omniture

CTCI Bantu Pembuat Cip Terkemuka TSMC Jimat Air Dengan Loji Pemulihgunaan Air Sisa Industri Pertama Industri untuk Kegunaan Cip

CTCI
2022-09-19 15:37 59

TAIPEI, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Kumpulan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan yang terkemuka CTCI mengumumkan pada hari ini permulaan operasi Loji Pemulihgunaan Air Taman Sains Taiwan Selatan TSMC, sebuah loji pemulihgunaan air sisa perindustrian yang mengkhusus untuk membekalkan air tebus guna untuk proses pembuatan cip melalui teknologi bio-rawatan, penapis-ultra dan osmosis berbalik. Loji Pemulihgunaan Air Taman Sains Taiwan Selatan TSMC ialah loji air tebus guna pertama dalam industri ini yang menggunakan teknologi hijau yang inovatif untuk menghasilkan semula air sisa industri dengan jayanya dan menggunakannya semula dalam proses semikonduktor, lalu mengurangkan tekanan dengan berkesan ke atas bekalan air tempatan dan menjadi contoh dalam kitar semula sumber air.

Sebuah majlis yang menandakan permulaan operasi telahpun diadakan hari ini, dipengerusikan oleh John T. Yu, Pengerusi Kumpulan CTCI. Para hadirin terkenal termasuk Wei-che Huang, Datuk Bandar bagi Bandar Tainan dan Arthur Chuang, Naib Presiden TSMC.

"Menggunakan air tebus guna sebagai sumber air menjadi semakin penting bagi mencapai pembangunan mampan global," kata Pengerusi Kumpulan CTCI John T. Yu semasa majlis permulaan operasi. "Kami berasa gembira kerana berpeluang untuk berganding bahu dengan TSMC yang berkongsi komitmen dan visi kami dari segi kemampanan, untuk mengubah impian menjadi kenyataan. Saya percaya loji pemulihgunaan air ini telah melakar pencapaian yang serba baharu dari segi penggunaan semula air dan pengurangan sisa."

"TSMC mengamalkan pembuatan hijau, terlibat secara mendalam dalam pengurusan risiko sumber air dan komited untuk meluaskan sumber air terpelbagai," kata Naib Presiden Operasi / Kemudahan TSMC, Dr. Arthur Chang. "Loji Pemulihgunaan Air Taman Sains Taiwan Selatan TSMC ialah pencapaian yang penting dalam inovasi teknologi hijau global. Bersama-sama CTCI, kami telah membangunkan teknologi untuk menghasilkan semula air sisa industri dengan jayanya bagi memenuhi piawaian kebersihan proses agar ia dapat digunakan semula dalam pengeluaran semikonduktor. TSMC berharap dapat menarik industri-industri lain untuk menyokong bersama-sama pengguna air tebus guna bagi mempercepatkan pembangunan industri dan teknologi yang berkaitan serta merealisasikan masa depan yang lebih mampan."

CTCI ditugaskan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk mereka bentuk, membina, memiliki dan mengendalikan loji tersebut untuk 20 tahun akan datang, menyediakan air bersih untuk perniagaan pembuatan cip TSMC. Loji tersebut memperoleh influennya daripada air sisa yang dihasilkan daripada proses pembuatan cip serta daripada pelepasan loji rawatan air sisa taman sains. Ketika ini, loji tersebut dapat membekalkan 5,000 tan air tebus guna sehari dan akan dapat membekalkan hingga 20,000 tan sehari setahun dari sekarang. Dua loji pemulihgunaan air sisa perbandaran yang lain, Yong-Kang dan An-Ping sedang dibina dan akan menyertai loji awal, secara berperingkat-peringkat untuk membekalkan air tebus guna tambahan.

Ini merupakan pencapaian yang besar untuk industri cip berintensifkan air, memandangkan fabrikasi TSMC di dalam Taman Sains Taiwan Selatan (STSP) kini mula menerima sekurang-kurangnya 5,000 tan air tebus guna setiap hari dan akan menerima 67,000 tan air tebus guna sehari menjelang tahun 2024, bersamaan dengan 68% daripada air bandar yang digunakan oleh fabrikasi TSMC di dalam STSP pada tahun 2021.

CTCI, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam rawatan air sisa industri, menerima pakai teknologi bio-rawatan termaju untuk mengurangkan dengan ketara jumlah tenaga yang diperlukan dan enap cemar yang terhasil daripada bio-rawatan pengudaraan tradisional. Hasilnya, loji tersebut mengalami pencemaran yang sedikit, penggunaan tenaga yang sedikit dan kualiti air yang lebih baik. Bagi tujuan pengembangan masa depan loji tersebut, CTCI bermatlamat untuk menggunakan haba baki daripada loji tenaga-daripada-sisa berhampiran untuk memanaskan air sisa yang terhasil daripada loji itu sendiri dan untuk memeluwapkan dan mengumpul wap terwap untuk menghasilkan 16,000 tan air tebus guna lagi setiap hari.

Latar Belakang CTCI http://www.ctci.com

CTCI (TWSE: 9933, TPEx: 5209, TPEx: 6803) ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan global yang menawarkan rangkaian perkhidmatan, produk, dan penyelesaian yang komprehensif. Sejak penubuhannya dalam tahun 1979, CTCI telah berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, fabrikasi, pembinaan, pentauliahan dan pengurusan projek yang paling andal di dunia. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, CTCI menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan hidrokarbon, petrokimia, kuasa, alam sekitar, pengangkutan, teknologi termaju dan pasaran industri. Syarikat ini merupakan penyedia perkhidmatan EPC yang terkemuka di Taiwan, menggaji kira-kira 7,000 pekerja di sekitar 40 tapak operasi yang mencakupi lebih daripada 10 negara. Ia merupakan anggota dalam Indeks Pasaran Baru Muncul Dow Jones Sustainability™.

Untuk siaran akhbar lebih lanjut, sila ke: http://www.ctci.com/www/ctci2022/page.aspx?L=EN&C=0902

Source: CTCI
Related Stocks:
Gretai:5209 Gretai:6803 Taiwan:9933
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Semiconductors Utilities Water Utilities