omniture

Biasiswa University Of Auckland Bantu Para Pelajar Dari Asia Tenggara

University of Auckland
2022-09-13 17:14 66

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 13 September 2022 /PRNewswire/ -- Universiti terkemuka New Zealand, University of Auckland, baru sahaja mengumumkan pelbagai jenis biasiswa baharu untuk para pelajar dari Asia Tenggara, menyediakan bantuan kewangan sehingga NZD10,000 kepada para pelajar.

Dengan sempadan yang kini dibuka sepenuhnya, Universiti ini benar-benar berminat untuk membawa pelajar Asia Tenggara kembali ke kampus dan telah melancarkan University of Auckland ASEAN High Achievers Scholarship. Permohonan untuk biasiswa ini dibuka pada 10 Oktober dan kedua-dua pelajar sarjana muda mahupun pelajar pascasiswazah boleh memohon.

Pengarah Interim Antarabangsa University of Auckland, Ainslie Moore, berkata biasiswa berkenaan akan dianugerahkan dua kali setahun kepada para pelajar yang belajar sepenuh masa dalam pelbagai peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan diploma pascasiswazah yang menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi dalam pengajian mereka yang terdahulu.

"Ini merupakan satu pelaburan yang penting untuk Universiti ini dan kami amat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar terbaik ini ke Auckland, terutamanya selepas mengalami Covid dan sekatan pergerakan beberapa tahun yang lalu. Para pelajar antarbangsa menambah kepelbagaian dan keanekaan kepada kampus kami serta memainkan peranan yang besar dalam kajian serta dalam tenaga kerja New Zealand di luar universiti ini," kata beliau.

Tawaran biasiswa baharu ini ditetapkan untuk mengurangkan halangan kewangan kepada pelajar-pelajar yang diterima masuk dari rantau tersebut untuk menyokong mereka dengan peralihan daripada pembelajaran dalam talian kepada pembelajaran di kampus.

Timbalan Naib Canselor, Penglibatan Strategik, University of Auckland, Dr Erik Lithander berkata "Covid membawa kesukaran kepada semua orang, terutamanya pelajar antarabangsa kami yang telah sekian lama berada dalam keadaan terawang-awang. Kami menyokong mereka dalam setiap langkah perjalanan mereka dan berasa sangat gembira kerana kini dapat melihat mereka kembali ke kampus. Tiada apa yang dapat menandingi keriuhan pelajar yang bergegas antara dewan kuliah, berdebat di kelas tutorial dan meluangkan masa di Albert Park yang indah - inilah hakikat kehidupan universiti yang sebenar."

Universiti ini juga menyokong para pelajar di Malaysia, Indonesia & Thailand dengan menawarkan sokongan pembelajaran dalam talian yang menyediakan program sokongan pembelajaran kontak tinggi, diperibadikan bagi membantu pelajar mencapai matlamat pendidikan mereka, sewaktu sekatan sempadan dikenakan. Penasihat Pembelajaran Khusus disediakan kepada para pelajar sarjana muda dari negara-negara ini bagi membantu pelajar dalam zon waktu tempatan mereka bila-bila masa mereka memerlukan bantuan.

Sepanjang pandemik, University of Auckland terus membangunkan perkongsian institusi di seluruh Asia Tenggara bagi mengeratkan hubungan dalam rantau ini.

Ini termasuk Memorandum Persefahaman bersama Ho Chi Minh City University of Technology yang mana beberapa matlamat jangka panjang dikenal pasti dalam aspek-aspek seperti perjanjian penyelidikan bersama dan pemindahan kredit yang memberi peluang kepada pelajar untuk belajar di kedua-dua institusi tersebut sepanjang tempoh pengajian ijazah mereka. Taylors University di Malaysia ialah satu lagi rakan kongsi berkedudukan tinggi yang menjalin kerjasama dengan Universiti ini semasa pandemik. Perkongsian ini membolehkan pelajar yang mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Taylor's University untuk bertukar sama ada kepada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Awal Kanak-kanak yang ditawarkan di University of Auckland selepas hanya setahun.

With the New Zealand borders having opened to international students, the University of Auckland hopes that the initiatives that have been put in place throughout the pandemic will have set students on the right track to commence studies here in 2023.
With the New Zealand borders having opened to international students, the University of Auckland hopes that the initiatives that have been put in place throughout the pandemic will have set students on the right track to commence studies here in 2023.

Ditubuhkan pada tahun 1883, University of Auckland ialah universiti terbesar negara ini dengan lebih 40,000 orang pelajar, yang mana 7,000 orang merupakan pelajar antarabangsa dari lebih 100 negara. Ia merupakan universiti terkemuka New Zealand, tersenarai di kedudukan ke-87 di dunia dalam QS World Rankings 2023 dan kedudukan ke-137 dalam Times Higher Education (THE) World Rankings. Pada tahun 2019, ia disenaraikan di tempat pertama di dunia dalam THE University Impact Rankings sulung, yang mengukur bagaimana universiti-universiti di seluruh dunia menunjukkan prestasi terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Source: University of Auckland
Keywords: Education Higher Education New products/services