omniture

HONOR 70 diiktiraf sebagai "Best of IFA" dengan pelbagai anugerah media

HONOR
2022-09-07 21:50 445

BERLIN, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- Di Pameran Elekronik Pengguna IFA yang sedang berlangsung, Jenama teknologi global, HONOR menonjol di pentas Ucaptama IFA buat julung kalinya, menyampaikan visi kami untuk Mendepani Masa Depan Terhubung dan membawakan produk HONOR N-series yang terkini ke pasaran global.


Menampilkan sensor imej IMX800 baharu daripada Sony buat kali pertama, HONOR 70 yang nipis dan bergaya mempunyai prestasi kamera yang luar biasa dalam kategori ini. Solo Cut Mode baharu, yang memberi cara serba baharu untuk merakam vlog, benar-benar memenuhi apa yang diidamkan oleh pencipta video.

HONOR telah memenangi sejumlah 35 anugerah daripada media global pada tahun ini, yang mana HONOR 70 telah memenangi 21 anugerah dalam pelbagai kategori. Sebilangan besar media teknologi utama global telah menilai HONOR 70 sebagai "Best of IFA". Media teknologi terunggul global TechRadar berkata bahawa HONOR 70 ialah "Salah satu telefon Android terbaik tahun ini". Forbes, media perniagaan antarabangsa utama turut mengatakan bahawa HONOR 70 adalah "serba boleh lagi mantap".

Produk-produk baharu HONOR yang lain dalam N series juga telah diiktiraf oleh media teknologi dan vertikal global. Menerusi penilaian terhadapHONOR MagicBook 14 oleh Trusted Review, mereka berkata ia merupakan "komputer riba produktiviti yang luar biasa dan alternatif yang hebat untuk MacBook Air untuk mereka yang ingin kekal dengan Windows." Khususnya, HONOR Pad 8, dengan prestasi yang luar biasa dalam hiburan audio dan video, juga meraih anugerah Best of IFA daripada majalah muzik dan hiburan yang terkenal di dunia, Billboard.

HONOR 70 kini tersedia dalam pasaran-pasaran Eropah yang terpilih dengan harga permulaan EUR 549. HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 juga dijadualkan tiba dalam pasaran-pasaran Eropah yang terpilih dengan pra-tempahan dibuka sekarang.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap belanjawan, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Trade show news