omniture

CATL dan BMW Group capai perjanjian rangka kerja berhubung bekalan bateri silinder

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-09-13 00:10 74

NINGDE, China, 13 September 2022 /PRNewswire/ -- CATL dan BMW Group mengumumkan pada hari ini perjanjian berbilang tahun berhubung pembekalan sel bateri silinder untuk memberi kuasa kepada siri baharu model elektrik pembuat kereta Jerman, NEUE KLASSE bermula pada tahun 2025.

Menurut perjanjian tersebut, CATL akan menyerahkan sel bateri silinder baharu kepada BMW Group yang didatangkan dengan diameter standard 46 milimeter dan akan dikeluarkan di dua kilang bateri akan datang CATL di China dan Eropah, setiap satunya dengan kapasiti tahunan sehingga 20 GWj yang dikhususkan untuk BMW Group.

Diberi kuasa oleh sel berbentuk bulat baharu CATL, generasi keenam teknologi eDrive BMW yang digunakan dalam NEUE KLASSE ialah langkah yang utama dalam teknologi EV berhubung ketumpatan tenaga, kelajuan pengecasan dan julat.

Perjanjian berkenaan meneruskan komitmen bersama kedua-dua syarikat berkenaan untuk membina rantaian nilai bateri bulat yang mampan dan pada masa depan. CATL akan menggunakan terutamanya tenaga boleh diperbaharu dan bahan sekunder bagi pengeluaran sel bateri berprestasi tinggi. Kobalt dan litium yang digunakan untuk generasi baharu sel bateri akan diperoleh daripada lombong-lombong yang diperakui.

Kombinasi seni bina NEUE KLASSE BMW Group dan teknologi bateri karbon-rendah terbaik CATL akan membolehkan kedua-dua syarikat mengekalkan kedudukan utama mereka dalam peralihan e-mobiliti di Eropah dan seluruh dunia, menandakan satu lagi pencapaian penting untuk perkongsian yang istimewa antara kedua-dua syarikat dengan visi yang sama demi masa depan yang lebih hijau.

"BMW Group ialah rakan kongsi istimewa dan utama untuk CATL dan kami amat berbangga dapat memperluas perkongsian strategik kami yang telah terjalin dan diperkukuh sejak 11 tahun yang lalu. Dengan portfolio produk dan teknologi termaju yang pelbagai, kami berasa yakin untuk menawarkan penyelesaian terbaik bagi memberi kuasa kepada kenderaan mewah elektrik generasi akan datang BMW Group," kata Robin Zeng, pengasas dan pengerusi CATL. "Kami berharap dapat membangunkan dan menyampaikan penyelesaian yang lebih kompetitif dan mampan untuk rakan kongsi kami demi mendorong pemacu global untuk e-mobiliti dan peralihan tenaga."

"Kami berasa gembira kerana BMW Group dan CATL meluaskan kerjasama mereka yang berjaya. "Kami akan meneruskan perkongsian kami untuk generasi sel bateri akan datang dari tahun 2025 dan selanjutnya," kata Joachim Post, ahli Lembaga Pengurusan BMW AG yang bertanggungjawab untuk Rangkaian Pembelian dan Pembekal. "CATL ialah rakan kongsi yang teguh dan berdedikasi, yang menghargai tindakan berterusan seperti sama seperti kami. Kedua-dua syarikat akan terus memimpin jalan ke arah masa depan dan jelas komitmen terhadap amalan mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar."

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Oil/Energy Transportation Utilities Contracts Licensing/marketing agreements