omniture

Smart Future Solutions dan VividWorks Menyediakan Perkhidmatan Rekaan Hingga Pembelian 3D Dalam Talian kepada Pengilang dan Peruncit Perabot Malaysia

VividWorks
2013-11-01 23:07 98

KUALA LUMPUR, Malaysia & HELSINKI, Finland, 1 November 2013 /PRNewswire/ -- VividWorks, syarikat rekaan hingga pembelian 3D dalam talian global, dan Smart Future Solutions Sdn Bhd, syarikat pembangunan teknologi pintar yang menerajui di Malaysia, hari ini mengumumkan perkongsian yang dengannya Smart Future Solutions akan menggunakan penyelesaian platform SaaS rekaan hingga pembelian 3D dalam talian Realiti Diperluas VividWorks yang inovatif untuk pengilang dan peruncit perabot di Malaysia.

Smart Future Solutions, yang bertapak di Malaysia, mengkhusus dalam pembangunan skrin Sentuhan Berbilang, Realiti Diperluas & Hologram, akan membantu VividWorks menembusi pasaran Malaysia dengan menyediakan kecekapan jualan, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan. Ini akan dilakukan dengan menyokong pengaturan penggunaan penyelesaian perisian ke dalam pangkalan data pelanggan Realiti Diperluas & perabot mereka yang besar.

"Memandangkan permintaan kian meningkat untuk aplikasi pintar terutamanya dalam industri hiasan dalam di Malaysia, perkongsian dengan VividWorks ialah aset yang kuat untuk kami. Kami gembira dapat bekerjasama dengan VividWorks dan teruja untuk membawa kepakaran dan penyelesaian canggih mereka kepada pelanggan kami," kata Vikneswaran Vera, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Future Solutions.

"Smart Future Solutions ialah rujukan yang baik dalam pasaran Realiti Diperluas, dan perkongsian ini ialah peluang yang hebat untuk VividWorks mula dikenali di Malaysia. Smart Future Solutions bukan sahaja akan mempromosikan penyelesaian kami, tetapi akan menyediakan untuk pelanggan pengetahuannya yang mendalam dan pengalaman meluas untuk rangkaian penyelesaian VividWorks agar mereka boleh menikmati yang terbaik daripada produk kami," terang Markus Raipio, Naib Presiden Jualan & Pemasaran APAC VividWorks.

Tentang Smart Future Solutions
Smart Future Solutions ialah syarikat pembangunan teknologi pintar yang berpusat di Malaysia yang telah banyak melabur dalam Realiti Diperluas (AR), permukaan Sentuhan Berbilang Interaktif & aplikasi Sentuhan Berbilang, peranti paparan Hologram & 3D, Pemetaan Projektor & platform produk Mudah Alih pada Android, iPhone, J2me, Blackberry dan Windows.

Maklumat Lanjut: http://www.smartfuturesolutions.net

Tentang VividWorks
VividWorks menawarkan platform rekaan hingga pembelian 3D dalam talian gred perindustrian yang membolehkan pengesahan visual masa sebenar untuk sebarang kandungan dalaman – pada bila-bila masa, dan membolehkan pelanggan membuat pembelian dalam masa beberapa minit sahaja. VividWorks mengkhusus dalam membawa kebolehgunaan penyelesaian jualan dengan UI intuitif, menggabungkan Realiti Diperluas secara lancar dengan 3D dan penyepaduan pentadbiran syarikat, e-dagang dan ERP masa sebenar. VividWorks mempunyai tapak pelanggan global dengan pejabat di Finland, AS, Denmark, Singapura dan Jepun.

Maklumat lanjut: http://www.vividworks.com

SUMBER  VividWorks

Source: VividWorks
Keywords: Computer/Electronics Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services