omniture

CGTN: Sidang kemuncak Samarkand: Apa China cadangkan untuk tingkatkan perpaduan, kerjasama SCO

CGTN
2022-09-19 08:36 50

BEIJING, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Menerusi lawatan pertama beliau ke luar negara sejak bermulanya pandemik COVID-19, Presiden Cina Xi Jinping berkunjung ke Asia Tengah untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan Shanghai Cooperation Organization (SCO), diadakan pada tahun ini di bandar Samarkand, Uzbek.

Menggelarnya "acara China yang paling penting bagi diplomasi ketua negara menjelang Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-20," seorang jurucakap Kementerian Luar Negeri berkata ia menunjukkan kepentingan tinggi yang diletakkan oleh China terhadap SCO.  

Di mesyuarat ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara SCO pada hari Jumaat, Presiden Xi menyatakan bahawa SCO telah menjadi daya konstruktif yang penting dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.

Beliau menggesa kumpulan tersebut untuk mendukung Semangat Shanghai, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama serta menggalakkan pembinaan komuniti SCO yang lebih erat dengan masa depan dikongsi bersama.

Semangat Shanghai terus maju 

Sidang Kemuncak SCO Samarkand berlangsung tatkala dunia menyaksikan gabungan impak pandemik yang tidak dilihat dalam satu abad, trend penyahglobalisasi dan faktor-faktor rumit yang lain, dengan sistem tadbir urus ekonomi global yang menghadapi cabaran.

Semangat Shanghai, dinamakan sempena bandar Cina di tempat kumpulan tersebut ditubuhkan dan sebagai nilai dan garis panduan asasnya, menampilkan sikap saling mempercayai, manfaat bersama, kesamaan, perundingan, menghormati kepelbagaian budaya dan usaha mengejar pembangunan bersama.

Pada hari Jumaat, Xi berkata apa yang dapat diambil daripada amalan beraneka kumpulan tersebut termasuk kepercayaan politik, kerjasama yang saling bermanfaat, kesamaan, keterbukaan dan keterangkuman serta kesaksamaan dan keadilan yang merangkumkan sepenuhnya Semangat Shanghai.

Telah ditunjukkan bahawa Semangat Shanghai ialah sumber kekuatan untuk pembangunan SCO dan juga panduan asas yang harus diikuti oleh negara-negara anggota SCO dalam beberapa tahun akan datang, kata beliau.

"Kerana Semangat Shanghailah SCO mencapai kejayaan luar biasa. Kami akan terus mengikuti panduannya ketika kami mara ke hadapan," ikrar beliau.

Melangkaui keselamatan 

Tatkala konflik geopolitik dan ancaman keselamatan bukan tradisi seperti ekstremisme dan keganasan terus meningkat, SCO memainkan peranan penting dalam melindungi keselamatan serantau dan kemakmuran bersama. Namun begitu, peranannya melebihi keselamatan.

Semasa ucapan beliau, Xi menyeru anggota-anggota SCO untuk mengukuhkan kerjasama praktikal sesama mereka. Beliau berkata China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang lain untuk meneruskan Inisiatif Pembangunan Global yang dicadangkan oleh China dan mempromosikan secara bersama Inisiatif Jalur dan Jalan.

Di sidang kemuncak tersebut, kenyataan untuk melindungi tenaga antarabangsa dan sekuriti makanan turut diterima pakai. Xi berjanji China akan menyediakan bantuan kemanusiaan kecemasan dengan bijirin dan bekalan lain yang bernilai 1.5 bilion yuan kepada negara-negara sedang membangun yang memerlukan.

Presiden Cina turut menggesa kumpulan tersebut untuk melaksanakan sepenuhnya dokumen kerjasamaa dalam bidang-bidang seperti perdagangan dan pelaburan, infrastruktur, rantaian bekalan, inovasi saintifik dan teknologi serta kecerdasan buatan.

Memberi amaran terhadap "ketaksuban membentuk kumpulan kecil," Xi mengulangi semula kepentingan mendukung multilateralisme yang sebenar untuk meningkatkan tadbir urus global dan memastikan aturan antarabangsa adalah lebih adil dan saksama.

Visi untuk masa depan 

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, SCO melalui perjalanan yang luar biasa. Setakat ini, organisasi berkenaan mempunyai lapan anggota penuh, empat negara pemerhati dan beberapa rakan dialog.

Dari segi skop geografi dan populasi, SCO ialah organisasi serantau yang terbesar di dunia, meliputi kira-kira 60 peratus daripada kawasan darat Eurasia dan 41 peratus daripada populasi dunia. Anggota-anggotanya menyumbang sebanyak 24 peratus daripada KDNK global dalam tahun 2021, menurut Bank Dunia.

SCO pula masih berkembang. Di sidang kemuncak pada hari Jumaat, memorandum obligasi berhubung keanggotaan SCO penuh Iran telahpun ditandatangani; prosedur untuk penyertaan Belarus telah bermula; MOU yang memberi status rakan dialog SCO kepada Mesir, Arab Saudi dan Qatar telahpun ditandatangani; perjanjian dicapai untuk menerima Bahrain, Maldives, UAE, Kuwait dan Myanmar sebagai rakan dialog baharu.

Menyedari bahawa semakin banyak negara telah memohon untuk menyertai keluarga SCO, presiden Cina berkata ia memperlihatkan sepenuhnya kuasa visi SCO dan keyakinan yang dikongsi secara meluas pada masa depannya.

Sebagai kesimpulan ucapan beliau, Xi menyeru semua negara untuk bertindak menurut Semangat Shanghai, berusaha mencapai pembangunan SCO yang mantap dan membina secara bersama rantau ini menjadi tempat yang aman, stabil, makmur dan indah.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-16/Xi-Jinping-delivers-speech-at-SCO-summit-in-Samarkand-1dnrViKtBks/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion