omniture

Huawei Connect 2022 akan terokai penyerlahan produktiviti digital

Huawei Connect
2022-09-16 03:11 81

BANGKOK, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- Huawei Connect 2022, penyedia acara utama tahunan infrastruktur ICT global yang terkemuka, akan bermula pada 21 September di Bangkok, Thailand untuk meneroka inovasi dan strategi ICT yang terkini demi kejayaan bersama dengan pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia.

Bertema "Serlahkan Digital" ("Unleash Digital"), Huawei Connect pada tahun ini akan berkongsi arah yang dituju oleh pendigitalan, peluang yang dibawa olehnya dan bagaimana teknologi digital seperti awan, AI dan 5G dapat diaplikasikan secara praktikal dalam senario industri yang berbeza untuk menyerlahkan sepenuhnya nilainya.

Ini juga merupakan kali pertama acara utama tahunan ini membuat jelajah global. Selepas muncul buat julung kalinya di Thailand, Huawei Connect akan diadakan di Dubai dan Paris dalam bulan Oktober dan mengunjungi Shenzhen, China dalam bulan November untuk membuat rumusan.

"Bagi pihak Huawei, saya ingin menjemput anda untuk menghadiri Huawei Connect 2022. Acara tahun ini akan diadakan di Bangkok, Thailand mulai 19 hingga 21 September, lengkap dengan siaran langsung dan peluang untuk berinteraksi dengan pakar industri," kata Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei dalam jemputan tersebut.

Penceramah dan pakar daripada industri ICT akan meneroka cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan perusahaan pada semua peringkat dalam perjalanan transformasi digital mereka, bermula dengan mendigitalkan pejabat kepada pengeluaran, sokongan perindustrian dan sistem operasi teras.

Huawei akan turut mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa produk, portfolio dan penyelesaian ICT yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelbagai senario industri. Ia akan memberi sekilas pandang tentang inovasi perintis yang baharu serta amalan terbaik dan hasil daripada usaha kami bersama pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia.

"Kita dapat bersama-sama membina ekosistem yang kukuh untuk kolaborasi terbuka dan kejayaan bersama dan kami tidak sabar-sabar untuk meneroka usaha ini selanjutnya bersama anda," kata Ken Hu.

Huawei Connect ialah acara utama tahunan Huawei untuk industri ICT global. Ia bermatlamat untuk berperanan sebagai platform terbuka dan kolaboratif yang mana pemimpin pendapat utama (KOL), pemimpin perniagaan, pakar teknikal, syarikat perintis, rakan kongsi ekosistem, penyedia perkhidmatan aplikasi dan pembangun dapat berhimpun untuk memacu pembangunan industri ini dan memupuk ekosistem yang terbuka dan kukuh demi kejayaan bersama.

 

Source: Huawei Connect
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Future Events