omniture

Thailand tinggikan cita-cita hab penjagaan kesihatannya dengan perubatan integratif

DITP
2022-09-05 15:28 359

BANGKOK, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Dalam menjalani kehidupan bersama pandemik COVID-19, orang ramai mula menyedari kepentingan yang setara antara perubatan moden dan amalan pencegahan dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Dengan infrastruktur dan reputasi penjagaan kesihatan serta kesejahteraan yang kukuh untuk golongan profesional berkemahiran tinggi, Thailand lebih bersedia daripada sebelum ini untuk merealisasikan matlamatnya demi menjadi "Hab Perubatan dan Kesejahteraan Dunia". Negara ini telah mendorong ke arah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan holistik bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap rawatan tubuh dan minda keseluruhan.

Affordable but high quality modern medicine, integrated with traditional therapeutic treatment have
propelled demand for Thailand’s medical and wellness services from abroad.
Affordable but high quality modern medicine, integrated with traditional therapeutic treatment have propelled demand for Thailand’s medical and wellness services from abroad.

Pada tahun 2021, Thailand tersenarai di tempat ke-5 di dunia dan tempat pertama di Asia dalam Indeks Keselamatan Kesihatan Global oleh John Hopkins University untuk kapasiti respons pandemiknya. Indeks Penjagaan Kesihatan 2021 oleh majalah CEO World menyenaraikan Thailand di tempat ke-13 berdasarkan kepada faktor-faktor kesihatan keseluruhan.

Kos yang berpatutan, golongan profesional perubatan berkualiti tinggi, kemudahan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan perkhidmatan kesejahteraan yang hebat telah mendorong permintaan terhadap perkhidmatan perubatan dan kesejahteraan Thailand dari luar negara. Sebelum pandemik coronavirus, nilai pelancongan perubatan di Thailand berjumlah kepada sekitar sembilan bilion dolar A.S. pada tahun 2019 dan diramalkan mencapai kira-kira 24.4 bilion dolar A.S. pada tahun 2027, menurut Statista. Antara perkhidmatan perubatan yang paling dicari-cari ialah penjagaan perubatan am dan pembedahan, ortopedik sofistikated, persenyawaan in vitro, penjagaan gigi dan pemeriksaan fizikal.

"Kekuatan sektor penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di Thailand disokong oleh petugas perubatan yang amat berkelayakan dan prihatin serta kemudahan standard yang bertaraf dunia. Daripada 370 hospital dan kemudahan perubatan, 60 daripadanya diakreditasi oleh Joint Commission International (JCI) yang berpangkalan di AS setakat Disember 2021, menjadikan negara ini antara lima teratas di dunia dari segi bilangan kemudahan penjagaan kesihatan diakreditasi oleh JCI," kata Joel A Roos, Naib Presiden Akreditasi Antarabangsa, Peningkatan Kualiti dan Keselamatan dalam satu wawancara bersama International Travel & Health Insurance Journal.

Berasaskan kepada dasar yang kukuh, negara ini bermatlamat untuk mempromosikan sepuluh bidang perkhidmatan perubatan dan kesejahteraan termasuk sains regeneratif dan anti-penuaan, perubatan alternatif, sains kardio, rangka otot, klinik pergigian, persenyawaan In Vitro, rawatan kanser, pembedahan, oftalmologi (katarak) dan perubatan jitu.

Rawatan terapi tradisional seperti urutan Thai dan perubatan herba semakin mendapat pengiktirafan seluruh dunia. Banyak hospital di Thailand telah merapatkan jurang antara rawatan perubatan dan penjagaan pencegahan, seterusnya menjadikan penjagaan kesihatan lebih berkesan dan komprehensif. Negara ini juga melayakkannya mendapat reputasi "Ibu Kota Spa Asia" atas pengalaman kesejahteraannya yang mendapat penilaian tinggi yang menggabungkan pelbagai amalan penyembuhan tradisional dengan teknologi kesihatan dan kesejahteraan yang canggih.

Dengan memanfaatkan kesedaran terhadap faedah-faedah penjagaan kesihatan alternatif yang semakin meningkat, terutamanya kesan-kesan penyembuhan pencegahan dan holistik, kerajaan Thai telah memulakan Green Medicine (Perubatan Hijau) untuk berinovasi daripada kekayaan warisan perubatan tradisionalnya. Semakin banyak kajian dijalankan untuk mengesahkan dan membangunkan herba-herba tradisional bagi tujuan pengiktirafan dan integrasi ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan moden.

Tibalah masanya untuk menerima penyelesaian moden dan tradisional demi kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia.

Source: DITP
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals