omniture

Coway Terima Anugerah Reka Bentuk Terpuji di IDEA 2022

Coway Co., Ltd.
2022-09-15 13:46 21
  • Rangkaian produk NOBLE Coway, yang merangkumi pelembap udara, penyahlembap udara, tungku memasak aruhan dan pembersih air, diiktiraf sebagai Finalis dalam kategori Kediaman

SEOUL, Korea Selatan, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," menerima anugerah kehormat atas kecemerlangan reka bentuk rangkaian NOBLE di Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk Antarabangsa (IDEA) 2022.

(Mengikut arah jam dari bahagian kiri atas) NOBLE Water Purifier Series, NOBLE Induction Freedom Series, NOBLE Air Care Solution Series - NOBLE Humidifier (AM-1421G), NOBLE Dehumidifier (AD-1221E)
(Mengikut arah jam dari bahagian kiri atas) NOBLE Water Purifier Series, NOBLE Induction Freedom Series, NOBLE Air Care Solution Series - NOBLE Humidifier (AM-1421G), NOBLE Dehumidifier (AD-1221E)

Dianjurkan setiap tahun oleh Industrial Designers Society of America (IDSA), IDEA ialah salah satu program anugerah reka bentuk yang paling berpengaruh di Amerika Utara. IDEA memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam reka bentuk dan menganugerahi produk yang memajukan industri ini dengan cara baharu untuk meningkatkan kehidupan harian.

IDEA pada tahun ini mengiktiraf ketiga-tiga siri yang membentuk Noble Collections Coway ini sebagai Finalis dalam kategori Kediaman — NOBLE Air Care Solution Series, NOBLE Induction Freedom Series dan NOBLE Water Purifier Series.

Coway NOBLE Air Care Solution Series dan NOBLE Induction Freedom Series kini memperoleh grand slam daripada tiga anugerah reka bentuk antarabangsa terkemuka di dunia atas nama mereka, dengan anugerah daripada Red Dot Design Award 2022, iF Design Award 2022 dan IDEA 2022.

Setiap produk dalam Noble Collection telah memenangi anugerah di IDEA termasuk produk pertama yang akan dilancarkan, NOBLE Air Purifier. Ini membuktikan reka bentuk dan teknologi inovatif rangkaian perkakas reka bentuk premium Coway.

Noble Collection melambangkan tiga prinsip reka bentuk utama Coway: paduan ke dalam ruang, pengoptimuman prestasi dan penyampaian pengalaman pengguna terkini. Melalui kesederhanaan dalam memfokuskan kepada fungsi-fungsi asal produk, reka bentuk tersebut berharmoni dengan persekitarannya untuk melengkapkan sebarang estetika rumah.

NOBLE Air Care Solution Series ialah penyelesaian pengurusan kualiti udara komprehensif yang menyelesaikan pelbagai kebimbangan domestik dengan pembersih udara, penyahlembap dan pelembap yang kesemuanya membawakan reka bentuk yang diilhamkan oleh seni bina unggul. NOBLE Air Care Solution Series meneruskan identiti reka bentuk unik NOBLE dengan menara ciri khasnya dan reka bentuk lapisan mendatar. Kesemua produk mempunyai kombinasi warna lembut yang diilhamkan oleh keindahan alam semula jadi untuk berharmoni dengan sebarang hiasan.

NOBLE Induction Freedom Series membawakan jenis tungku memasak aruhan serba baharu yang menggunakan seluruh tungku memasak dengan penunu tanpa sempadan. Ia memaksimumkan ruang memasak dan kemudahan pengguna, dengan seluruh dapur memasak menjadi satu zon memasak yang besar. Pengguna boleh memasak secara lebih selesa dengan kebebasan untuk meletakkan kuali yang berbeza di mana-mana sahaja yang sesuai ketika ia mengesan secara automatik kedudukan dan bentuk peralatan memasak, kemudian melaraskan saiz penunu.

"Kami percaya jenama perkakas reka bentuk premium Coway, NOBLE meninggikan standardnya untuk perkakas rumah global dengan memperkenalkan reka bentuk yang menggabungkan kepekaan estetika dengan prestasi berkuasa," kata Hyun Joo Song, ketua Pusat Reka Bentuk di Coway. "Kami bermatlamat untuk terus menginovasi reka bentuk dan teknologi pintar yang meningkatkan kehidupan harian pelanggan kami."

Latar Belakang Coway Co., Ltd. 

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

 

 

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards New products/services