omniture

Persatuan Air Antarabangsa Iktiraf Perkhidmatan Bekalan Air Macau SUEZ sebagai "Kes Pintar Iklim Paling Menginspirasikan"

SUEZ Asia
2022-09-19 15:08 58

MACAU, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 15 September, semasa Kongres Persatuan Air Antarabangsa (IWA) di Copenhagen, subsidiari SUEZ, Macao Water, diiktiraf sebagai "Kes Pintar Iklim Paling Menginspirasikan" di bawah Program Pengiktirafan Inisiatif Utiliti Pintar Iklim IWA. Di samping itu, Projek Rawatan Air Sisa Tangjiatuo Chongqing dan Projek Air Taman Industri Kimia Shanghai, turut disenarai pendek antara finalis Utiliti Pintar Iklim.

International Water Association recognizes SUEZ’s Macao Water supply services as “Most Inspiring Climate Smart Case”
International Water Association recognizes SUEZ’s Macao Water supply services as “Most Inspiring Climate Smart Case”

IWA melancarkan Inisiatif Utiliti Pintar Iklim global untuk membantu utiliti air meningkatkan kebingkasan iklim mereka, lalu mempercepatkan peralihan kepada model pintar iklim. Juri memilih Kes Pintar Iklim Paling Menginspirasikan daripada antara 56 penyertaan, diserahkan dari 34 negara dan 2 wilayah. Setiap penyertaan membawakan langkah-langkah yang signifikan terhadap perubahan iklim merentas tiga tonggak: Adaptasi, mitigasi dan kepimpinan.

SUEZ telah berada di Macau selama hampir empat dekad. Ia menyediakan penyelesaian untuk penghasilan, pengedaran air minuman dan khidmat pelanggan untuk seluruh bandar Macau, membantunya memelihara sumber airnya dan mengukuhkan kebingkasannya. Penyelesaian pintar, pengurusan operasi yang cemerlang, pencapaian dalam menangani cabaran iklim tempatan, pengurangan emisi gas rumah hijau dan penggalakan penjimatan air dan sains Pendidikan melalui pendekatan yang inovatif daripada syarikat ini, merupakan antara sebab Macao Water telah mencapai pengiktirafan yang terbaru ini.

Adaptasi Iklim

Ekoran persekitaran geografi Macau yang unik, serta impak perubahan iklim global, pengurangan ancaman banjir dan penerobosan air masin serta pembinaan bandar pintar jimat air merupakan keutamaan tertinggi. SUEZ telah membangunkan aplikasi digital melalui Macao Water untuk pengurusan kecemasan bagi memastikan semua langkah diikuti dengan ketat, dengan kecekapan yang tinggi, terutamanya semasa kejadian cuaca melampau seperti banjir, taufan dan penerobosan air masin.

Sebagai pengendali infrastruktur awam yang kritikal dan penyedia khidmat awam dalam bekalan air, Macao Water berada dalam Struktur Perlindungan Awam Kerajaan Macau SAR untuk mengukuhkan kesiapsiagaan menghadapi bencana, respons kecemasan dan keupayaan pengurusan krisis oleh kerajaan. Kadar kehilangan air syarikat ini telah jatuh daripada 18.1% pada tahun 1985 kepada 6.7% pada tahun 2021, standard yang utama di Asia.

Mitigasi Iklim

Syarikat ini telah melaksanakan sistem pintar untuk meningkatkan kecekapan tenaga loji rawatan air, seterusnya mengurangkan penggunaan kuasa elektrik. Di samping itu, menggunakan tenaga solar, ia mengurangkan jejak tenaga loji dan menurunkan emisi gas rumah hijau kira-kira setara 16,000 tan CO2 pada tahun 2021.

