omniture

Xinhua Silk Road: Peluang untuk perdagangan perkhidmatan digital inovatif dilihat di CIFTIS 2022

Xinhua Silk Road
2022-09-14 12:39 151

BEIJING, 14 September 2022 /PRNewswire/ -- Sejumlah besar perusahaan berteknologi tinggi mempamerkan teknologi digital dan produk mereka di Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirainya, memberi peluang untuk pembangunan perdagangan perkhidmatan digital yang inovatif.

Visitors line up to experience e-CNY (digital yuan) payment at an exhibition of financial services during the 2022 China International Fair for Trade in Services (CIFTIS) at the Shougang Park in Beijing, capital of China, Sept. 4, 2022. (Xinhua/Jin Haoyuan)
Visitors line up to experience e-CNY (digital yuan) payment at an exhibition of financial services during the 2022 China International Fair for Trade in Services (CIFTIS) at the Shougang Park in Beijing, capital of China, Sept. 4, 2022. (Xinhua/Jin Haoyuan)

Dewan pengalaman metaverse CIFTIS menarik ramai pengunjung kerana ia telah mencipta pengalaman perjalanan imersif yang mendalam untuk khalayak dengan teknologi penggambaran maya XR, teknologi 3D tanpa cermin mata dan ruang interaktif holografik antara lain.

Banyak pempamer di dewan pengalaman metaverse percaya bahawa CIFTIS telah menyediakan jambatan untuk metaverse menembusi pasaran perdagangan perkhidmatan peringkat pengguna.

Di kawasan pameran perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan maklumat di tempat Shougang Park CIFTIS 2022, robot-robot dengan bentuk-bentuk berbeza dapat dilihat di reruai hampir kesemua pempamer, berfungsi sebagai duta-duta publisiti untuk pempamer dengan memaparkan kemahiran mereka yang berbeza.

Pelbagai produk praktikal yang membawakan kecerdasan buatan, data raya, pengkomputeran awan, 5G, blok rantai dan teknologi canggih yang lain turut dipamerkan di acara tersebut.

Menurut Feng Ming, seorang doktor Peking Union Medical College Hospital (PUMCH), PUMCH memaparkan robot neuronavigation pintar mudah alih yang bersama-sama dibangunkan dengan Tencent AI Lab dan Institute of Automation of the Chinese Academy of Sciences di CIFTIS tahun ini.

Platform navigasi robot ini mengintegrasikan teknologi pembedahan dan pengalaman pasukan pembedahan saraf PUMCH, dan digabungkan dengan pengimejan prabedah, ia dapat membantu para doktor mengesan lesi intrabedah dan melakukan pembedahan tusukan dengan lengan robotik, mengurangkan selanjutnya kesukaran dan meningkatkan ketepatan pembedahan.

Yuan digital juga menyerlah di acara tersebut dan banyak syarikat perbankan, insurans serta teknologi kewangan (fintech) mempamerkan produk e-CNY mereka di kawasan pameran perkhidmatan kewangan.

Bank of China melancarkan dompet keras RMB digital dan mengikut pengenalan seorang kakitangan di reruai bank tersebut, dompet keras dapat membantu warga emas, kanak-kanak dan kumpulan lain yang tidak pandai membuat bayaran melalui telefon bimbit menyelesaikan pembayaran penggunaan tanpa membawa wang tunai.

Peserta-peserta pameran berkata bahawa CIFTIS telah membantu mengurangkan jarak antara institusi kewangan, orang ramai serta RMB digital dan melalui aktiviti yang interaktif di pameran tersebut, khalayak dapat merasai pengalaman sekuriti, kemudahan dan kecekapan RMB digital dengan lebih intuitif yang berguna untuk aplikasi "digital RMB plus".

https://en.imsilkroad.com/p/329919.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news Financial Technology