omniture

DIGITIMES Asia : Kanada membina EV dari bawah untuk memaparkan keupayaan industri auto

DIGITIMES ASIA
2022-09-15 11:00 81

TAIPEI, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Dengan pengelektrikan automotif yang berterusan, Automotive Parts Manufacturers' Association (APMA) Kanada telah menumpukan perhatian kepada Project Arrow untuk membina EV dari bawah. Projek kolaboratif berkenaan akan membuahkan hasil apabila memperkenalkan kereta konsep pada penghujung tahun ini, seterusnya menunjukkan kecekapan syarikat-syarikat tempatan.

Warren Ali, Naib Presiden Kanan inovasi di APMA, berkata projek tersebut mewujudkan platform neutral dan terbuka untuk komponen dan teknologi automotif negara berkenaan. APMA melancarkan Project Arrow di Pameran Elektronik Pengguna (Consumer Electronics Show, CES) pada tahun 2020.

Ali akan menjadi penceramah ucaptama di Unlocking Global EnnoVation Opportunities (Membuka Peluang EnnoVation Global), webinar EV yang dihoskan oleh DIGITIMES Asia pada 22 September 2022.

EV konsep yang akan diperkenalkan sebelum tahun 2023
Bermula dengan pertandingan reka bentuk yang telah dimenangi oleh pasukan pelajar di Carleton University di Ottawa, Project Arrow telah menarik minat 500 syarikat teknologi dan perisian automotif.

Ali berkata ketika projek tersebut beralih kepada fasa kejuruteraan, kira-kira 50 syarikat, termasuk syarikat-syarikat yang memfokuskan kepada komponen, integrasi perisian dan pemasangan akhir kenderaan, dipilih untuk mengusahakan kereta konsep tersebut. Kebanyakannya "dilahirkan dan dibesarkan" di Kanada.

Kumpulan berkenaan merancang untuk memperkenalkan kenderaan tersebut di Kanada dalam bulan Disember dan memperkenalkannya kepada dunia di CES 2023. Ali berkata bahawa ia akan turut melancarkan versi maya kereta tersebut untuk mempamerkan teknologi daripada syarikat-syarikat selain daripada syarikat-syarikat yang berusaha secara langsung terhadapnya.

Salah satu matlamat utama Project Arrow adalah untuk mendemonstrasikan komponen dan teknologi banyak pembekal dan pengeluar bersaiz-kecil-sederhana Kanada, kata Ali. Negara berkenaan turut mendorong kumpulan syarikat perisian yang semakin berkembang yang memfokuskan kepada antara muka manusia-mesin, keselamatan siber, elemen struktur dalam kenderaan dan pengurangan berat kenderaan (lightweighting).

Ali berkata bahawa satu lagi matlamat projek tersebut adalah untuk menjalankan analisis jurang melalui proses berkenaan – mengenal pasti teknologi, komponen atau kepakaran yang perlu diperluas oleh Kanada dan berkembang untuk berjaya baik dalam jangka masa terdekat dan menuju masa depan. Sebagai contoh, Kanada boleh memanfaatkan lebih ramai bakat dalam mereka bentuk kenderaan dan membina prototaip. Beliau berkata projek berkenaan merekrut ketua jurutera yang berkhidmat untuk Aston Martin, pengeluar kereta sport British dan mengambil bahagian dalam projek-projek khasnya seperti Valkyrie, Formula One serta kenderaan yang digunakan dalam siri filem James Bond baru-baru ini.

Project Arrow ialah usaha percubaan dan kolaboratif yang menyediakan kepada pembekal dengan platform yang lebih neutral untuk mendemonstrasikan inovasi mereka kepada OEM. Ali berkata pembekal secara tradisinya berinovasi dengan keperluan OEM. Sebagai contoh, OEM ialah seperti cef pakar yang menghasilkan menu (kereta) dan kemudian pergi ke pasar untuk mencari setiap bahan (komponen) yang diperlukan. Walau bagaimanapun, Project Arrow berfungsi secara bertentangan.

"Kami keluar dan dapat melihat kesemua benda terbaik dan paling pintar yang kami miliki. Kami berkata, 'apa yang dapat kita hasilkan menggunakan semua ini?'" kata Ali.

Project Arrow dapat meneroka banyak idea baharu untuk membina kereta konsep. Sebagai contoh, Ali berkata panel dalaman kenderaan akan mengandungi bahan-bahan komposit menggunakan sisa pertanian yang dibuang ke tapak pelupusan atau dibakar.  

Projek kolektif menunjukkan kebingkasan industri auto Kanada
APMA dan rakan-rakan kongsinya daripada industri ini dan dunia akademik meneruskan projek tersebut bilamana Perjanjian Kanada-Amerika Syarikat-Mexico mula berkuat kuasa dalam bulan Julai 2020. Ali berkata ia merupakan satu perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang menawarkan peluang kepada Kanada untuk mengembangkan sumbangan sektor automotif kepada KDNK daripada CAD35 bilion (AS$26.6 bilion) kepada lebih daripada CAD40 bilion setiap tahun.

Projek kolektif ini mungkin bermanfaat apabila menangani cabaran pengeluaran. Sebagai contoh, Ali berkata bahawa walaupun kumpulan tersebut masih perlu memikirkan bagaimana ia dapat menangani isu-isu berhubung kekurangan semikonduktor, ia menemui rakan kongsi yang mengilangkan cip dan membangunkan platform inovatif yang mungkin dapat mengurangkan bilangan unit kawalan elektronik (ECU) dalam sebuah kereta.

Project Arrow telah menyerlahkan kekuatan dan kebingkasan rantaian bekalan automotif Kanada, kata Ali. Kini, industri ini boleh meningkat untuk memenuhi jangkaan volum, kualiti dan keselamatan daripada sistem pengurusan bateri, komponen dan banyak lagi yang lain.

Ali berkata industri ini juga telah memeterai perkongsian antarabangsa dengan pengeluar-pengeluar di Eropah dan Asia melalui projek ini.

Lebih penting lagi, Project Arrow merapatkan dunia automotif tradisional dan generasi baharu penyedia teknologi dan perkhidmatan mobiliti. Ali berkata bahawa terdapat kolaborasi yang mengintegrasikan pengeluar tradisional dan syarikat teknologi baharu dalam setiap sistem kenderaan utama, seperti bateri dan reka bentuk dalaman kenderaan.

Kerjasama berkenaan akan mengupayakan produk akhir yang lebih mantap dan menjadikan industri automotif di Kanada berjaya untuk 100 tahun akan datang, simpul Ali.

Sertai webinar Kenderaan Elektrik DIGITIMES bagi menerokai peluang EnnoVation Global, ketahui cara untuk membina ekosistem EV menyeluruh, menyusun strategi untuk EV Blue Ocean.

Untuk maklumat webinar yang lebih lanjut, sila kunjungi https://reurl.cc/m3MR5M

HUBUNGI: Cleo.chang@digitimes.com

Source: DIGITIMES ASIA
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services Trade show news