omniture

Shanghai Electric Melonjak ke kedudukan ke-40 dalam senarai 250 Kontraktor Antarabangsa Terbaik 2022 ENR

Shanghai Electric
2022-09-09 16:46 256

SHANGHAI, 9 September 2022 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric mendaki ke kedudukan ke-40 dalam senarai 250 Kontraktor Antarabangsa Terbaik 2022 yang dikeluarkan oleh Engineering News-Record (ENR), bahan penerbitan akademik yang terkenal di dunia untuk berita, analisis, komentar dan data berhubung industri kejuruteraan dan pembinaan global.

Syarikat ini menduduki tempat ke-51 pada tahun lalu, meningkat dengan pantas ke kedudukan yang lebih tinggi ini dalam senarai tersebut hanya dalam tempoh yang singkat. Dianggap secara meluas sebagai barometer industri, senarai ENR tahunan ialah senarai kedudukan berwibawa dan amat berpengaruh yang memberikan cerminan komprehensif trend yang berlaku dalam seluruh pasaran kejuruteraan antarabangsa sepanjang tahun.

Senarai tersebut menyenaraikan syarikat-syarikat pembinaan dunia mengikut hasil yang dijana oleh jumlah projek yang mereka terlibat. Shanghai Electric dimasukkan ke dalam senarai tersebut berdasarkan 11 projek antarabangsanya yang utama, termasuk kemudahan fotovolta-terma (PV-T) dan Fasa 5 Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Dubai, Lombong Arang Batu Bersepadu Thar Block-1 di Pakistan, loji janakuasa terma yang dijana oleh gas di Pancevo, Serbia, kemudahan solar di Cyprus serta loji janakuasa di Rupsha, Bangladesh dan wilayah Wassit, Iraq. 

Di samping itu, firma tersebut menduduki kedudukan ketiga antara perusahaan kejuruteraan kuasa milik negara China dalam senarai tersebut, naik satu kedudukan berbanding tahun lalu dan dalam masa yang sama tersenarai antara sepuluh terbaik dalam senarai serantau untuk pasaran Timur Tengah.

Walaupun dengan impak pandemik COVID-19 yang berterusan pada tahun 2021, Shanghai Electric mencapai beberapa kejayaan besar dengan menangani cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini dan meneruskan pelaksanaan projek-projek luar negaranya, memastikan pertumbuhan hasil tanpa gangguan daripada projek-projek sambil menyumbang dengan ketara kepada kenaikan kedudukan firma ini dalam senarai ENR.

Kejayaan tersebut termasuk sambungan grid Zon 1 kemudahan PV-T syarikat berkenaan di Dubai dan unit turbin gas Pancevo, penyerahan sementara Zon A di Fasa 5 Taman Solar Dubai, ujian hidraulik dandang di loji janakuasa Thar, sambungan stesen janakuasa PV Lombong Arang Batu Thar ke grid kuasa di Bangladesh (grid yang ketika ini terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil) dan penuangan konkrit untuk tapak turbin wap Rupsha.

Pada tahun 2022, 79 syarikat tanah besar Cina dimasukkan ke dalam senarai berkenaan, menjadikan China sebagai yang pertama di dunia dari segi bilangan firma yang berjaya dimasukkan ke dalam senarai berkenaan. Empat daripadanya terlibat dalam sektor kejuruteraan kuasa, selain daripada Shanghai Electric, syarikat-syarikat berkenaan melibatkan Power Construction Corporation of China (PowerChina), China Energy Engineering Group (Energy China) dan China National Machinery Industry Corporation. Shanghai Electric turut tersenarai antara sepuluh terbaik dalam senarai serantau bersama-sama PowerChina, Energy China, China State Construction Engineering Corporation dan China Railway Construction Group Corporation.

Menurut senarai ENR, pasaran pembinaan infrastruktur global menunjukkan pemulihan pada tahun 2021. Hasil kontrak digabungkan daripada 250 Terbaik meningkat 5.1% berbanding tahun sebelumnya kepada $547.2 bilion pada tahun lalu, manakala pusing ganti antarabangsa digabungkan syarikat-syarikat tersebut menurun 5.4% kepada AS$397.9 bilion, satu peningkatan yang besar berbanding kejatuhan 11.1% pada tahun 2020. Antara 236 syarikat yang telah tersenarai selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2021 dan 2022, 62.3% menyaksikan peningkatan pusing ganti antarabangsa.

Kesemua 250 syarikat terbaik itu telah membina kecekapan yang tersendiri dalam pasaran serantau masing-masing. Paling utama, kontraktor Cina meneruskan peranan kepimpinan mereka di Afrika (dengan bahagian pasaran 59.3%), Asia (55.3%) dan Timur Tengah (40%). Pada tahun 2021, pusing ganti daripada perniagaan pembinaan pengangkutan bagi senarai 250 Terbaik itu mencapai AS$132.17 bilion, menyumbang sebanyak 33.2 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh pembinaan perumahan, kejuruteraan petrokimia dan kuasa, dengan pusing ganti digabungkan daripada empat jenis perniagaan berkenaan membentuk 80.1% daripada jumlah keseluruhan.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) ialah pengeluar peralatan canggih yang bertaraf dunia, memfokuskan kepada tenaga pintar, pembuatan pintar dan infrastruktur pintar bagi menyediakan penyelesaian sistem gred-perindustrian hijau dan pintar. Ia hadir secara global dalam industri-industri seperti tenaga baharu, tenaga bersih yang cekap, pengutomatan perindustrian, peranti perubatan dan perlindungan alam sekitar.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities