Memperkenalkan Siri TV Mini LED dan TV QLED skrin besar TCL 2022
BERLIN, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Di IFA 2022, TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen (TV) global dan barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mempamerkan TV QLED 98-inci TCL pertama yang tersedia dalam pasaran Eropah. TCL 98C735 ialah penambahan terkini kepada Koleksi XL yang mula diperkenalkan dalam pasaran Amerika Utara tahun lalu. Sejajar dengan pengenalan jenama TCL "Inspirasikan Kehebatan" ("Inspire Greatness"), TV skrin besar pemenang anugerah ini menawarkan keasyikan sepenuhnya dengan teknologi TV canggih digandingkan dengan Google TV – agar penonton dapat menikmati kualiti gambar sebaik mungkin dan kandungan premium. TCL akan terus meluaskan Koleksi XL kepada lebih banyak pasaran di seluruh dunia sepanjang tahun 2022. Untuk butiran lanjut sila klik di sini.
Koleksi XL baharu di Eropah membawakan TV TCL dengan saiz skrin melebihi 75-inci. Dengan pilihan saiz skrin dan teknologi yang berbeza, TV Koleksi XL akan dapat menepati banyak belanjawan dan melangkaui jangkaan untuk hiburan rumah dengan menyampaikan pengalaman menonton di rumah yang lebih hebat daripada hakikat sebenar kepada pengguna seluruh dunia. Melalui kuasa teknologi, skrin lebih besar menyampaikan pengalaman visual yang lebih memberi impak, lebih imersif dan lebih menarik yang benar-benar dapat membawa penonton hiburan, peminat filem, peminat sukan dan pemain melangkaui paparan ke dalam dunia kegemaran mereka.
TCL bawakan pawagam ke rumah
Koleksi XL TCL dapat menyampaikan pengalaman imersif secara mendalam kepada peminat filem yang terdapat di pawagam terbesar di dunia.
C735 98-inci yang menampilkan Google TV ialah yang terbesar dalam siri ini, dengan resolusi 4K teknologi QLED yang menyampaikan tontonan hiburan yang imersif dengan prestasi warna standard Hollywood yang menakjubkan. TCL mereka bentuk C735 98-inci untuk meniru tempat duduk terbaik dalam panggung wayang: apabila duduk kira-kira tiga meter jauh dari skrin 98C735 di rumah, pengguna boleh menikmati medan pandangan 60-darjah yang sama seperti menonton skrin 30-meter yang amat besar dari barisan tengah, tempat duduk tengah di panggung wayang. Kedua-dua 98C735 dan 75C735 merupakan TV QLED dan dapat menyampaikan 100% penghasilan semula warna Hollywood, benar-benar sama seperti yang dimaksudkan oleh pengarah dan ahli sinematografi.
TV 75C935 dan 75C835 Koleksi XL dikuasakan oleh cahaya belakang Mini LED yang dibangunkan oleh TCL untuk memastikan tontonan kelas terbaik walaupun dalam bilik yang cerah. Dengan beribu-ribu lampu Mini LED, skrin Koleksi XL memaparkan kandungan HDR dengan cara terbaik dengan menyampaikan kecerahan luar biasa melalui cahaya dan bayang yang lebih menarik. 1,920 Zon Pemalapan Setempat C935 turut memastikan warna hitam yang indah, warna putih yang cerah, warna-warna terang dan juga definisi yang lebih halus untuk imej.
Sementara itu, X925 PRO 85-inci ialah pemenang anugerah CES Best of Innovation dan menampilkan teknologi Mini LED OD Zero TCL dan resolusi 8K untuk perincian dan kejelasan yang menakjubkan.
Kesemua TV dalam Koleksi XL 2022 menyokong kebanyakan teknologi HDR dan format yang boleh didapati dalam pasaran seperti Dolby Vision IQ, Dolby Vision, HLG, HDR10 dan HDR10+.
Permainan dan sukan… kini jauh lebih besar
Untuk pemain yang tercari-cari pengalaman permainan yang luar biasa lancar, TV Mini LED Koleksi XL 75C935 dan 75C835 - menawarkan jeda input rendah dan Kadar Segar Semula Boleh Ubah sehingga 144Hz dan kedua-dua TV ini menyokong input HDMI 2.1.
Skrin XL ini juga membolehkan peminat sukan menikmati pengalaman imersif seolah-olah mereka benar-benar berada di stadium – tepat pada masanya untuk acara sukan utama yang berlangsung tahun ini. TCL akan membawakan keterujaan dan kegembiraan ke serata dunia, terutamanya melalui sukan yang paling popular di dunia ini. Bukan sahaja TV Koleksi XL 2022 akan mengujakan peminat sukan, begitu juga dengan perkongsian TCL bersama FIBA dan kejohanan EuroBasket serta duta-duta bola sepak 2022 bersama Rodrygo dari Brazil, pemain England Phil Foden, Raphael Varane untuk Perancis dan bintang Sepanyol yang semakin meningkat naik Pedri.
Pengalaman imersif XL lengkap dengan bunyi dan reka bentuk
Dengan Koleksi XL menawarkan kualiti gambar yang hebat, TCL bekerja keras untuk membangunkan siri produk yang menyampaikan audio imersif yang diperlukan agar sepadan dengan prestasi cemerlang skrin. Penaiktarafan terkini kepada bar bunyi RAY•DANZ pemenang anugerah eksklusif TCL X937U dan C935U, masing-masing menampilkan saluran 7.1.4 dan 5.1.2 dengan reka bentuk pentas bunyi yang lebih luas dan lebih hebat serta penyahkodan audio yang dikuasakan oleh Dolby Atmos dan DTS:X.
TV Koleksi XL TCL mempunyai reka bentuk tanpa bingkai elegan yang mudah dipadankan dengan sebarang ruang dalaman dan memastikan paparan gambar yang maksimum bagi memberi pengalaman menonton yang imersif tanpa gangguan.
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, ia kini beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.