omniture

Xinhua Silk Road: Pameran perdagangan perkhidmatan antarabangsa China mencerminkan daya tarikan pasaran Cina yang kuat untuk pelaburan asing

Xinhua Silk Road
2022-09-13 22:26 82

BEIJING, 13 September 2022 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang melabuhkan tirainya di Beijing pada hari Isnin, banyak perusahaan antarabangsa menandatangani perjanjian kerjasama dengan China untuk mempererat kerjasama dalam perdagangan perkhidmatan, yang mencerminkan daya tarikan pasaran Cina yang kuat untuk pelaburan asing.

A girl tries a VR device at the cultural and tourism services exhibition hall in the Shougang Park during the 2022 CIFTIS in Beijing, capital of China, Sept. 4, 2022. (Xinhua/Ju Huanzong)
A girl tries a VR device at the cultural and tourism services exhibition hall in the Shougang Park during the 2022 CIFTIS in Beijing, capital of China, Sept. 4, 2022. (Xinhua/Ju Huanzong)

Sebagai salah satu pameran perdagangan perkhidmatan yang terbesar dan paling komprehensif di dunia, CIFTIS 2022 mencapai keputusan yang membuahkan hasil dalam meningkatkan kerjasama antarabangsa.

Semasa berlangsungnya Pameran tersebut, Air China dan syarikat gergasi kejuruteraan British, Rolls-Royce mengumumkan untuk menubuhkan usaha sama baharu bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin di Beijing, dengan modal berdaftar sebanyak 190 juta dolar A.S.

"Walaupun ini merupakan kali pertama mengambil bahagian dalam CIFTIS, kami amat optimis berhubung kerjasama dengan China," kata Cao Qian, pengurus hal ehwal kerajaan firma guaman Itali D'Andrea & Partners Legal Counsel, menambah bahawa firma berkenaan telah menubuhkan pejabat di Beijing, Shenzhen dan Hong Kong dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan harapan untuk mencari lebih banyak peluang kerjasama melalui pameran perdagangan perkhidmatan dan membantu pembangunan perkhidmatan undang-undang yang canggih di China.

Syarikat gergasi teknologi A.S. Qualcomm yang telah menembusi pasaran Cina selama lebih daripada 25 tahun dan mengambil bahagian dalam tiga pameran perdagangan perkhidmatan, membawakan senario aplikasi "Gongti Metaverse" yang menggabungkan teknologi penerapan pemisahan Qualcomm dalam teknologi penghirisan rangkaian 5G China Mobile.

"Kami telahpun menjalin perkongsian yang erat dengan rakan-rakan perindustrian Cina kami," kata Hou Mingjuan, naib presiden global Qualcomm, menambah bahawa komitmen China terhadap pembangunan yang berkualiti tinggi melalui pembukaan peringkat tinggi memberi keyakinan kepada syarikat-syarikat multinasional seperti Qualcomm untuk meneruskan dan meluaskan lagi kerjasama bersama pelanggan Cina.

Menurut Ouyang Rihui, pembantu dekan bagi China Center for Internet Economy Research di Central University of Finance and Economics di Beijing, sektor perkhidmatan China mencipta "kesan magnet" di dunia.

Dari tahun 2012 hingga 2021, penggunaan sebenar modal asing dalam sektor perkhidmatan China meningkat daripada 60.27 bilion dolar A.S. kepada 140.51 bilion dolar A.S., satu peningkatan 1.3 kali ganda mengikut skala.

Import perkhidmatan China dijangka mencapai 2.5 trilion dolar A.S. menjelang tahun 2025, menurut satu laporan berhubung import perkhidmatan China yang dikeluarkan oleh kementerian perdagangan negara ini semasa Ekspo Import Antarabangsa China kali ketiga dalam tahun 2020.

https://en.imsilkroad.com/p/329925.html 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news