omniture

Roborock menduduki tempat pertama antara pembuat vakum robot seluruh dunia dari segi jualan model berkualiti tinggi

Roborock
2022-09-13 18:39 27

ROBOROCK memacu pertumbuhan melalui inovasi

BEIJING, 13 September 2022 /PRNewswire/ -- Menurut data yang dikeluarkan oleh Euromonitor baru-baru ini, jualan runcit seluruh dunia vakum robot telah melangkaui 15 juta unit pada tahun 2021, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 20% sepanjang lima tahun lalu. Khususnya, rantau Asia-Pasifik menyumbang kira-kira 44.2% daripada jumlah keseluruhan, menjadikannya pasaran vakum robot yang terbesar di dunia. Vakum robot berkualiti tinggi, umumnya berharga lebih AS$500, memberikan prestasi yang jauh lebih unggul dari segi kecerdasan dan kecekapan pembersihan apabila dibandingkan dengan model-model standard. Tahun lalu, model-model berkualiti tinggi membentuk lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhan vakum robot. Beberapa jenama mewah, termasuk Roborock dan iRobot, bersama-sama menguasai lebih 80% daripada pasaran global. Paling jelas, Roborock menduduki tempat pertama antara pengeluar vakum robot di seluruh dunia dari segi jualan model berkualiti tinggi selama 12 bulan dari Julai 2021 hingga Jun 2022.

 

Menurut data pasaran Cina yang dikeluarkan oleh AVC untuk suku kedua tahun 2022, G10S series Roborock menduduki tempat pertama antara vakum robot baik dari segi jualan dalam talian mahupun bahagian pasaran dalam sektor pembersihan pintar selama tiga bulan berturut-turut. Laporan interim Roborock bagi tahun 2022 menunjukkan bahawa jualan vakum robot syarikat ini melonjak 24.49% berbanding tahun sebelumnya (YoY) dalam separuh pertama tahun ini. Prestasi yang mengagumkan ini boleh dikaitkan dengan pertumbuhan mampan firma ini yang terhasil daripada inovasi yang berterusan dalam teknologi.

Roborock menduduki tempat pertama antara pembuat vakum robot seluruh dunia dari segi jualan model berkualiti tinggi
Roborock menduduki tempat pertama antara pembuat vakum robot seluruh dunia dari segi jualan model berkualiti tinggi

Dalam separuh pertama tahun 2022, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Roborock meningkat 13.74% YoY kepada 226 juta yuan (kira-kira AS$31.6 juta), menyumbang sebanyak 7.74% daripada hasil syarikat. Di samping itu, firma ini memperoleh 753 paten, dengan kakitangan R&D membentuk sehingga 54.08% daripada jumlah keseluruhan kakitangan. Dengan peningkatan yang berterusan dalam pelaburan R&D, Roborock meningkatkan dengan pesat kecekapannya dalam teknoogi.

Pada bulan Mac 2022, Roborock melancarkan siri vakum robot berkualiti tinggi G10S/S7 MAXV dengan sistem algoritma dinaik taraf RR mason 9.0, mengupayakan penghindaran halangan gelombang-milimeter melalui navigasi berkejituan tinggi dan perancangan laluan. Siri ini juga menampilkan teknologi getaran sonik VibraRise® yang pertama dalam industri yang menyental lantai sehingga 3,000 kali seminit serta integrasi disruptif Cucian Mop Auto, Antibakteria Auto, Pengisian Semula Tangki Auto, Pengumpulan Habuk Auto dan Dok Kosong-Auto, selain daripada komponen air dan pengeringan mengikut pilihan. Dengan teknologi ini, siri ini meningkatkan dengan ketara kecekapan pembersihan, lalu menyampaikan pengalaman membersih lantai bebas tangan yang dioptimumkan.

Dalam tahun 2021, Roborock menjadi peneraju dalam meningkatkan pendedahan dan memperoleh penerimaan vakum robot dalam kalangan orang awam dengan menyediakan kepada pengguna produk premium inovatif yang menggunakan teknologi canggih untuk mewujudkan persekitaran rumah yang lebih bersih sekali gus membawakan pengalaman membersih bebas tangan. Dengan berbuat demikian, syarikat vakum robot yang terkemuka ini menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini.

Hasil daripada usaha yang berterusan ke arah mencapai persekitaran rumah yang berkualiti tinggi selama beribu-ribu tahun, terutamanya dalam dunia yang bergerak pantas, terdapat trend yang semakin berkembang yang mana pengguna lebih gemar menggunakan robot untuk membuat kerja rumah supaya mereka dapat meluangkan lebih banyak masa kepada perkara yang penting atau bersama insan tersayang. Dalam bulan September 2022, Roborockn berganding bahu dengan platform membeli-belah dalam talian terkemuka China, Tmall.com, bagi melancarkan kempen Super Brand Day sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap produknya yang berteknologi tinggi dan popular kepada kumpulan pengguna yang lebih luas, dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian serta kesejahteraan pengguna seluruh dunia.

 

 

Source: Roborock
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards