omniture

IMA Lancar Kempen Iklan Global Tonjolkan Keperluan untuk CMA Mahir dalam Perniagaan

Institute of Management Accountants
2022-09-15 11:27 64

SINGAPURA, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, IMA® (Institute of Management Accountants), persatuan akauntan dan ahli profesional kewangan dalam bidang perniagaan, melancarkan kempen pengiklanan global, bersepadu yang baharu bagi menyokong program pensijilan U.S. CMA® (Certified Management Accountant). Kempen berbilang saluran tersebut dibangunkan dengan kerjasama The Gate, sebuah agensi pengiklanan antarabangsa dan syarikat perkhidmatan pemasaran untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Iklan IMA untuk pensijilan U.S. CMA (Certified Management Accountant)
Iklan IMA untuk pensijilan U.S. CMA (Certified Management Accountant)

Iklan tersebut bertujuan untuk memperkasa golongan profesional perakaunan dan kewangan untuk mengawal dan meneroka bagaimana pensijilan U.S. CMA dapat membantu memajukan kerjaya mereka. Video dan pelaksanaan digital membuat tinjauan empati perasaan kerdil dan terperangkap dalam melaksanakan tugas rutin, harian. Ia bertujuan untuk memberi inspirasi kepada perubahan tingkah laku dalam kalangan individu untuk berada di tahap seterusnya, yang mana mereka boleh mendorong keputusan yang strategik, memberi impak ke atas perniagaan mereka dan bangkit untuk memegang peranan kepimpinan. Pesanan yang tetap ditinggalkan ialah golongan profesional perakaunan dan kewangan berkelulusan U.S. CMA akan sentiasa mendapat permintaan dan kempen tahun ini menekankan bahawa pensijilan tersebut akan membuatkan golongan profesional dapat dilihat oleh rakan sekerja, pengurus dan organisasi mereka.

"Kempen kami memanfaatkan pandangan bahawa ramai akauntan berasa kerdil di tempat kerja dan terperangkap dalam kerjaya yang bergerak perlahan. Namun, sekiranya mereka bangkit dan mendapatkan U.S. CMA, mereka akan memperoleh kemahiran yang mereka perlukan untuk berasa dilihat dan dihargai," kata David Bernstein, Ketua Pegawai Kreatif, The Gate.

Iklan tersebut boleh diakses di sini:

"Tatkala syarikat-syarikat menghadapi cabaran baharu, peningkatan kos, kekangan sumber dan memandang cara yang benar-benar baharu untuk menjalankan perniagaan, kemahiran CMA adalah lebih berharga berbanding sebelumnya," kata Ellen Gurevich, Ketua Eksekutif Audit, Ketua Pegawai Pemasaran dan naib presiden kanan pemasaran di IMA. "Majikan perlu mempunyai pemimpin kewangan dan perakaunan yang dapat bangkit untuk mencetuskan pandangan dan strategi agar dapat mengikuti kadar perubahan dan terobosan. CMA dilengkapi untuk menganalisis dan menyampaikan hasil dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh individu-individu lain. Mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai penasihat strategik dalam organisasi mereka dan seterusnya, memajukan kerjaya mereka."

U.S. CMA mengesahkan penguasaan 12 bidang amalan yang paling kritikal dalam perakaunan pengurusan, termasuk perancangan dan analisis, pengurusan prestasi dan pengurusan risiko. Dengan memperoleh U.S. CMA mengupayakan golongan profesional kewangan dan perakaunan untuk menyumbang secara aktif kepada strategi organisasi sebagai rakan niaga dan melonjak daripada peranan kewangan yang lebih bersifat tradisional dan peringkat bawahan kepada kedudukan kepimpinan yang lebih strategik. Ini bererti CMA berkedudukan baik untuk memberi lonjakan daripada peranan kewangan yang lebih bersifat tradisional dan peringkat bawahan kepada kedudukan kepimpinan yang strategik.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA® ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif untuk memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebanyak dua kali sebagai Badan Profesional Tahunan oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Latar Belakang The Gate

The Gate, New York ialah sebuah agensi pengiklanan servis-penuh. Kami melakukan lonjakan yang lebih besar dengan langkah yang sedikit dengan menggabungkan strategi, kreatif, media dan teknologi bagi memastikan tiada apa pun yang menghalang. Jadi, apabila anda menemui The Gate, anda boleh mencapai apa jua. Pendekatan ini telah menghasilkan program komunikasi yang berjaya untuk pelanggan dalam sektor kewangan, barangan pengguna, kemewahan, insurans, tenaga dan banyak lagi. The Gate mengurus lebih $250 juta pengiklanan pelanggan dan mempunyai jaringan pejabat di New York, San Francisco, London, Edinburgh dan Shanghai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi us.thegateworldwide.com.

 

 

Source: Institute of Management Accountants
Keywords: Banking/Financial Service