 2022-2023. EISA ialah komuniti pakar yang merangkumi lebih 60 majalah elektronik pengguna, laman sesawang dan pengulas media sosial yang paling disegani di dunia dari 29 negara.

HONOR 70 akan tersedia dalam pasaran-pasaran Eropah terpilih mulai hari ini pada harga permulaan EUR 549.

HONOR MagicBook 14, Penjana Produktiviti Mudah Alih

Membawakan OS Turbo buat julung kalinya pada komputer riba HONOR, HONOR MagicBook 14 serba baharu menyampaikan penaiktarafan yang signifikan pada hayat bateri dan sehingga 20.8%[3] kecekapan kuasa yang lebih baik berbanding pendahulunya. Komputer riba ini dikuasakan pemproses 12th Gen Intel® Core™ i5-12500H dan boleh dikonfigurasi dengan kad grafik khusus[4] NVIDIA® GeForce RTX™ 2050, menawarkan prestasi yang sangat pantas sama ada semasa bekerja di pejabat atau bermain permainan video di rumah. Dengan bateri 75Wj, HONOR MagicBook 14 menyediakan sehingga 17 jam hayat bateri dalam keadaan bersedia dan menyokong pengecasan pantas untuk menyediakan sehingga 3.5 jam masa hidup apabila mengoperasikan perisian produktiviti hanya selepas 15 minit pengecasan[5]. Didatangkan dengan kombinasi warna 'Space Gray' yang anggun lagi elegan, HONOR MagicBook 14 dijadualkan tiba dalam pasaran-pasaran Eropah terpilih melalui pra-pesanan bermula hari ini dengan harga permulaan EUR 1099

Mengupayakan Pengalaman Audiovisual Premium dengan HONOR Pad 8

HONOR Pad 8 ialah peranti pintar serba boleh mampu milik yang dapat memenuhi keperluan produktiviti dan hiburan pelajar serta golongan profesional muda. Tablet HONOR baharu menggabungkan paparan 2K HONOR FullView 12-inci yang membawakan nisbah skrin-kepada-badan 87%[6] dan menyokong resolusi 2000x1200[7] piksel dan 1 bilion warna dengan lapan pembesar suara terbina dalam untuk menyampaikan pengalaman multimedia imersif di mana-mana sahaja. Mengoperasikan HONOR Magic UI 6.1 dengan Google Play Services, HONOR Pad 8 mengandungi bateri 7250 mAh[8] berkapasiti tinggi untuk sambungan sepanjang hari, lalu membolehkan pengguna kekal terhubung sepanjang masa. Tiba dalam pasaran Eropah terpilih dengan pra-pesanan bermula hari ini, HONOR Pad 8 didatangkan dengan warna 'Blue Hour' dan akan dijual pada harga permulaan EUR 329.

Pelancaran tablet ini menunjukkan penyempurnaan portfolio produk global jenama ini; pengguna dalam pasaran Eropah dan antarabangsa terpilih tidak lama lagi akan mendapat akses kepada setiap telefon pintar HONOR dan siri produk IoT, seraya menandakan pencapaian baharu untuk HONOR.

Melangkah menuju Gerbang Masa Depan 

Sebagai sebuah jenama, HONOR membuat pelaburan yang konsisten dalam teknologi Audio Ruangan, AI dan AR, untuk menyerlahkan pengalaman imersif dan bersiap sedia untuk revolusi digital yang seterusnya.


Diperkenalkan semasa sesi ucapan dasar IFA HONOR, Gateway to the Future ialah satu inisiatif HONOR Talents baharu yang dirancang untuk memperkayakan warisan budaya melalui kuasa teknologi. Dengan kerjasama ARLOOPA, HONOR mencabar dua artis terkenal – Yunuene dan Timo Helgert – untuk mentafsirkan semula dengan kreatif bangunan Wasserschloss ikonik yang terletak di Speicherstadt Hamburg, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pengalaman AR kini beroperasi di lokasi Speicherstadt dan turut tersedia kepada pengguna untuk ditonton di rumah melalui aplikasi ARLOOPA, menawarkan cara baharu kepada pengguna telefon pintar untuk menerokai khazanah budaya melalui AR imersif. Video kempen disediakan di sini: https://youtu.be/7rwwZQw2C4M.

Memperkenalkan Audio Ruangan HONOR 

Diumumkan semasa IFA 2022, penyelesaian Audio Ruangan HONOR direka bentuk untuk membolehkan fon telinga menghasilkan kesan bunyi 3D sinematik luas, yang mencipta rasa mengasyikkan yang diperlukan untuk pengalaman AR dan VR generasi seterusnya.

Pada terasnya, Audio Ruangan HONOR direka bentuk untuk menyampaikan bunyi keliling dan audio 3D melalui fon telinga menggunakan akselerometer dan giroskop pada fon putik untuk mengesan pergerakan kepala pengguna, memetakan semula medan bunyi untuk membawakan kepada pengguna pengalaman audio yang imersif dan menggembirakan dalam semua senario seperti filem, muzik dan permainan. Melalui kaedah algoritma pula, perubahan bunyi dalam perjalanan daripada sumber ke telinga pendengar boleh disimulasikan. Kesan-kesan ini termasuk penyetempatan sumber bunyi di atas, di bawah, di belakang dan di hadapan pendengar.

Audio Ruangan HONOR merupakan yang pertama menyokong pelarasan jarak eksternalisasi bunyi, membolehkan pengguna untuk menyelaraskan jarak sumber bunyi maya secara dinamik dari 0.15 meter hingga 10 meter agar sesuai dengan pengalaman mendengar yang lebih diperibadikan.

HONOR Talents: Aplikasi untuk Kategori Karya Seni AR Interaktif Kini Dibuka 

Melengkapkan inisiatif ini, HONOR memperkenalkan kategori Karya Seni AR Interaktif khusus sebagai sebahagian daripada pertandingan reka bentuk global HONOR Talents. Dalam kategori ini, peserta-peserta dijemput untuk menghasilkan karya seni AR digital yang mentransformasikan kawasan kejiranan mereka dengan kreatif termasuk tindihan digital untuk bangunan, dinding, taman dan ruang awam yang lain, bagi membantu komuniti menjadi lebih dekat dengan budaya. Para artis yang berminat dengan pertandingan tersebut boleh menemui maklumat lanjut di sini:
https://www.hihonor.com/honor-talents/en/ 

HONOR turut bekerjasama dengan Central Academy of Fine Arts (CAFA) di China untuk mencipta karya seni AR baharu bertajuk INFINITY. Pengalaman 'phy-gital' memaparkan tafsiran artistik alam semesta, yang digunakan oleh pasukan kreatif yang terdiri daripada ahli-ahli fakulti dan para pelajar CAFA sebagai analogi untuk mempromosikan dialog antara budaya. Seni tersebut boleh didapati di reruai IFA HONOR melalui aplikasi ARLOOPA.

[1] Memerlukan PC yang mengoperasikan Windows 10 (dengan Kemas Kini Mei 2019 atau lebih terkini) atau Windows 11. 

[2] Ketersediaan warna berbeza mengikut wilayah.

[3] Data daripada HONOR Labs. Senario ujian merupakan tugas harian menggunakan perisian Microsoft Office, panggilan video, pelayaran web, main balik video dalam talian, main balik muzik, pemesejan segera, pembangunan dan reka bentuk program dengan volum asal di bawah kecerahan 250 nit pada suhu bilik 25°C. Data mungkin berbeza ekoran perbezaan individu dari segi produk, tabiat penggunaan dan faktor persekitaran.

[4] Model-model dengan grafik Intel® Iris Xe turut tersedia.

[5] Data pengecasan diperoleh daripada HONOR Labs. Ujian dijalankan dengan peti-masuk 135W HONOR SuperCharger disambung ke peranti dengan 2% bateri. Tempoh kerja pejabat adalah berdasarkan kepada ujian Pejabat Moden PCMark. Pengalaman sebenar mungkin berbeza mengikut model, penggunaan, keadaan pengecasan dan faktor-faktor lain.

[6] Data daripada HONOR Labs.

[7] Resolusi diukur sebagai segi empat tepat standard; seraya piksel efektif adalah kurang sedikit.

[8] Data daripada HONOR Labs. Menilai kapasiti bateri.

 

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap belanjawan, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Trade show news