omniture

bauma 2022: Zoomlion Akan Bawakan 54 Produk Tenaga Baharu dan Pintar dalam Tujuh Kategori, Tonjolkan Pendigitalan, Kecerdasan dan Kelestarian

Zoomlion
2022-09-15 02:03 28

MUNICH, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) akan mengambil bahagian dalam bauma 2022 mulai 24-30 Oktober di Munich, Jerman, membawakan 54 produk tenaga baharu dan pintar daripada tujuh kategori yang merangkumi model canggih jentera tolak tanah, pengangkat, konkrit, kerja udara serta kenderaan perindustrian yang mana lebih separuh daripada produk yang dipamerkan dibuat khusus untuk pasaran Eropah.

Zoomlion, bersama-sama subsidiari Eropah syarikat berkenaan, CIFA, m-tec dan Wilbert, akan memaparkan keupayaan inovatif dan kelebihan kompetitif teknologi syarikat berkenaan sebagai peneraju industri.

Sektor perniagaan jentera pengangkat Zoomlion kini menyediakan penyelesaian yang komprehensif untuk pelanggan Eropah dengan produk seperti kren menara kepala rata yang diintegrasikan dengan teknologi Wilbert, kren bergerak luar jalan yang dibangunkan di kilang CIFA di Eropah dan kren rangkak yang belayar dari tapak Zoomlion di Changsha. Produk-produk ini akan menyokong pelbagai keperluan projek pembinaan dengan prestasi dan kekuatan yang utama dalam industri.

Barisan komprehensif platform kerja udara (AWP) termasuk lif gunting, bum lurus dan model jenis engkol akan ditonjolkan di bauma 2022 berserta pelbagai AWP tenaga baharu dengan bateri litium. Syarikat berkenaan turut membangunkan sistem pemantuan jarak jauh pintar dan pengurusan sewa untuk model-model yang dipamerkan yang menyediakan pemantauan keadaan peralatan secara jarak jauh dan pada waktu sebenar serta mengupayakan sokongan pelanggan yang lebih baik dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi.

Zoomlion dan subsidiari Italinya CIFA akan memaparkan pencapaian terkini dalam jentera konkrit, termasuk pembangunan dalam bahan baharu seperti keluli berkekuatan tinggi dan bahan komposit gentian karbon baharu serta model terkini peralatan mengepam dan membancuh. Sektor perniagaan tolak tanah akan mempamerkan lima produk pengorek yang dibangunkan untuk pasaran Eropah yang canggih.

Dalam pada itu, Zoomlion m-tec menyokong pameran tersebut dengan peralatan mortar campuran kering dinaik taraf dengan bahan PU serba baharu yang mempunyai julat saiz partikel yang lebih besar dan penggantian keluaran lebih tinggi untuk beradaptasi dengan pelbagai keadaan pembinaan bermula daripada pembinaan awam dan perindustrian hinggalah projek jambatan dan terowong.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 Zoomlion dan syarikat berkenaan turut berbesar hati untuk mengambil peluang berkenaan untuk memaparkan warisan jenamanya, kekuatan teknologi serta pencapaian pembangunan sepanjang tiga dekad yang lalu serta transformasi digital, hijau dan pintar yang dipacu oleh inovasi yang menerajui penaiktarafan dan pembangunan industri ini.

Syarikat berkenaan akan mengadakan pameran di reruai FS.905/2 di Trade Fair Center Messe München

 

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Alternative Energies Auto Construction/Building Environmental Products & Services Machinery Mining/Metals Transportation Utilities New products/services Trade show news Future Events