omniture

Docquity raih AS$44 juta dalam pusingan pendanaan siri C dipimpin oleh Itochu Corporation

Docquity
2022-09-06 09:32 320

Pusingan pendanaan ini mengukuhkan rancangan pengembangan baharu di luar rantau Asia Tenggara - di Asia Utara dan Timur Tengah

SINGAPURA, 6 September 2022 /PRNewswire/ -- Docquity yang berpangkalan di Singapura, dan merupakan komuniti golongan profesional penjagaan kesihatan terbesar Asia Tenggara, hari ini mengumumkan bahawa ia telah meraih sejumlah AS$44 juta dalam pusingan pendanaan Siri C, dipimpin oleh pelabur sedia ada Itochu Corporation Jepun dengan AS$32 juta.

Pelabur-pelabur lain yang menyokong pusingan ini termasuk iGlobe Partners, Alkemi, Global Brain, KDV dan Infocom. Setakat ini, Docquity telah meraih dana sebanyak AS$57.5 juta.

Pengasas Docquity (dari kiri ke kanan): Amit Vithal, Ketua Perkembangan; Indranil Roychowdhury, Ketua Pegawai Eksekutif; dan Abhishek Wadhwa, Ketua Pegawai Operasi
Pengasas Docquity (dari kiri ke kanan): Amit Vithal, Ketua Perkembangan; Indranil Roychowdhury, Ketua Pegawai Eksekutif; dan Abhishek Wadhwa, Ketua Pegawai Operasi

Pusingan pendanaan tersebut susulan pertumbuhan hasil sebanyak hampir dua kali ganda yang dicapai pada tahun 2021. Pendanaan baharu ini akan mengukuhkan lagi skala Docquity melalui operasinya dalam pasaran sedia ada dan memacu momentum pertumbuhan berterusan syarikat ini di Asia dan seluruh dunia.

"Pelabur-pelabur melihat bahawa kami berupaya mencapai apa yang telah kami rancangkan. Kini, kami meraih faedah daripada asas yang telah kami bina selama bertahun-tahun; membolehkan komuniti profesional penjagaan kesihatan yang terbesar di Asia Tenggara membina kehidupan yang lebih sihat secara meluas dan mengurangkan sempadan geografi dan ilmu pengetahuan untuk para doktor," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Docquity, Indranil Roychowdhury. "Pusingan pendanaan ini mengesahkan peluang dan potensi dalam model perniagaan Docquity yang boleh skala."

Hiroshi Kajiwara, Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian IT, Syarikat Perniagaan ICT & Kewangan Itochu Corporation berkata, "Kami amat berbesar hati dapat melabur dalam Docquity. Kami telah melihat syarikat ini berkembang secara beransur-ansur sejak zaman awalnya - bermula dengan membawa masuk beberapa individu terbaik untuk mengembangkan perniagaan ini hinggalah menjadi komuniti doktor dan pelanggan yang berkembang maju di Asia Tenggara. Kami teruja untuk terus menyokong pengembangan perniagaan Docquity di Asia."

Doktor-doktor kekal tumpuan utama

Sebagai platform yang menghubungkan dua daripada tiga doktor di Asia Tenggara, Docquity mempunyai lebih daripada 300,000 doktor yang belajar, berhubung dan berkolaborasi melalui pertukaran ilmu dan kandungan yang sah dan merentas pelbagai bidang kepakaran perubatan. Matlamatnya adalah untuk membantu doktor menjadi lebih berpengetahuan dan membuat keputusan diagnosis yang lebih baik.

Docquity memfokuskan kepada pemahaman data seperti tingkah laku doktor dan menyesuaikan platform berpandukan persetujuan agar ia selamat, pada waktu sebenar dan mudah digunakan.

Jaringan perkongsian dipercayai memacu momentum

Model kolaborasi syarikat ini bergantung kepada kepercayaan yang diperoleh daripada komuniti penjagaan kesihatan yang berkembang bagi membolehkan para doktor belajar, berhubung dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik untuk pesakit mereka. Docquity bekerjasama dengan lebih daripada 250 persatuan perubatan di Asia Tenggara bukan sahaja untuk membangunkan modul-modul pembelajaran untuk penggunanya, tetapi turut menyampaikan lebih daripada 4.2 juta kredit pendidikan perubatan berterusan (CME) sehingga kini melalui platform tersebut, seterusnya membantu para doktor memenuhi syarat-syarat wajib CME mereka.

Dengan pertumbuhan transformasi digital yang memberi kesan ke atas industri penjagaan kesihatan, Docquity turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal, penjagaan kesihatan pengguna dan MedTech (Teknologi Perubatan) untuk mendekati dan mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan serta untuk berkongsi pandangan tentang mereka berdasarkan kepada penglibatan di platform tersebut.

Melabur dalam kehidupan lebih sihat di Asia Tenggara dan di luarnya

Pelaburan yang terkini ini akan digunakan untuk mengukuhkan lagi kehadiran Docquity di seluruh Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Filipina serta menembusi selanjutnya ke dalam pasaran-pasaran baharu di Asia Utara seperti wilayah Taiwan dan Jepun – membina momentum pertumbuhan di Asia.

Di samping itu, Docquity bermatlamat untuk berkembang ke wilayah-wilayah baharu seperti Timur Tengah, bermula dengan Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Mesir.

Melangkaui pasaran baharu, Docquity akan meningkatkan keupayaan produk, serta memperkenalkan inisiatif baharu:

  • Akademi Docquity – Pembelajaran berasaskan kohot untuk doktor dengan kerjasama pihak universiti & pengamal perubatan kanan.
  • Klinik Docquity – Klinik maya yang dimiliki oleh doktor, terutamanya untuk doktor mengadakan rundingan susulan dengan pesakit mereka.
  • Pemahaman Docquity – Membangunkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang keperluan dan kehendak doktor menerusi data.

"Sambil kami terus menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan secara global bagi membina kehidupan yang lebih sihat secara meluas, menjadi kewajipan kami untuk terus menerobos sempadan sebagai aplikasi neksus (perhubungan) untuk para doktor – di mana sahaja mereka berada – untuk belajar, berhubung dan berkembang sebagai komuniti penjagaan kesihatan yang dipercayai dalam dunia digital," tambah Roychowdhury.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti profesional yang terdiri daripada golongan profesional penjagaan kesihatan terbesar yang dipercayai di Asia Tenggara. Visi kami adalah untuk menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu golongan profesional penjagaan kesihatan menjadi lebih kolaboratif, produktif dan membawa impak serta menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati, mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan dan mendapatkan pandangan tentang mereka.

Docquity mempunyai lebih daripada 300,000 doktor pada platform ini dan mempunyai pejabat di India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan wilayah Taiwan.

Source: Docquity
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics