omniture

APPETIZER HACKATHON 2022 Peluang keemasan untuk memanfaatkan sepenuhnya API unggul

KOSA(Korea Software Industry Association)
2022-09-15 09:00 60
  • APPETIZER HACKATHON 2022 bakal diadakan buat kali kedua pada tahun ini di bawah tema "[Kebiasaan Baharu Pasca-COVID-19] - Permulaan Inovasi Menggunakan Awan"
  • Pemenang menerima wang hadiah bernilai USD 5,000 dan kredit bernilai kira-kira USD 17,000 daripada NAVER Cloud

SEOUL, Korea Selatan, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- APPETIZER HACKATHON 2022 dihoskan oleh NAVER Cloud dan dianjurkan oleh Korea Software Industry Association menerima permohonan untuk penyertaan mulai hari Khamis, 15 September hingga hari Jumaat, 7 Oktober jam 15:00 (Waktu Standard Korea). APPETIZER HACKATHON 2022 merupakan pertandingan keduanya pada tahun ini di bawah tema [Kebiasaan Baharu dalam Era Pasca-COVID-19] Permulaan Inovasi menggunakan Awan mewujudkan dunia yang lebih baik dengan menambah inovasi kepada trend perniagaan yang berubah dengan pantas ekoran COVID-19.

Penilaian Dokumen bagi pemilihan 30 pasukan untuk mengambil bahagian dalam APPETIZER HACKATHON akan diadakan pada 12 dan 13 Oktober dan 30 pasukan yang akan mengambil bahagian dalam hackathon tersebut akan disahkan melalui pengumuman pemohon yang berjaya pada 14 Oktober.

Seminar Orientasi dan Web bagi mengumumkan permulaan APPETIZER HACKATHON 2022 untuk 30 pasukan akan diadakan pada hari Selasa, 18 Oktober. Para peserta akan memilih API daripada sebuah syarikat untuk digunakan bagi pembangunan prototaip selewat-lewatnya pada hari Isnin, 24 Oktober dan menerima API Key daripada syarikat yang dipilih. Di samping itu, mulai 7 November hingga 11 November, 10 syarikat API akan menjalankan pementoran dalam talian secara langsung bersama 30 pasukan yang ingin dibimbing.

30 pasukan tersebut perlu menyediakan dan merakam demonstrasi prototaip dan menyerahkan video selewat-lewatnya pada hari Selasa, 22 November dengan penilaian video pembentangan akan dilakukan pada 23 dan 24 November. Melalui penilaian tersebut, 8 pasukan akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir pada hari Jumaat, 25 November. Penilaian akan dibuat berasaskan kepada pembezaan dan keaslian, penggunaan API, pencapaian matlamat dan keupayaan pelaksanaan, kesan yang dijangkakan, keupayaan penyampaian pembentangan dan sebagainya serta Majlis Penyampaian dan Anugerah Akhir bagi menghiasi peringkat akhir Hackathon dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 30 November.

Daripada wang hadiah bernilai USD 27,000 untuk APPETIZER HACKATHON 2022, pemenang akan menerima USD 5,000, dua pasukan tempat kedua akan menerima USD 3,000 setiap pasukan sementara lima pasukan tempat ketiga akan menerima USD 1,000 setiap pasukan. Semua pasukan yang mengambil bahagian dalam seluruh program Hackathon, walaupun jika mereka tidak berjaya mara ke peringkat akhir, akan menerima hadiah wang tunai bernilai USD 500.

Di samping wang hadiah, 30 pasukan yang melepasi penilaian dokumen APPETIZER HACKATHON 2022 akan menerima kredit bernilai kira-kira USD 2,500 untuk digunakan dalam NAVER Cloud. Pasukan tempat pertama Hackathon akan menerima kredit bernilai kira-kira USD 17,000 dalam NAVER Cloud selama setahun.

Selain itu, acara Peserta Awal akan diadakan selama 8 hari bermula pada 15 hingga 23 September apabila pendaftaran bermula. Selepas pendaftaran, 10 pasukan yang menyempurnakan Hackathon akan diberi hadiah seperti Apple iPAD generasi ke-9.

Hackathon ini telah meluaskan skop penyertaan untuk melibatkan pelajar (siswazah) universiti, pembangun, jurutera dan pekerja korporat serta syarikat pemula di serata dunia yang berminat dengan API. Juga berlangsung tahun ini, pemohon yang terlibat dalam syarikat pemula Korea yang telah berkembang ke luar negara atau syarikat pemula global yang telah menembusi Korea layak mengambil bahagian dalam Hackathon ini. Para peserta akan membangunkan prototaip semasa pertandingan tersebut menggunakan API daripada 10 syarikat API.

Untuk maklumat terperinci tentang APPETIZER HACKATHON 2022 dan pendaftaran dalam talian, kunjungi www.api-appetizer.com. Semak maklumat terperinci tentang syarikat-syarikat API yang mengambil bahagian dalam Hackathon di www.appetizer.kr.

Poster APPETIZER HACKATHON 2022 dilampirkan
Poster APPETIZER HACKATHON 2022 dilampirkan

 

Source: KOSA(Korea Software Industry Association)
Related Stocks:
Korea:035420
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards Trade show news Future Events