omniture

Autel Robotics Mulakan Hari Jenama dengan Pertandingan Video Autel Flight Club

Autel Robotics Co., Ltd.
2022-09-19 09:32 151

BOTHELL, Washington, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Autel Robotics, pembangun utama dron dan peranti fotografi udara, hari ini telah memulakan satu siri aktiviti untuk acara jenama AutelDay rasminya.

Autel Robotics menyambut AutelDay dengan Pertandingan Video Autel Flight Club
Autel Robotics menyambut AutelDay dengan Pertandingan Video Autel Flight Club

Berlangsung mulai 17 September hingga 31 Oktober, tema AutelDay pada tahun ini ialah "Perspektif Baharu. Kemungkinan Baharu" dan termasuk Pertandingan Video Autel Flight Club. Pertandingan ini menjemput pengguna untuk meneroka kemungkinan yang tidak terhingga apabila dibawa ke udara dan merakam filem dari perspektif baharu. Autel berharap peserta akan menggunakan dron EVO Nano series, EVO Lite series atau EVO II series untuk mencipta rakaman video pendek.

EVO Nano+ mempunyai gimbal tiga paksi serta sensor CMOS 1/1.28-inci (0.8-inci) yang berupaya untuk merakam foto 4K, 50MP. Beratnya hanya 249 gram atau sama seperti telefon pintar standard, bererti ia amat mudah untuk dibawa hampir ke mana-mana. Reka bentuk tatasusunan penapis warna RYYB dron ini menampilkan apertur f/1.9 besar yang membolehkan pengurangan hingar yang unggul untuk pengguna dan berupaya untuk menghasilkan imejan luar biasa dalam keadaan cahaya rendah.

EVO Lite+ menjamin lebih kefleksibelan untuk pengguna apabila menyebut tentang mengekspresikan kreativiti mereka. Dron tersebut mempunyai beberapa ciri tambahan untuk membantu merakam imejan yang luar biasa dari udara. Ia menawarkan video 6K sekali gus membawakan jarak penerbangan yang lebih panjang dengan kurang gangguan dan sistem Penghindaran Halangan Sudut Ultra-Luas. Apertur boleh laras, bermula daripada f/2.8 hingga f/11, membantu pengguna mengubah pendedahan dan kedalaman medan untuk menghasilkan beberapa kesan dan gaya yang benar-benar cemerlang apabila mengambil gambar. EVO Lite+ juga mahir mengambil gambar pada waktu malam memandangkan ia didatangkan dengan sensor imej CMOS 1-inci dan algoritma cahaya bulan pintar untuk merakam butiran imej yang amat jelas dan terang.

Syarikat ini akan mengumpul peserta sepanjang tempoh Hari Jenama sebelum menilai mereka secara saksama dan mengumumkan para pemenang. Pertama, pengguna mencipta kandungan mereka dengan dron Autel. Kemudian, mereka perlu mengikuti @Autelrobotics di Instagram atau YouTube dan turut meletakkan tanda pada akaun ini apabila menyiarkan kandungan mereka pada salah satu platform media sosial semasa menggunakan tanda pagar #AutelDay.

Autel telah menyediakan pelbagai hadiah yang lumayan untuk penyertaan terbaik. Akan terdapat satu pemenang hadiah pertama yang akan membawa pulang $2,000. Dua pemenang hadiah kedua dan tiga pemenang hadiah ketiga masing-masing akan menerima $1,500 dan $1,000. Di samping itu, hadiah istimewa akan diberikan kepada 20 peserta tambahan. Sila rujuk peraturan pertandingan video untuk butiran lanjut.

Autel akan menganjurkan lebih banyak Bengkel dan Kempen Jerayawara luar talian di bandar-bandar berbeza seluruh dunia. Syarikat ini akan menjemput ramai pemimpin pendapat utama (KOL) yang terkenal daripada industri ini untuk turut mempamerkan produk syarikat yang terkini di acara tersebut. Untuk pengaturan aktiviti luar talian tertentu, sila rujuk pengumuman kawasan setempat.

Bagi meraikan acara jenama AutelDay, Autel turut menyediakan kepada pelanggan dengan tawaran istimewa yang eksklusif. Antara 17 September dan 30 September, syarikat ini telah mengurangkan harga EVO Lite+ Premium Bundle sebanyak 20 peratus kepada $1479 dan EVO Nano+ Premium Bundle sebanyak 20 peratus kepada $879.

Latar Belakang Autel Robotics

Autel Robotics ialah sebuah pasukan yang terdiri daripada ahli profesional industri dengan semangat yang tulen terhadap teknologi dan pengalaman kejuruteraan selama bertahun-tahun. Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Autel sentiasa berusaha untuk mencapai inovasi berpandukan pelanggan dan terus berusaha untuk meninggikan standard industri untuk dron. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Shenzhen, pusat industri teknologi China; ia juga mempunyai tapak penyelidikan dan pembangunan (R&D) di serata dunia termasuk Seattle, Munich dan Silicon Valley.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.autelrobotics.com atau ikuti Autel Robotics di Facebook @autelrobotics dan Instagram @autelrobotics, atau langgan Saluran YouTube Autel Robotics.

 

Source: Autel Robotics Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Social Media New products/services