omniture

TrafficGuard Lanjutkan Perlindungan Iklan kepada Facebook Ads dengan "TrafficGuard Social"

TrafficGuard
2022-09-07 10:19 205

PERTH, Australia, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- Platform penentusahan iklan digital omnisaluran dan pencegahan penipuan yang terkemuka, TrafficGuard, hari ini melancarkan TrafficGuard Social, bertujuan untuk membantu jenama-jenama menghapuskan trafik tidak sah (IVT) daripada kempen iklan Facebook dan Instagram dan memaksimumkan pulangan ke atas perbelanjaan iklan. TrafficGuard Social disediakan untuk akaun perniagaan perusahaan di Trafficguard.ai.

TrafficGuard Lanjutkan Perlindungan Iklan untuk Facebook Ads dengan TrafficGuard Social
TrafficGuard Lanjutkan Perlindungan Iklan untuk Facebook Ads dengan TrafficGuard Social

Dengan USD $115 bilion yang sangat besar dibelanjakan terhadap pengiklanan Facebook di seluruh dunia, ia merupakan petunjuk jelas bahawa Facebook ialah salah satu platform pengiklanan yang paling menguntungkan di dunia. Walau bagaimanapun, menurut data daripada Facebook, sekurang-kurangnya 1.5 Bilion akaun disingkirkan pada setiap suku tahun kerana ia dianggap berunsurkan penipuan.

"Pelancaran TrafficGuard Social dibuat tatkala IVT mencapai tahap yang paling tinggi. Pada tahun 2022, jumlah keseluruhan perbelanjaan iklan diunjurkan mencecah lebih AS$173 bilion. Walau bagaimanapun, jumlah kos IVT telahpun berjumlah AS$81 bilion dan peningkatan perbelanjaan iklan telah menjadikannya sangat menarik untuk penipu. IVT tidak akan memberi hasil perniagaan yang positif – Ia akan mencemarkan metrik dan data pemasaran penting anda, memencongkan analisis laman sesawang anda dan menyekat pertumbuhan perniagaan anda. Dengan TrafficGuard Social, ia membolehkan pemasar dan pengiklan mengoptimumkan kempen mereka dengan memberi hasil yang lebih baik dengan perbelanjaan yang sama," kata Mat Ratty, Ketua Pegawai Eksekutif TrafficGuard.

TrafficGuard Social akan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan daripada klik tidak sah dan membantu meningkatkan prestasi iklan dengan menggunakan data yang diperoleh daripada kempen iklan masing-masing bagi menentukan sekiranya aktiviti tersebut berunsurkan penipuan. Maklumat tersebut juga akan digunakan untuk membuat senarai pengecualian pada Facebook untuk pencegahan pra-bida dengan mengemas kini audiens tersuai secara dinamik menggunakan data daripada sistem penandaan kecerdasan proprietarinya.

Menjelang tahun 2023, TrafficGuard akan melancarkan keupayaan sosial untuk pengguna PKS layan diri sekali gus memperluaskan tawarannya kepada TikTok, Twitter dan LinkedIn sebagai respons kepada permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Latar Belakang TrafficGuard

TrafficGuard ialah sebuah syarikat penentusahan pengiklanan global yang memacu prestasi pengiklanan carian yang unggul dengan menentusahkan penglibatan pengiklanan apabila ia berlaku, menyekat trafik tidak sah secara proaktif daripada menyusup masuk ke dalam kempen carian. TrafficGuard berpangkalan di Australia, beribu pejabat di Perth, dengan pejabat-pejabat di Singapura, UK, Brazil, India dan AS, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 4000 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.trafficguard.ai

 

Source: TrafficGuard
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services