omniture

GenScript Terima Anugerah Pembekal Terapi Sel & Gen Terbaik: Penyuntingan Gen dan GenScript ProBio Terima Anugerah CMO Biologik Terbaik: Pemprosesan Huluan & Perkhidmatan Analitikal


Genscript
GenScript ProBio
2022-09-18 15:23 79

SINGAPURA, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation ("GenScript", Kod Saham: 1548.HK) dan GenScriptProBio (CDMO sehenti global daripada GenScript Group) menerima 3 anugerah: Anugerah Pembekal Terapi Sel & Gen Terbaik – Penyuntingan Gen untuk Anugerah Kecemerlangan Terapi Sel & Gen Asia-Pasifik (ACGTEA) dan Anugerah CMO Biologi Terbaik: Pemprosesan Huluan dan Perkhidmatan Analitikal untuk Anugerah Kecemerlangan CMO & CDMO Biologik Asia Pasifik (APBCEA) 2022. Ini merupakan kali pertama GenScript diiktiraf menerusi anugerah-anugerah ini di rantau Asia Pasifik.

Dr. Leo Li, Pengarah Pemasaran bahagian Asia Pasifik GenScript menerima Anugerah Pembekal Terapi Sel & Gen Terbaik di majlis anugerah ACGTEA.
Dr. Leo Li, Pengarah Pemasaran bahagian Asia Pasifik GenScript menerima Anugerah Pembekal Terapi Sel & Gen Terbaik di majlis anugerah ACGTEA.

"Terapi sel dan gen berada di barisan hadapan inovasi dan merupakan pengubah keadaan untuk memberi harapan kepada pesakit yang menghidap penyakit yang teruk dan jarang berlaku. Dengan pengalaman luas kami dan teknologi proprietari yang matang untuk penyuntingan genom, kami berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan penyuntingan gen terbaik bagi membantu dalam pengenalpastian sasaran dan tahap pengesahan petunjuk," kata Dr. Leo Li semasa majlis anugerah. "Anugerah ini merupakan bukti kukuh untuk 20 tahun pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pengalaman GenScript bagi menyediakan perkhidmatan penyuntingan gen kepada rakan-rakan kongsi kami di seluruh dunia. Kami gembira kerana usaha kami telah diiktiraf oleh panel hakim serta rakan setara dan kami akan terus berusaha mencapai kecemerlangan."

Dr. Sharon Du, Pengarah Pembangunan Perniagaan GenScript ProBio menerima Anugerah CMO Biologik Terbaik: Pemprosesan Huluan & Perkhidmatan Analitikal di majlis anugerah APBCEA.
Dr. Sharon Du, Pengarah Pembangunan Perniagaan GenScript ProBio menerima Anugerah CMO Biologik Terbaik: Pemprosesan Huluan & Perkhidmatan Analitikal di majlis anugerah APBCEA.

Kedua-dua Anugerah Kecemerlangan Terapi Sel & Gen Asia-Pasifik (ACGTEA) 2022 dan Anugerah Kecemerlangan CMO & CDMO Biologik 2022 mengiktiraf pakar-pakar pemprosesan bio yang luar biasa, organisasi-organisasi CMO & CDMO dan teknologi yang mempermudah kecemerlangan pembuatan bio dan pembuatan biologik pada kelajuan yang dipertingkat, kos yang dikurangkan dan kualiti unggul. Tahun ini, GenScript and GenScript ProBio muncul sebagai pemenang anugerah untuk 3 anugerah.

