omniture

Xinhua Silk Road: Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022 bermula di Xiamen, Timur China

Xinhua Silk Road
2022-09-13 04:26 141

BEIJING, 13 September 2022 /PRNewswire/ -- Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022 bermula pada hari Khamis di Xiamen, Wilayah Fujian, timur China, yang mana para peserta berkongsi pendapat dan cadangan membina berhubung meningkatkan pengaruh jenama Maritim Jalan Sutera.

Memfokuskan kepada langkah-langkah yang efektif untuk menyokong dinamik pembangunan baharu dan merangsang "dwi peredaran" pasaran domestik dan antarabangsa, perbincangan di forum tersebut meliputi pelbagai topik seperti menawarkan perkhidmatan kepada pasaran domestik disatukan, pembangunan bersepadu logistik antarabangsa dan e-dagang rentas-sempadan, pembinaan dan aplikasi data raya perkapalan pelabuhan serta perkhidmatan inovasi kewangan perkapalan pelabuhan.

Bertujuan untuk membina ekosistem yang inklusif dan bersifat kerjasama untuk perkapalan dan logistik antara negara-negara Jalur dan Jalan, jenama Maritim Jalan Sutera dilancarkan dalam bulan Disember 2018 oleh Wilayah Fujian, kawasan utama Jalan Sutera Maritim. Menjelang penghujung bulan Ogos tahun ini, sejumlah 9,014 perjalanan telah dibuat melalui laluan perkapalan yang dinamakan bersempena Maritim Jalan Sutera, dengan jumlah daya pemprosesan kontena mencecah 10.182 juta unit setara dua puluh kaki.

Memberi pujian tinggi kepada pencapaian Maritim Jalan Sutera, para peserta di forum tersebut menyatakan kepentingan menyepadukan intipati semangat Jalan Sutera dengan usaha praktikal dalam mempererat dan memperluas perkongsian ekonomi dengan negara-negara yang berkaitan. Dengan terus meningkatkan penglibatan dalam Maritim Jalan Sutera, para tetamu komited untuk mengekalkan secara bersama keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, dalam usaha untuk menyuntik dorongan baharu dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Jalan.

Pada masa akan datang, Maritim Jalan Sutera akan terus melaksanakan usaha yang inovatif untuk mencapai pembangunan pada standard tinggi, mampan dan bertumpukan rakyat, menurut Chen Zhiping, pengerusi Fujian Provincial Port Group Co., Ltd. dan Fujian Silk Road Maritime Management Company.

Kertas biru tentang pembangunan Maritim Jalan Sutera dari tahun 2021 hingga 2022 telahpun dikeluarkan di forum tersebut, berserta kumpulan kesepuluh laluan perkapalan yang dinamakan bersempena jenama tersebut. Sebuah majlis penganugerahan untuk ahli-ahli baharu Silk Road Maritime Alliance turut diadakan semasa berlangsungnya forum berkenaan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/329926.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation Trade show news