omniture

Power Commerce Asia & Susu Irfan Perluas Pasaran Asia Tenggara di MIHAS 2022.

Power Commerce Asia
2022-09-14 14:05 36

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 September 2022 /PRNewswire/ -- PT Mitra Semeru Indonesia (Power Commerce Asia) akan bertukar-tukar dokumen MOU dengan World Marketing Work Sdn Bhd (Susu Irfan) bagi merasmikan penembusan Susu Irfan MY ke pasaran Indonesia melalui kolaborasi dengan Power Commerce Asia di MIHAS 2022, 7 September 2022.

Mr. Azman Ilyas, Head of SEA Regional Expansion from Power Commerce Asia, Indonesia exchanging MOU documents with Mr. Saiful Azlan, Managing Director of Susu Irfan Malaysia to officiate cross border trade collaboration.  The event was graced by Mr. Abu Bakar Yusuf, Deputy CEO of MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) as the organizer for MIHAS 2022 and executive management from MARA ( Majlis Amanah Rakyat) represented by Ybhg Datuk Syed Azmi Ahmad and Mr. Yahaya Sani.
Mr. Azman Ilyas, Head of SEA Regional Expansion from Power Commerce Asia, Indonesia exchanging MOU documents with Mr. Saiful Azlan, Managing Director of Susu Irfan Malaysia to officiate cross border trade collaboration.  The event was graced by Mr. Abu Bakar Yusuf, Deputy CEO of MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) as the organizer for MIHAS 2022 and executive management from MARA ( Majlis Amanah Rakyat) represented by Ybhg Datuk Syed Azmi Ahmad and Mr. Yahaya Sani.

Power Commerce Asia akan membawa produk Susu Irfan kepada pelanggan mereka melalui pelbagai saluran digital. Power Commerce Asia akan turut menyediakan perkhidmatan gudang dan pemenuhan termasuk untuk saluran luar talian.

"MATRADE berbesar hati kerana program MIHAS INSP telah diterima baik oleh pembeli antarabangsa dan pengeksport Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian External Trade Development Company (MATRADE) Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, penganjur NISP MIHAS, di Kuala Lumpur.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Power Commerce Asia, Hadi Kuncoro berkata, "Kami menyampaikan penyelesaian untuk industri ini dengan berubah daripada perniagaan konvensional kepada syarikat berasaskan platform digital dan mengoptimumkan platform infrastruktur logistik agar syarikat-syarikat dapat menjamin pembangunan masa depan inovasi digital."

"Kami telah menyasarkan untuk mengembangkan pasaran dengan membuka cawangan di Malaysia sejak Januari lalu. Jadi, kami dapat menyokong permulaan Jenama Malaysia dengan penembusan ke Pasaran Indonesia terlebih dahulu," kata Andik Duana Putra, Ketua Pegawai Komersial Power Commerce Asia.

Latar Belakang Power Commerce Asia

Ditubuhkan pada awal tahun 2019, Power Commerce Asia ialah sebuah syarikat penyelesaian teknologi yang memfokuskan kepada Platform Omni-Saluran ERP dan Pengurusan Rantaian Bekalan dalam mempersembahkan teknologi yang komprehensif bagi mengurus saluran jualan dan pemenuhan (rantaian bekalan) dalam satu platform. Sebagai perintis Platform Omni-Saluran ERP dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Power Commerce Asia menyediakan penyelesaian untuk membantu jenama dan prinsipal menghubungkan semua saluran jualan mereka secara "dalam talian dan luar talian".

Power Commerce Asia telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama tempatan dan global daripada pelbagai industri dalam mengurus saluran jualan e-dagang. Beberapa pelanggan ini termasuk Soho Global (Imboost, Curcuma, Diapet, dsb.), Menarini (Dermatix, Transpulmin, dsb.), Kino Indonesia, Galeri24 (Ahli Pegadaian), Mamasuka, Combiphar, Twinings, Ovaltine, Probalance, Prodiet, Evalube, Dompet Dhuafa dan banyak lagi, baik syarikat-syarikat tempatan mahupun antarabangsa (jenama-jenama global).

Power Commerce Asia juga mempunyai beberapa gudang yang tersebar merentas bandar-bandar besar seperti Jakarta, Bandung, Yogyakarta dan Surabaya dan akan terus berkembang selaras dengan keperluan pelanggan.

Source: Power Commerce Asia
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Transportation Contracts Corporate Expansion Licensing/marketing agreements