omniture

Terusan Terpanjang di Dunia Dibuka kepada Pelancong di Bahagian Pusat Bandar Cangzhou, Utara China

Cangzhou Municipal Government
2022-09-05 10:52 320

CANGZHOU, China, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Bahagian pusat bandar Cangzhou dengan sungai buatan manusia yang paling tua dan terpanjang di dunia, Terusan Besar Beijing-Hangzhou, dibuka kepada pelayaran untuk pelancongan pada 1 September dan akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menghargai ciptaan agung laluan air buatan China purba itu, seperti yang diumumkan oleh seorang pegawai kerajaan bandar Cangzhou, Wilayah Hebei, utara China.

Terusan Terpanjang di Dunia Dibuka kepada Pelancong di Bahagian Pusat Bandar Cangzhou, Utara China.
Terusan Terpanjang di Dunia Dibuka kepada Pelancong di Bahagian Pusat Bandar Cangzhou, Utara China.

"Kami dan lebih daripada 230 wakil daripada semua lapisan masyarakat di bandar ini berhimpun untuk menyaksikan detik bersejarah pembukaan pelancongan di kawasan pusat bandar Cangzhou di Terusan Besar Beijing-Hangzhou," kata Xiang Hui, datuk bandar Cangzhou di majlis perasmian, menambah bahawa Terusan Besar itu kini menyambut abad kebangkitan yang baharu.

Pembukaan 13.7- kilometer panjang bahagian Cangzhou daripada Terusan Besar itu merupakan langkah yang penting untuk memajukan pembangunan wilayah Beijing-Tianjin-Hebei yang diselaraskan di Utara China.

Terusan Besar Beijing-Hangzhou berukuran 1,794 kilometer (1,115 batu) panjang dan memiliki sejarah selama lebih 2,500 tahun. Ia bermula di Beijing di sebelah utara dan berakhir di Hangzhou di bahagian selatan dan berperanan sebagai arteri pengangkutan penting di China purba. Kira-kira satu perlapan daripada Terusan itu merentasi Cangzhou, 180 km jauhnya dari Beijing. Panjang terusan lebih 1,000 km telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2014.

Cangzhou, dikenali sebagai "Bandar Utara Terusan Besar", telah menaik taraf projek-projek sokongan sepanjang Terusan Besar, 12 jeti pelancong yang baru dibina, enam jambatan pejalan kaki landskap dan 8 jambatan utama sedia ada yang diubah suai. Bandar ini berusaha untuk menyediakan destinasi yang unik kepada pelancong di dalam dan luar negara dengan menjadikan Terusan Besar sebagai pusat dan turut berusaha untuk memelihara projek bersejarah dan budaya seperti Hundred Lions Garden, Canal Park, Nanchuanlou Cultural Block, Garden Expo Park, Kemudahan hiburan kanak-kanak, taman sukan, katering dan penginapan.

Bagi membolehkan Terusan Besar itu kembali bertenaga, Cangzhou aktif melaksanakan projek lencongan air dan penambahan air sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Berdasarkan kepada lencongan 180 juta meter padu air pada tahun 2021, 300 juta meter padu air lagi disempurnakan tahun ini. Lebih daripada 67,000 batang pokok arbor ditanam di kedua-dua sisi Terusan, dengan kawasan hijau berkeluasan 2,065 mu (1.37 kilometer persegi), membentuk koridor ekologi yang subur serta memperkukuh projek penghijauan dan penaiktarafan. Cangzhou benar-benar "melindungi, mewariskan dan memanfaatkan" budaya Terusan Besar dan menjadikan warisan yang berharga ini berkembang menuju satu era baharu.

Lima belas kapal persiaran telah berbaris di tepi jeti untuk perlayaran pertamanya. Mulai 1 September, pelancong akan berpeluang untuk mengalami peninggalan sejarah dan budaya Cangzhou sepanjang Terusan Besar.

HUBUNGI: Sasa Guan, tongguan@xinhuanetus.com

Source: Cangzhou Municipal Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Entertainment Travel New products/services