NEW DELHI, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 12 September, Sidang Kemuncak Tenusu Dunia IDF 2022 telahpun diadakan di New Delhi, India. Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group, menyampaikan ucapan maya di Forum Pemimpin-pemimpin Tenusu Dunia dan menghadiri perbincangan panel "Tenusu dalam 25 Tahun Akan Datang".
Lembah Kesihatan Pintar Moden Yili
Mewakili penghormatan yang paling berprestij dalam industri ini, Anugerah Inovasi Tenusu IDF disampaikan secara serentak dengan Sidang Kemuncak berkenaan. Antara 144 penyertaan, Yili merupakan satu-satunya pengeluar tenusu di dunia yang menerima dua anugerah inovasi. Model Analisis Risiko Keselamatan Makanan Yili menerima anugerah inovasi untuk keselamatan makanan manakala Yili Drinkable Cheese menerima anugerah inovasi untuk pembangunan produk baharu. Teknologi pensterilan suhu rendah dan kepekatan Yili serta inovasi formula pemakanan jitu Yili Cute Star turut disenaraikan sebagai finalis masing-masing untuk untuk anugerah "Inovasi dalam Pemprosesan Mampan" dan "Inovasi dalam Penyelidikan & Pembangunan – Pemakanan Pengguna."
Dalam ucapan beliau yang bertemakan "Memulakan Pertumbuhan Hijau dan Melangkah Ke Arah Masa Depan Karbon Sifar-Bersih", Zhang Jianqiu berkata, "Untuk menyumbang kepada masa depan karbon sifar-bersih, industri tenusu perlu membangunkan produk karbon sifar-bersih dan membina rantaian bekalan karbon sifar-bersih dengan mengikuti laluan pertumbuhan hijau dan menerima transformasi digital. Pembangunan mampan dalam industri tenusu global akan menambah momentum baharu kepada ekonomi global."
Inovasi dengan falsafah bertumpukan pengguna
Mengulas tentang pencapaian Yili, Song Kungang, Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Kebangsaan China IDF berkata bahawa kuncinya terletak pada pendekatan berorientasikan pengguna oleh Yili, memanfaatkan kekuatan seluruh rantaian bekalan dan menggalakkan pembangunan industri sebagai peneraju produk tenusu.
Model Analisis Risiko Keselamatan Makanan Yili mempelopori aplikasi tiga teknologi teras, iaitu pengesanan awal terhadap risiko keselamatan makanan, pemantauan risiko keselamatan makanan tiga gred dan kawalan kualiti berperingkat bagi memastikan keselamatan produk seluruh kitar hayat. Model tersebut telahpun beroperasi selama enam tahun di Yili, memudahkan syarikat berkenaan untuk memenuhi piawaian pengurusan kualiti bertaraf dunia.
Yili Drinkable Cheese, diilhamkan oleh tabiat penyusuan badan bayi telah mengubah cara "makan keju". Dengan mengaplikasikan formula inovatif dan teknik pemprosesan, Yili menukarkan keju berkhasiat kepada keadaan cecair. Pencapaian penting dalam inovasi tenusu ini meningkatkan pengalaman pengambilan keju oleh kanak-kanak dan produk berkenaan menarik minat berjuta-juta pengguna dalam tahun pertama pelancaran.
Selain itu, teknologi pensterilan suhu rendah dan kepekatan Yili, finalis untuk anugerah tahun ini, dapat mengurangkan kehilangan unsur pemakanan, kos dan pembaziran bahan mentah dengan berkesan. Satu lagi finalis, Cute Star, kaya dengan unsur surih, bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai, tetapi turut mengurangkan masalah "kelaparan tersembunyi" yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
Tenusu mampan
Di sesi panel, Zhang Jianqiu berkata bahawa industri tenusu akan menjadi lebih sihat, lebih hijau dan lebih inovatif pada masa depan. Akhirnya, sebagai industri berasaskan hasil semula jadi, berorientasikan kesihatan, bertumpukan orang ramai, ia perlu menggalas lebih banyak tanggungjawab sosial dan membina model perniagaan pembangunan-hijau untuk menyumbang dengan lebih banyak kepada kemampanan umat manusia.
Setakat ini, Yili telah mengambil tindakan sifar-bersih seperti melakukan penilaian inventori karbon selama 12 tahun berturut-turut, melancarkan siri produk karbon sifar-bersih dan membina padang rumput pintar serta kilang karbon sifar-bersih dengan memanfaatkan teknologi digital. Syarikat berkenaan turut memperkenalkan hala tuju karbon sifar-bersih dan memulakan Net-Zero Carbon Alliance antara rakan-rakan kongsi global. Mengintegrasikan fungsi-fungsi perindustrian dan bandar, Lembah Kesihatan Pintar Moden Yili (Yili Modern Intelligent Health Valley) juga telah diiktiraf sebagai kawasan demonstrasi karbon sifar-bersih yang pertama di China.