omniture

Grandview Terangi Masa Depan dengan Asteroid

Grandview Group Co., Ltd.
2022-09-12 23:48 63

Mengumumkan asteroid pertama dunia "29438 Zhengjia (1997 MV)" dinamakan bersempena sebuah perusahaan terlibat dalam pendidikan awam dan majlis perasmian Grandview Museum of Science & Grandview Museum of Astronomy

GUANGZHOU, China, 12 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 8 September 2022, asteroid No.29438 dinamakan secara rasmi sebagai "29438 Zhengjia (1997 MV)", ejaan fonetik Grandview dalam Bahasa Cina sementara majlis perasmian Grandview Museum of Science dan Grandview Museum of Astronomy telahpun diadakan di Guangzhou Marriott Hotel. Ini merupakan asteroid pertama dinamakan bersempena sebuah perusahaan yang terlibat dalam pendidikan awam oleh International Astronomical Union (IAU), yang bukan sahaja mewakili pengiktirafan dan pengesahan ke atas sumbangan Grandview Group kepada pendidikan sains penduduk oleh masyarakat saintifik dan pendidikan antarabangsa dan domestik, tetapi juga harapan dan galakan demi pembangunan masa depan penyelidikan astronomi dan pendidikan sains yang popular di Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau. Majlis perasmian turut mengumumkan pembukaan rasmi Grandview Museum of Science dan Grandview Museum of Astronomy, dua ahli baharu dalam "Grandview Planet".

Pada 26 Jun 1997, sebuah asteroid telah dikesan dan direkodkan di Balai Cerap Xinglong National Astronomical Observatories (NAOC). Tahun ini, dengan kelulusan daripada WG Small Bodies Nomenclature, asteroid ini dinamakan secara rasmi sebagai "29438 Zhengjia (1997 MV)". Chen Jiansheng, ahli astrofizik dan ahli akademik University of Chinese Academy of Sciences, menyampaikan sijil penamaan asteroid itu kepada Grandview Group. "Penamaan 29438 Zhengjia (1997 MV) ialah hadiah daripada NAOC dan IAU kepada Grandview Group, yang komited untuk menggalakkan pembangunan popularisasi sains astronomi dan pendidikan penyelidikan dalam bentuk tempat kebajikan awam," kata Ahli Akademik Chang Jin, Pengarah NAOC, di acara tersebut.


Kumpulan tersebut akan berganding bahu dengan NAOC bagi membina Grandview Astronomical Education Center. Khususnya, gambar-gambar Balai Cerap Xinglong akan dihantar kepada Grandview Astronomical Education Center pada waktu sebenar. Dengan cara ini, orang ramai dijemput untuk meneroka misteri di atas langit berbintang bersama-sama.


Max Xie, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Grandview Group Co., Ltd., berkata di majlis tersebut, "Imaginasi ialah gen yang tertanam dalam diri kita. Sebagai mercu tanda yang bergaya di Guangzhou, Grandview Mall komited untuk mencipta perniagaan jenis baharu yang imaginatif, mengintegrasikan budaya, kreativiti dan impian menjadi format yang berbeza dan mencipta lebih keriangan dan kebahagian untuk orang ramai."

Pada hari yang sama, kedua-dua muzium tersebut dibuka secara rasmi. Grandview Museum of Science, dengan kawasan berkeluasan 10, 000㎡, ialah muzium sains bertema pertama di China yang dibina selaras dengan piawaian muzium sains bertaraf dunia. Ia mempersembahkan kepada pengunjung dengan beberapa barang pameran yang menarik, termasuk meja putar Coriolis yang terbesar di dunia, pengalaman hemisfera Madeburg yang pertama di dunia, eksperimen saintifik klasik Menara Condong Pisa yang dihasilkan semula dan "keturunan" pokok epal yang terkena Newton dalam sejarah, dan sebagainya.

Grandview Museum of Astronomy membawa audiens ke dunia yang indah di mana mitos, sains, cerita dan sejarah wujud bersama! Anda boleh berbaring di atas rumput, memandang ke arah langit berbintang; anda boleh merasai kejutan apabila menghulurkan tangan untuk memetik bintang dengan supernova yang meletus di atas kepala!


Sebagai sebuah tempat yang penting untuk melindungi dan mewarisi peradaban manusia, muzium ialah salah satu cara yang penting untuk membantu orang ramai mempelajari sains. Penamaan 29438 Zhengjia (1997 MV) dan penampilan terkini dua buah muzium tersebut akan memudahkan Grandview Mall dibina menjadi tapak pendidikan sains yang paling lengkap di Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, dengan bidang yang paling lengkap, jenis yang paling pelbagai serta kandungan yang paling beraneka.

 

Source: Grandview Group Co., Ltd.
Keywords: Aerospace/Defense STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)