omniture

Diperkasa oleh GWM L.E.M.O.N. DHT, Model Tenaga Baharu HAVAL H6 HEV Membuat Kemunculan Sulungnya di Rugby World Cup Sevens 2022

GWM
2022-09-19 09:22 63

BAODING, China, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 9 September, HAVAL H6 HEV, dilengkapi dengan GWM L.E.M.O.N. DHT, muncul di Rugby World Cup Sevens 2022 yang merupakan model tenaga baharu pertama yang diperkenalkan buat julung kali oleh GWM dalam pasaran Afrika Selatan.

Diperkasa oleh GWM L.E.M.O.N. DHT, Model Tenaga Baharu HAVAL H6 HEV Membuat Kemunculan Sulungnya di Rugby World Cup Sevens 2022
Diperkasa oleh GWM L.E.M.O.N. DHT, Model Tenaga Baharu HAVAL H6 HEV Membuat Kemunculan Sulungnya di Rugby World Cup Sevens 2022

Di luar Cape Town Stadium, HAVAL H6 HEV menarik perhatian khalayak ramai. Ada antara mereka yang berkata bahawa mereka menyukai bahagian luar model ini dan bertanyakan tentang konfigurasi dan tarikh pelancaran.

"Kami berharap dapat menembusi pasaran tenaga baharu Afrika Selatan bersamanya, membawakan kepada pengguna kami dengan pengalaman memandu yang serba baharu daripada kenderaan tenaga baharu. Tidak lama lagi, HAVAL H6 HEV akan boleh didapati di Afrika Selatan," kata Conrad Groenewald, Ketua Pegawai Operasi HAVAL Afrika Selatan.

Model ini dilengkapi dengan GWM L.E.M.O.N. DHT, dipadankan dengan rangkaian kuasa enjin 1.5T dan dwimotor.

Dengan penukaran pintar sistem kawalan, model ini dapat mencapai keseimbangan antara prestasi kuasa dan penggunaan bahan api dalam pelbagai senario. Apabila memandu di jalan raya bandar pada kelajuan rendah, kenderaan tersebut dapat dipandu dalam EV atau mod siri bagi mencapai permulaan pantas dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Ketika ini, model tenaga baharu ini telahpun dilancarkan di Australia, Thailand dan wilayah-wilayah lain.

CarExpert, media automobil Australia yang terkenal, mengulas selepas pandu uji, "HAVAL H6 HEV ialah SUV hibrid yang bagus. Ia berubah-ubah dengan pintar antara petrol dan kuasa elektrik untuk menyampaikan campuran antara prestasi dan ekonomi serta peningkatan kelajuan yang mengejutkan apabila anda memerlukannya."

Seperti yang ditunjukkan dalam data jualan yang dikeluarkan oleh syarikat ini, HAVAL H6 HEV tersenarai di kedudukan teratas dalam pasaran SUV Kelas C Thailand selama 10 bulan sejak ia dilancarkan setakat penghujung bulan Julai tahun ini.

L.E.M.O.N. DHT direka bentuk dan dibangunkan dengan bebas oleh GWM, yang mempunyai kelebihan yang amat boleh disepadukan, sangat pintar dan ciri kebolehsuaian tinggi. Melalui sistem kawalan pintar, ia dapat menukarkan mod memandu secara automatik seperti EV, sambungan siri selari, sambungan bersiri dan pemulihan tenaga, mengikut senario memandu semasa.

Ini membolehkan kenderaan menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman memandu jimat bahan api dalam keadaan bandar dan pengalaman memandu yang berkuasa pada kelajuan tinggi. Sistem tersebut boleh dilengkapi dengan seni bina kuasa HEV dan PHEV.

Dalam bulan Ogos tahun ini, GWM HAVAL mengumumkan secara rasmi bahawa ia telah memulakan transformasi yang menyeluruh terhadap trak tenaga baharu. Syarikat ini merancang untuk meningkatkan proposisi jualan model tenaga baharunya kepada 80% menjelang tahun 2025.

HAVAL, disokong oleh GWM L.E.M.O.N. DHT, akan menghasilkan lebih banyak SUV tenaga baharu untuk pengguna seluruh dunia yang bukan sahaja dapat beradaptasi dengan tabiat penggunaan mereka tentang kenderaan bahan api, tetapi juga melegakan kebimbangan berhubung jarak pemanduan dan keselamatan kenderaan tenaga baharu.

 

Source: GWM
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Sporting Events Sports Telecommunications Transportation Utilities New products/services