BANGKOK, Sept. 16, 2022 /PRNewswire/ -- Acara utama tahunan Huawei untuk industri ICT bakal bermula pada hari Isnin, 19 September di Bangkok, Thailand. Berbeza dengan versi dalam talian pada tahun lalu, sekitar 10,000 peserta dari seluruh dunia akan berhimpun di bandar hab digital itu bagi membincangkan teknologi-teknologi yang terkemuka seperti awan, AI dan 5G serta memperoleh pengalaman praktikal bersama pakar-pakar di lapangan.
Huawei Connect 2022, bertema "Serlahkan Digital" ("Unleash Digital"), akan mengadakan pameran jelajah global di empat bandar dari benua yang berbeza, Bangkok, Dubai, Paris dan hentian terakhir di Shenzhen, China.
Di acara tahun ini, syarikat teknologi global Huawei akan memperkenalkan beberapa produk, portfolio dan penyelesaian ICT yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelbagai senario industri. Ia juga akan memberi sekilas pandang tentang inovasi perintis yang baharu serta amalan terbaik dan hasil daripada kerjasama bersama pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia.
"Kita dapat bersama-sama membina ekosistem yang kukuh untuk kolaborasi terbuka dan kejayaan bersama dan kami tidak sabar-sabar untuk meneroka usaha ini selanjutnya bersama anda," kata Pengerusi Bergilir Huawei, Ken Hu.
Huawei Connect ialah acara utama tahunan Huawei untuk industri ICT global. Ia bermatlamat untuk berperanan sebagai platform terbuka dan kolaboratif yang mana pemimpin pendapat utama (KOL), pemimpin perniagaan, pakar teknikal, syarikat perintis, rakan kongsi ekosistem, penyedia perkhidmatan aplikasi dan pembangun dapat berhimpun untuk memacu pembangunan industri ini dan memupuk ekosistem yang terbuka dan kukuh demi kejayaan bersama.