Kepimpinan Iklim

SUEZ telah menjadi sebahagian daripada pembangunan Macau selama hampir 40 tahun. Kumpulan ini telah melaksanakan strategi pembangunan mampan yang jelas di Macao Water untuk membantu meningkatkan kebingkasan bandar dan alam sekitar Macau. Syarikat ini diiktiraf sebagai peneraju industri. Loji rawatan airnya yang baru dibina dan canggih merupakan yang pertama di Macau yang menerima pensijilan satu-bintang di bawah Green Building Design Label. Anugerah ini telah meningkatkan reputasi SUEZ untuk sains air yang luar biasa sekali gus meningkatkan infrastruktur bekalan air seluruh bandar ini.

Steve Clark, Ketua Pegawai Eksekutif SUEZ Asia, berkata, "Saya gembira melihat projek-projek SUEZ di China mendapat pengiktirafan atas sumbangan iklim mereka di bawah program antarabangsa yang berprestij ini. Pengurusan sumber pintar merupakan komponen penting dalam peralihan ekologi dan pembangunan tahan-iklim. Sebagai pengusaha utama dalam industri perkhidmatan alam sekitar, SUEZ kekal komited untuk membangunkan dan menyampaikan penyelesaian yang berdaya tahan dan inovatif yang memanfaatkan alat-alat digital untuk transformasi hijau dan tindakan iklim yang berjaya di pelosok dunia yang berbeza."

Latar Belakang SUEZ

SUEZ ialah pengusaha yang utama bagi perkhidmatan alam sekitar. Selama hampir 160 tahun, SUEZ telah menyokong komuniti tempatan dan syarikat industri dalam pengurusan perkhidmatan penting seperti air dan sisa. Justeru itu, SUEZ menghasilkan air minuman untuk 66 juta orang di serata dunia, memulihkan 2 juta tan bahan mentah sekunder setiap tahun dan menjana 3.1 TWj tenaga boleh diperbaharui daripada sisa. Dalam pengurusan berterusan kami terhadap cabaran peralihan ekologi dan perubahan iklim, SUEZ akan bergantung kepada kepakaran dan komitmen 40,000 pekerjanya (terutamanya di Perancis, Itali, Eropah Tengah, Afrika, Asia dan Australia) bagi menawarkan penyelesaian alam sekitar yang bernilai tambah tinggi dan disesuaikan kepada semua pelanggannya. Kepakaran SUEZ membolehkan pelanggannya untuk mengelakkan emisi 4.2 juta tan CO2, seterusnya meningkatkan jejak karbon mereka dan impaknya ke atas iklim. Dengan nilai pusing ganti sebanyak lebih EUR 7.5 bilion dalam tahun 2021 dan disokong oleh kepakaran dan kapasitinya untuk berinovasi, SUEZ memiliki prospek pertumbuhan yang mantap. SUEZ bergantung kepada konsortium mantap pelabur yang terdiri daripada Meridiam dan GIP – dengan 40% kepentingan setiap satu - dan Caisse des Dépôts et Consignations Group – dengan 20% kepentingan dalam modal, termasuk 8% dipegang oleh CNP Assurances bagi meneruskan rancangan pembangunan strategiknya di Perancis dan di peringkat antarabangsa.

Di Asia, perjalanan SUEZ bermula kira-kira 70 tahun yang lalu, yang pertama di Asia Tenggara sebelum berkembang ke China hampir 50 tahun yang lalu. Menerusi lebih 6,500 pekerja dan lebih 40 usaha sama bersama rakan kongsi tempatan, SUEZ telah membina lebih 600 loji air dan air buangan. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan air dan bahan buangan kepada lebih 20 juta orang dan menyampaikan perkhidmatan alam sekitar kepada 16 taman industri. SUEZ mengurus kontrak air PPP pertama China di Macau, mengendalikan salah satu kemudahan rawatan sisa berbahaya yang terbesar di Asia iaitu di Shanghai serta melabur sebanyak lebih RMB 4 bilion di Chongqing. Hari ini, SUEZ diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh dan penanda aras perkhidmatan untuk menerajui industri alam sekitar wilayah ini.

Ketahui lebih lanjut tentang SUEZ Asia
di laman sesawang & media sosial kami:
WeChat | Twitter | LinkedIn | YouTube | Instagram

Source: SUEZ Asia
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Awards