omniture

Hoymiles lancar penyongsang hibrid generasi seterusnya

Hoymiles Power Electronics Inc.
2022-09-16 22:54 87

HANGZHOU, China, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- Hoymiles, penyedia tenaga pintar dan pengeluar mikropenyongsang yang terkemuka, melancarkan barisan penyongsang hibrid generasi seterusnya yang baharu, seterusnya meluaskan rangkaian penyelesaian tenaga termaju syarikat ini. Dengan penyongsang ini, Hoymiles bermatlamat untuk membantu memenuhi peningkatan permintaan global terhadap tenaga solar, didorong oleh kos tenaga global yang semakin meningkat dan tumpuan untuk mengurangkan emisi karbon.


Sistem solar hibrid melibatkan penggunaan panel solar, bateri dan grid utama serta penjana dalam beberapa keadaan untuk keandalan tambahan. Penyongsang hibrid Hoymiles amat penting untuk sistem sedemikian, mengupayakan penukaran tenaga elektrik dua hala daripada arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) serta DC ke AC. Ini membolehkan sistem hibrid bertukar secara dinamik antara sumber kuasa bergantung pada penghasilan, harga dan penggunaan tenaga.

Tersedia dengan pilihan satu-fasa dan tiga-fasa, penyongsang hibrid baharu (siri HYS dan HYT) turut didatangkan lengkap dengan pemacu pemindahan data (DTS) yang direka khas. DTS mengupayakan sambungan internet pintar, bererti semua data operasi dapat dipantau melalui platform S-Miles Cloud syarikat ini. Produk-produk tersebut kini tersedia dalam pasaran Eropah dan Asia-Pasifik, dengan pelancaran di Amerika dirancang pada tahun 2023.

Penyongsang hibrid generasi seterusnya daripada Hoymiles turut membawakan nisbah 1.5 DC/AC yang terkemuka dalam industri, menghasilkan kos yang jauh lebih rendah apabila dibandingkan dengan sistem berkapasiti sama menggunakan penyongsang lain. Arus Penjejakan Titik Kuasa Maksimum (MPPT) 14A menyediakan keserasian yang lancar dengan kesemua modul fotovolta arus perdana yang tersedia dalam pasaran pada hari ini dan 97.6% kecekapan mewakili standard yang tiada tandingan dalam industri. Selain itu, Hoymiles mereka bentuk penyongsang agar ringan, kompak dan mudah dipasang, bererti ia dapat disepadukan dengan mudah ke dalam sebarang sistem hibrid.

"Di Hoymiles, kami memberi keutamaan untuk menjadikan tenaga yang cekap dan pintar tersedia untuk semua orang. Penyongsang hibrid baharu kami mengintegrasikan kuasa solar dan kuasa grid dengan cara yang intuitif agar lebih ramai orang dapat mengakses tenaga yang andal dan cekap kos serta dapat bersedia untuk menghadapi kecemasan seperti cuaca melampau," kata Zhao Yi, Ketua Pegawai Teknologi Hoymiles. "Dengan bertindak sebagai medium antara solar dan tenaga grid, penyongsang hibrid dapat membantu orang ramai mengakses tenaga elektrik dengan cara yang lebih pintar, lebih fleksibel sekali gus memastikan kestabilan dalam seluruh sistem grid. Penyongsang baharu kami mewakili satu lagi langkah yang besar dalam misi kami untuk berinovasi dalam pasaran solar dan membawa tenaga yang bersih kepada semua orang."

Latar Belakang Hoymiles

Ditubuhkan pada tahun 2012, Hoymiles ialah penyedia penyelesaian MLPE (Elektronik Kuasa Tahap-Modul) global, mengkhusus dalam mikropenyongsang tahap-modul, sistem storan dan sistem penutupan pantas. Dengan visi terhadap masa depan yang bersih dan lestari, syarikat ini berusaha untuk memacu inovasi dalam industri tenaga pintar dengan produknya yang berprestasi tinggi dan boleh diakses.

Dengan pasukan kejuruteraan terdorong, lebih 500 pakar global serta rangkaian pengedaran dan perkhidmatan yang mencakupi Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia, Afrika dan Oceania, Hoymiles memperkasa pemilik rumah dan golongan profesional dalam lebih daripada 100 negara dan wilayah untuk menyertai perjalanan menuju tenaga terbuka yang sebenar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.hoymiles.com/

Hubungan Media
Joseph Pan
+86-13666606299
joseph.pan@hoymiles.com 

 

Source: Hoymiles Power Electronics Inc.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services