omniture

DoubleTree by Hilton bawakan sambutan mesranya ke Damai Laut

Hilton
2022-09-15 15:54 39

Menawarkan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor tanpa halangan, pusat peranginan 294-bilik ini bakal menjadi syurga yang damai untuk keluarga, pasangan, serta pelancong solo.

LUMUT, Malaysia, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Hilton (NYSE: HLT), hari ini mengumumkan pembukaan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, sebuah pusat peranginan yang mempunyai 294-bilik menghadap Selat Melaka. Penambahan terkini kepada portfolio Hilton di Malaysia ini melambangkan pengembangan berterusan syarikat hospitaliti global di negara ini, susulan pembukaan DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada bulan Julai.

A complete family staycation with fun in the sun at the resort's kids splash pool and mini water playground
A complete family staycation with fun in the sun at the resort's kids splash pool and mini water playground

"DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort merupakan penambahan yang hebat kepada rangkaian 13 hotel semasa kami di negara ini, termasuk enam hotel DoubleTree by Hilton yang sedang beroperasi. Kami terus mengembangkan kehadiran kami di Malaysia, kami teruja untuk membawakan layanan mesra kami ke Lumut, sebuah bandar pantai yang terkenal dengan kekayaan warisannya, agar tetamu kami dapat merasai pengalaman di Perak pada tahap yang tinggi," kata Alexandra Murray, naib presiden kawasan dan ketua Asia Tenggara.

Hanya beberapa minit dari pantai putih dengan pemandangan Pulau Pangkor, pusat peranginan tersebut menggabungkan keseimbangan antara santaian dan pengembaraan. Dengan aktiviti-aktiviti seperti selam snorkel, menaiki bot pisang dan memancing, pantai persendirian pusat peranginan berkenaan menyediakan peluang untuk membebaskan diri daripada kesibukan hidup. Para tetamu juga boleh bersantai di kolam renang atau berehat di spa sementara anak-anak kecil mereka berseronok di kelab kanak-kanak dan taman air mini. Dengan padang golf 18-lubang hanya sejauh lima minit dari pusat peranginan tersebut, para peminat golf akan dapat menikmati permainan golf pada masa lapang.

"Kami berbesar hati dan teruja untuk mempersembahkan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort sebagai pilihan optimum untuk keluarga dan pelancong. Kami percaya kombinasi unik antara budaya dan keindahan alam semula jadi Perak, digandingkan dengan ruang kami yang selesa serta layanan yang mesra, tetamu bakal menghayati suasana ibarat di rumah di mana mereka boleh menjadi diri mereka sendiri," kata Sugumaran Ramachandran, pengurus besar, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort.

Terletak di pantai barat negeri Perak, Malaysia, yang terkenal dengan pantai yang indah dan makanan laut yang bermutu tinggi, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort berada sejauh 96 kilometer atau kira-kira satu jam 45 minit dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, dan 78 kilometer, atau kira-kira sejam pemanduan dari stesen KTM Batu Gajah. Dengan wujudnya  Lebuh Raya Pantai Barat yang baru sahaja siap, hotel tersebut juga amat mudah diakses dari Perak, Banting, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pilihan menjamu selera merangkumi Makan Kitchen, sebuah restoran sepanjang hari yang terkenal dengan menu yang pelbagai dan makanan istimewa tempatan. Para tetamu juga boleh menantikan hidangan istimewa daging dan makanan laut yang lazat di restoran stimbot, Hotpot, atau bersantai dengan secawan kopi atau teh serta seleksi sandwic ringan di Axis Lounge.

KEMUDAHAN & FASILITI MODEN

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort mempunyai 294 bilik yang menggunakan kunci digital dilengkapi dengan balkoni peribadi dengan pemandangan laut atau hutan. Bilik-bilik juga mempunyai peti sejuk mini, televisyen berdefinisi tinggi dan akses internet berkelajuan tinggi. Para tetamu yang ingin bersenam atau berehat mempunyai pelbagai pilihan termasuk spa dan pusat kecergasan.

Dengan ruang mesyuarat berkeluasan lebih 1,400 meter persegi, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort merupakan tempat yang ideal untuk majlis perkahwinan, mesyuarat perniagaan dan perhimpunan sosial yang lain. Damai Ballroom tidak mempunyai tiang dan dilengkapi dengan skrin LED khas. Ruang tersebut berukuran 885 meter persegi dan dapat menampung sehingga 1,000 orang tetamu. Terdapat enam bilik mesyuarat dan persidangan fleksibel yang lain dilengkapi dengan fasiliti audio-visual dan teknikal yang terkini, internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan katering berkualiti serta banyak cahaya semula jadi.

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort merupakan sebahagian daripada Hilton Honors, program kesetiaan-tetamu yang memenangi anugerah dengan 18 jenama bertaraf dunia Hilton. Ahli-ahli yang menempah terus melalui saluran pilihan Hilton mendapat akses kepada faedah-faedah segera termasuk gelangsar pembayaran fleksibel yang membolehkan ahli-ahli memilih hampir sebarang kombinasi mata ganjaran Hilton Honors dan wang untuk menempah penginapan, nikmati Wi-Fi standard percuma dan diskaun ahli eksklusif yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain. Ahli-ahli juga dapat menggunakan alat digital popular yang disediakan secara eksklusif melalui aplikasi mudah alih Hilton Honors yang membolehkan ahli-ahli Hilton Honors mendaftar masuk, memilih bilik mereka dan mengakses bilik mereka menggunakan kunci digital.

Bagi meraikan pembukaan hotel tersebut, ahli-ahli Hilton Honors akan menerima 1,000 mata ganjaran bonus dengan penginapan maksimum selama lima malam yang ditempah dari 15 September 2022 hingga 30 Mac 2023, apabila menempah terus dengan Hilton.

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort terletak di Jalan Damai Laut, 32200 Lumut, Perak, Malaysia. Untuk maklumat lanjut, atau untuk membuat tempahan, anda boleh mengunjungi www.damailautresort.doubletreebyhilton.com atau hubungi +605 5684 3333.

Source: Hilton
Related Stocks:
NYSE:HLT
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services