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh pelanggan dan rakan industri kami sebagai rakan khidmat CMO biologik terkemuka untuk pemprosesan huluan dan perkhidmatan analitikal di Asia Pasifik. Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan dan dedikasi kami untuk mengekalkan kedudukan global kami sebagai penyedia penyelesaian dan perkhidmatan terbaik bagi mempercepatkan pembangunan ubat, vaksin dan terapi generasi akan datang," kata Dr. Sharon Du, Pengarah Pembangunan Perniagaan, bahagian Asia Pasifik GenScript ProBio. "Selain daripada proses huluan dan perkhidmatan analitikal, GenScript Probio juga dapat menyediakan pembangunan proses hiliran, lalu menjadikannya penyelesaian sehenti untuk pelanggan. Kami akan terus menyediakan penyelesaian terbaik kepada pelanggan dan rakan kongsi kami dengan memanfaatkan platform teknologi dan kepakaran kami."

Latar Belakang GenScript Biotech Corporation

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan yang terkemuka di dunia bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains hayat serta pembuatan. Dibina berasaskan kepada teknologi sintesis gennya yang mantap, GenScript Biotech dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform perkhidmatan dan produk sains hayat, platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak (CDMO) biologik, platform terapi sel global dan platform produk biologi sintesis industri. 

GenScript Biotech ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript Biotech mencakupi lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan entiti sah terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, China, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript Biotech menyediakan perkhidmatan dan produk premium, mudah dan andal kepada lebih 100,000 pelanggan. 

Setakat 31 Disember 2021, GenScript Biotech mempunyai lebih daripada 5,200 pekerja secara global, lebih 40% daripada mereka berkelulusan ijazah sarjana dan/atau Ph.D. Di samping itu, GenScript Biotech memiliki beberapa hak harta intelek termasuk lebih 180 paten, lebih 670 permohonan paten sedang menunggu dan sejumlah besar rahsia perdagangan.

Didorong oleh misi korporat "menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript Biotech berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 31 Disember 2021, perkhidmatan dan produk GenScript Biotech disebut oleh 65,600 artikel jurnal berwasit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi GenScript Biotech.

https://www.genscript.com

Latar Belakang GenScript ProBio

GenScript ProBio ialah subsidiari GenScript Biotech Corporation, menyediakan secara proaktif perkhidmatan CDMO hujung-ke-hujung daripada penemuan kepada pengkomersialan ubat-ubatan dengan strategi proaktif, penyelesaian profesional dan proses cekap dalam terapi sel dan gen (CGT), vaksin, penemuan biologik dan ubat protein antibodi bagi mempercepatkan pembangunan ubat untuk pelanggan. GenScript ProBio menubuhkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat, Belanda, Korea Selatan, Shanghai, Hong Kong, Nanjing dan tempat-tempat lain untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan global dan menyokong pelanggan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia Pasifik dan wilayah-wilayah lain untuk memperoleh lebih daripada 30 kelulusan IND.

Penyelesaian terapi sel dan gen keseluruhan GenScript ProBio meliputi CMC plasmid dan virus untuk pemfailan IND serta pembuatan klinikal dan pembuatan komersial.

Penyelesaian inovatif GenScript ProBio untuk penemuan dan pembangunan biologik termasuk penemuan antibodi terapeutik, kejuruteraan antibodi dan pencirian antibodi. Dalam perkhidmatan pembangunan biologik, GenScript ProBio telah membina platform bahan DNA hingga GMP, termasuk pembangunan titisan sel yang stabil, lesen sel hos, pembangunan proses, pembangunan analitikal hinggalah pembuatan klinikal dan menawarkan proses suapan sekelompok dan perfusi untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap antibodi dan ubat-ubatan protein. GenScript ProBio mewujudkan kapasiti GMP yang memenuhi keperluan kawal selia FDA, EMA dan NMPA.

Menuju misi "Inovasi melalui Kolaborasi", GenScript ProBio komited untuk membantu pelanggan memendekkan garis masa untuk pembangunan ubat-ubatan biologik daripada penemuan kepada pengkomersialan, menurunkan dengan ketara kos R&D dan membina masa depan yang lebih sihat.

https://www.genscriptprobio.com/

Source:
Genscript
GenScript ProBio
Related Stocks:
HongKong:1548
Keywords: Health Care/Hospital