XUZHOU, China, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- XCA2600, kren semua rupa bumi tanan terbesar dunia yang dibangunkan oleh XCMG (SHE:000425), berjaya menyelesaikan ujian pertama untuk mengangkat berat 173-tan, sebelum dihantar ke sebuah ladang angin di China pada bulan hadapan.
XCA2600 dilengkapi dengan tiga teknologi teras: bum fleksibel berprestasi tinggi, pengangkatan super dan ampaian bebas. Selain mengangkat berat 173 tan, XCA2600 dapat mencapai ketinggian mengangkat 160 meter iaitu 20 peratus lebih tinggi berbanding produk daripada kelas yang sama dan meliputi 90 peratus pemasangan turbin angin di seluruh China.
Selain itu, model ini juga merupakan kren pertama di dunia yang dilengkapi dengan casis 10-gandar dan ia boleh ditukar ganti dengan XCC2600, kren rangkak bum teleskopik tanan terbesar di dunia. Badan XCA2600 adalah 50-cm lebih pendek berbanding purata industri manakala kelegaan bumi minimum adalah 200mm lebih tinggi, membolehkan kefleksibelan operasi yang lebih baik.
Dari segi pengangkatan super dan ketegangan, bum XCA2600 yang baru dibangunkan ini membawakan kawalan aktif dan teknologi ramalan risiko mengangkat bagi memastikan operasi yang cepat dan selamat. Cesi berukuran 3.5 meter lebarnya, berserta sistem ampaian bebas berpaten dan gandar hidup memastikan kestabilan kenderaan.
Selain daripada keupayaan fungsi dan prestasi yang utama dalam industri, model baharu ini adalah lebih cekap untuk projek pemasangan turbin angin utama dengan menyesuaikan keperluan tertentu pelbagai persekitaran dan senario pembinaan.
"Ia boleh menjadi sukar untuk kren besar berjaya mencapai keseimbangan antara meraih keupayaan mengangkat yang besar dan bergerak di sekeliling dengan mudah, terutamanya untuk kren yang perlu memasang turbin angin pada ketinggian 160 meter," kata Shan Zenghai, Ketua Jurutera XCMG Crane. "Bagi mencapai tujuan ini, ia memerlukan inovasi teknologi dan dedikasi kepada pelanggan serta keperluan ketinggian, kebolehcapaian dan keselamatannya."
XCMG telah melakar kemajuan yang ketara dalam membangunkan kren semua rupa bumi tanan besar dalam dekad yang lalu, daripada 800 tan sepuluh tahun yang lalu kepada 2,600 tan pada hari ini. Ketika ini, Syarikat ini menjual sejumlah 126 unit kren roda super dengan tanan lebih besar daripada 1,200 tan yang telah memasang lebih 15,000 turbin angin.
Latar Belakang XCMG
XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 79 tahun. Ketika ini, ia menduduki tempat ketiga dalam industri jentera pembinaan dunia, mengeksport ke lebih daripada 191 negara dan wilayah di serata dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com