omniture

Xi'an Jiaotong-Liverpool University buka kampus Taicang

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2022-09-05 10:00 237

XJTLU secara rasmi membuka pintu kampus Taicangnya, lokasi baharu untuk XJTLU Entrepreneur College (Taicang)

SUZHOU, China, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Memandangkan tahun akademik baharu semakin menghampiri, Xi'an Jiaotong-Liverpool University mendedahkan kampus Taicang pemenang anugerahnya kepada pelajar, kakitangan dan orang awam pada 5 September. XJTLU Entrepreneur College (Taicang), ditubuhkan pada tahun 2019, akan berpindah ke kampus baharu.


Kampus berkenaan dijayakan dengan bantuan dan pelaburan daripada kerajaan tempatan Taicang dan akhirnya akan berupaya untuk menyokong sehingga 10,000 pelajar dan 1,200 kakitangan.

Ia direka bentuk dengan mengutamakan keusahawanan, industri, antara disiplin dan komuniti. Bangunan utama mempunyai struktur membulat yang menghubungkan sekolah-sekolah berbentuk magnet, menghubungkannya dari segi fizikal dan secara simbolik.

Profesor Stuart Perrin, Prinsipal Bersekutu XJTLU Entrepreneur College (Taicang), berkata: "Saya berasa teruja dari segi sejauh mana kampus ini akan menghimpunkan kakitangan dan pelajar daripada sekolah-sekolah yang berbeza. Setiap ruang merupakan ruang pembelajaran yang berpotensi."

Profesor Youmin Xi, Presiden Eksekutif XJTLU, berkata: "Pembukaan ini menandakan Kolej ini menjadi bahagian yang lebih besar dalam komuniti Taicang dan ekosistem industri-komuniti-universiti."

Selain daripada perkongsian XJTLU dengan kerajaan tempatan, Kolej tersebut membawakan rakan-rakan industri untuk setiap sekolah, bagi memberikan persekitaran dan pengalaman belajar yang unik kepada pelajar.

ECOVACS, sebuah syarikat pembersih vakum robotik, ialah salah satu rakan kongsi Kolej tersebut. Liang Zhao, Dekan Institut Penyelidikan Ekologi Inovasi di ECOVACS percaya bahawa makmal yang disokong oleh industri ini akan "menyediakan tapak yang menggalakkan untuk membangunkan projek-projek kajian saintifik serta teknologi inovasi termaju."

Xiang Ao, pengurus Xingwen Zhijiao Company, cawangan rakan kongsi Haier Group, berkata Kolej tersebut menggabungkan antara keseronokan belajar dengan pengalaman amali. "Apabila jurutera korporat kami pergi ke Kolej untuk mengajar, mereka mendapati bahawa pelajar aktif bertanya soalan dan jurutera kami aktif membantu mereka menjawab pertanyaan mereka."

Di samping itu, Kolej tersebut mengatur lawatan tapak dan latihan amali untuk pelajar.

Tianhe Sun, pelajar Tahun Tiga bagi Sarjana Muda Kejuruteraan (BEng) Sains Data dan Teknologi Data Raya dengan Keusahawanan Kontemporari berkata: "Saya mendapat latihan amali kedua hasil daripada kursus-kursus Keusahawanan dan Hab Perusahaan Taicang. Pengalaman belajar di sini berbeza – kita boleh mendapat pengalaman dunia sebenar."

Pelajar Malaysia, Adrian Heng Hwa Onn, seorang pelajar Tahun Tiga dalam program yang sama berkata: "Ketika saya mula-mula menjejakkan kaki ke kampus SIP XJTLU, saya berasa kagum dengan seni bina yang indah dan kemudahan yang serba lengkap. Tetapi, saya lebih teruja untuk belajar di Taicang. Maksud saya, siapa yang tidak mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu yang baharu?"

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education New products/services