omniture

CGTN: Gala Festival Pertengahan Musim Luruh 2022: perayaan keluarga untuk orang Cina seluruh dunia

CGTN
2022-09-14 00:20 85

BEIJING, 14 September 2022 /PRNewswire/ -- Festival Pertengahan Musim Luruh, turut dikenali sebagai Festival Bulan, disambut oleh berjuta-juta orang pada hari ke-15 dalam bulan kelapan kalendar lunar Cina. Tahun ini, hari tersebut jatuh pada 10 September.

Festival Pertengahan Musim Luruh bukan sekadar tentang perjumpaan keluarga. Ia juga tentang keseronokan menuai, percintaan dan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Festival Pertengahan Musim Luruh ialah sintesis daripada adat bermusim pada musim luruh dan kebanyakan unsur festival yang terkandung di dalamnya mempunyai asa-usul kuno. Satu bahagian penting dalam sambutan festival tersebut ialah penyembahan bulan. Dalam masyarakat agraria purba, orang ramai percaya bahawa operasi bulan amat berkait rapat dengan pengeluaran pertanian dan perubahan musim, maka Festival Bulan menjadi satu aktiviti ritual yang sangat penting.

Sejak zaman dahulu kala, terdapat banyak legenda mengenai bulan di China. Bagi orang Cina, bulan melambangkan sebagai suci, tulen dan luhur. Lebih berpuluh-puluh ribu sajak yang menggambarkan tentang bulan telah direkodkan.

Terdapat banyak cerita menarik yang menjelaskan tentang asal-usul festival berkenaan. Kisah Chang'e dan Hou Yi ialah cerita yang diterima paling meluas oleh rakyat Cina. Pada zaman dahulu, ada seorang wanita cantik, Chang'e, yang suaminya ialah seorang pemanah yang berani, Hou Yi. Namun, pada suatu hari, beliau minum sebotol eliksir yang membuatkan beliau hidup selama-lamanya bagi menghormati perintah suami beliau untuk memastikannya selamat. Kemudian, beliau dipisahkan daripada suami tercinta, melayang ke langit dan akhirnya mendarat di bulan, tempat beliau menetap hingga ke hari ini.

Pada zaman moden, festival berkenaan berkembang ke suatu tahap di mana menikmati kuih bulan telah menjadi suatu kebiasaan di seluruh China. Adat resam rakyat membawakan beberapa aktiviti perayaan seperti melihat bulan bersama keluarga, meneka teka-teki tanglung, membawa tanglung yang menyala terang, mempersembahkan tarian naga dan singa dan banyak lagi.

Gala Festival Pertengahan Musim Luruh CMG

Dipersembahkan oleh China Media Group (CMG), gala tahunan tersebut, turut dikenali sebagai Qiuwan dalam bahasa Cina, bermula pada jam 8 malam Waktu Beijing pada 10 September dan berlangsung selama lebih dua jam, mempersembahkan ekstravaganza yang kreatif dan cemerlang kepada audiens dari seluruh dunia.

Gala tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, bermula dengan Kunqu Opera dan Pingtan (seni persembahan muzik/oral serantau). Ia mempersembahkan acara "Festival Pertengahan Musim Luruh gaya Suzhou" yang unik dengan ciri-ciri budaya bandar tepian air di bahagian selatan Sungai Yangtze.

Gala tersebut mempersembahkan barisan artis yang terkenal. Di Taman Tasik Jiyang di Zhangjiagang, Wilayah Jiangsu, tempat utamanya, bintang-bintang Cina termasuk Li Yugang, Huang Ling dan Na Ying mempersembahkan pelbagai gaya lagu. Antara banyak lagu bertemakan bulan merupakan rendisi baharu sajak tradisional Cina oleh penyajak-penyajak hebat pada zaman dahulu.

Taikonaut Shenzhou-14 Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe meluangkan masa dalam "Festival Pertengahan Musim Luruh di Angkasa Lepas" yang pertama seumpamanya di stesen angkasa China. Ketiga-tiga taikonaut tersebut merakam video eksklusif untuk gala tersebut, menyampaikan ucapan Pertengahan Musim Luruh mereka dan "bintang bertuah" kepada orang Cina di seluruh dunia.

Sebagai sebuah acara tahunan yang menyatukan orang Cina di seluruh dunia, Gala Festival Pertengahan Musim Luruh CMG telah menarik perhatian yang luas daripada media domestik dan antarabangsa sejak pengumuman rasminya

Over the Moon – Acara Siaran Langsung Festival Pertengahan Musim Luruh CGTN

Pada hari berlangsungnya festival tersebut, CGTN turut membawakan "Over the Moon – Acara Siaran Langsung Festival Pertengahan Musim Luruh" untuk khalayak global bagi mempamerkan semangat dan daya tarikan budaya tradisional Cina dari jam 4 petang hingga 10 malam.

Acara Siaran Langsung tersebut menggabungkan beberapa program yang diketengahkan termasuk The Chat Room, edisi khas Pertengahan Musim Luruh VIBE, Malam Pertengahan Musim Luruh di Dunhuang dan gala Festival Pertengahan Musim Luruh CMG.

Selama beribu-ribu tahun, bulan penuh dan perjumpaan semula telah menjadi tema yang konsisten dalam Festival Pertengahan Musim Luruh berserta menghirup teh, mendeklamasikan sajak, berbicara tentang tradisi yang berbeza di pelbagai negara, menikmati "bulan" malah berinteraksi dengan "arnab jed" dalam latar maya XR dan menjelajah menempuhi zaman purba dan moden bagi meraikan festival tersebut; acara siaran langsung enam jam yang menampilkan beberapa program dan video Festival Pertengahan Musim Luruh yang dihasilkan oleh CGTN serta teknologi audiovisual yang canggih.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-10/2022-Mid-Autumn-Festival-Gala-A-family-feast-for-Chinese-worldwide-1ddwAiyY0sU/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service