omniture

Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan dan HHMC Umumkan Kerjasama Strategik

Staffing Industry Analysts
2013-11-04 21:00 167

-- Peneraju Industri Pengambilan Kakitangan dan Perekrutan Lancar Kerjasama bagi Memajukan Khidmat Nasihat dan Penyelidikan di Asia Pasifik

MOUNTAIN VIEW, California, 4 November 2013 /PRNewswire/ -- Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan yang merupakan penasihat global bagi kerja kontinjen dan HHMC, kumpulan khidmat nasihat bebas bagi industri perekrutan Asia Pasifik, hari ini mewujudkan kerjasama bagi membangunkan dan mengembangkan penyelidikan Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan dalam rantau tersebut. HHMC akan bertanggungjawab menyediakan jualan tempatan dan sokongan bagi juruanalisis.

Baru-baru ini, Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan mengembangkan penyelidikannya, lalu menawarkan keahlian korporat secara global. Kira-kira 900 syarikat di seluruh dunia telah pun mendaftar bagi mendapatkan keahlian tersebut. Keahlian korporat yang disediakan khusus bagi pegawai eksekutif firma kakitangan itu memberikan perkhidmatan kepintaran, alat proprietari, laporan, penyelidikan dan khidmat nasihat. Syarikat pengambilan kakitangan yang mendaftar bagi keahlian korporat Juruanalisis Industri Kakitangan dan persidangan melalui HHMC akan menerima harga istimewa yang disediakan khas untuk rakan hubungan HHMC.

"Kerjasama bersama HHMC merupakan bahagian penting strategi kami untuk mengambil peluang terhadap perkembangan industri pengambilan kakitangan di Asia Pasifik dan mengukuhkan kedudukan pimpinan kami," kata Barry Asin, presiden Juruanalisis Industri Kakitangan. "Kerjasama hebat kami bersama HHMC ini akan membantu mengembangkan perniagaan kami. Kami memerlukan rakan kongsi di rantau ini yang mampu memahami pengambilan kakitangan dan HHMC melalui pengalaman bertahun-tahun berkhidmat untuk firma pengambilan kakitangan. Ini akan menjadi pelengkap yang bagus dalam rantau ini untuk menyediakan kandungan penyelidikan, perkhidmatan dan jualan untuk perkhidmatan global kami yang sudah kian berkembang ini."

"Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan merupakan penginovasi dan peneraju dalam menyediakan penyelidikan dan peralatan kepada syarikat pengambilan kakitangan bagi mengejar kemajuan dalam pasaran yang kian mencabar dewasa ini dan kami amat berbangga untuk membentuk kerjasama ini dengan mereka," kata Rod Hore, pengarah HHMC. "Kerjasama kami mengukuhkan komitmen bagi menyediakan perkhidmatan dan maklumat terperinci bagi rantau Asia Pasifik."

Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan telah berkhidmat untuk komuniti pengambilan kakitangan selama 25 tahun. Kandungannya yang telah memenangi pelbagai anugerah merupakan keperluan utama bagi peneraju syarikat pengambilan kakitangan. Syarikat tersebut menganjurkan sebanyak tiga persidangan setiap tahun khas untuk industri pengambilan kakitangan. Pada tahun 2014, Forum Eksekutif akan diadakan di San Diego, California, bermula pada 18 hingga 21 Mac dan di London pada 4 hingga 5 November. Persidangan Kemuncak Pengambilan Kakitangan Penjagaan Kesihatan pula akan berlangsung di Dallas, Texas, pada 9 hingga 11 September.

Di samping perkhidmatan bertahun-tahun untuk syarikat pengambilan kakitangan, Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan turut berkhidmat untuk pembeli global pekerja kontinjen. Syarikat tersebut turut menganjurkan persidangan Asia Pasifik pertama bagi para pembeli, Persidangan Kemuncak Strategi Tenaga Kerja Kontinjen (CWS) di Singapura pada 13 hingga 14 November 2013.

Tentang Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan
Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan merupakan penasihat global bagi kerja kontinjen. Terkenal dengan idea bebas dan objektif, penyelidikan proprietari syarikat tersebut, kandungan yang memenangi pelbagai anugerah, data, peralatan sokongan, penerbitan dan persidangan eksekutif menyediakan kelebihan daya saing kepada para pembuat keputusan yang menyediakan dan membeli pengambilan kakitangan sementara. Di samping pengambilan kakitangan sementara, Juruanalisis Industri Pengambilan Kakitangan turut mengambil bahagian dalam sektor pengambilan kakitangan yang berkaitan. Syarikat tersebut turut menyediakan akreditasi yang diperlukan melalui program Profesional Tenaga Kerja Kontinjen Diperakui (CCWP). Ditubuhkan pada tahun 1989 dan dibeli oleh Crain Communications Inc. pada tahun 2008, syarikat ini beribu pejabat di Mountain View, California dan mempunyai pejabat di seluruh London, England.

Tentang HHMC
Pasukan khidmat nasihat korporat HHMC beroperasi di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara. Agensi perekrutan yang mencari hasil korporat yang praktikal telah mendapat pelbagai manfaat daripada pengetahuan industri yang cemerlang, keupayaan penggabungan dan pemerolehan (M&A) dan perkhidmatan khidmat nasihat profesional. HHMC menyediakan pasukan berpengalaman dengan latar belakang yang praktikal dan kukuh dalam bidang kewangan eksekutif dan pengurusan korporat serta perkhidmatan khidmat nasihat korporat.

Source: Staffing Industry Analysts
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services