omniture

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-19 diadakan di Nanning, China

Guangxi CA Panorama Group
2022-09-19 23:19 54

NANNING, China, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-19 bertemakan "Berkongsi Peluang Baharu RECP, Membina FTA China-ASEAN Versi 3.0," telahpun diadakan di Nanning, China mulai 16 hingga 17 September 2022.

Tahun 2022 merupakan tahun pertama Perkongsian Strategik China-ASEAN dan RCEP mula berkuat kuasa. Sempena peristiwa yang istimewa ini, Dialog Meja-bulat antara Kerajaan Malaysia dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dari China, Forum Pemimpin-pemimpin Perniagaan China-ASEAN & Dialog Khas Kerjasama Perniagaan RCEP serta Simposium Kerjasama Perundangan Komersial China-ASEAN berjaya diadakan di bawah CABIS ke-19.

Pelaksana acara-acara CABIS ke-19 ialah Guangxi CA Panorama Group
Pelaksana acara-acara CABIS ke-19 ialah Guangxi CA Panorama Group

CABIS memfokuskan kepada peluang baharu CABIS, penyepaduan industri dan rantaian bekalan, pembinaan Koridor Perdagangan Darat-Laut Baharu, ekonomi digital, tenaga hijau, pembangunan mampan, perkhidmatan perundangan komersial dan perlindungan harta intelek. Pemimpin negeri, wakil perniagaan dan ahli profesional undang-undang dari China dan ASEAN menjalankan perbincangan mendalam secara dalam talian dan di lapangan, membuahkan banyak hasil dalam dialog peringkat tinggi, pertukaran fikiran serta kerjasama ekonomi dan perdagangan.

CABIS mengeluarkan Laporan Perkembangan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (Progress Report on the China-ASEAN Business and Investment Summit) (2004-2021) dan Persekitaran Perniagaan ASEAN 2022 (Business Environment of ASEAN 2022), diterima baik oleh komuniti perniagaan daripada kedua-dua pihak. Ia mengeluarkan Surat Pelantikan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Pakar untuk CABIS, merasmikan Pejabat Liaison Guangxi Majlis Perniagaan China-Jepun-Korea dan Pejabat Liaison Guangxi Jawatankuasa China Majlis Penasihat Perniagaan RCEP serta mengadakan majlis penandatanganan untuk Taman Logistik Antarabangsa Kuantan Malaysia. Ia mendorong penubuhan Tribunal Komersial Antarabangsa Nanning FTA China-ASEAN dan Pusat Percubaan ASEAN Suruhanjaya Timbang Tara Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa China serta menubuhkan Persatuan Pengantaraan Komersial Guangxi. Pejabat Perkhidmatan Perundangan Komersial Dewan Perniagaan Antarabangsa Guangxi di Negara-negara Anggota RCEP ditubuhkan; Talian Utama Platform Perkhidmatan Perundangan Perdagangan dan Pelaburan Rentas-Sempadan CCPIT (Bahasa Inggeris, Lao dan Myanmar) telahpun dilancarkan; Perjanjian Strategik untuk Membangunkan Platform Pertukaran dan Kerjasama Antarabangsa Harta Intelek Guangxi di bawah RCEP telahpun ditandatangani.

CABIS telah diadakan dengan jayanya sebanyak 19 kali dan menjadi acara ekonomi dan perdagangan antarabangsa pada tahap tertinggi, skala tertinggi dan pengaruh paling luas antara China dan ASEAN. Ia merupakan mekanisme kerjasama yang penting untuk menggalakkan dialog peringkat tinggi, mengukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta mendorong pertukaran rakyat-dengan-rakyat dan juga advokasi komuniti perniagaan dan industri daripada kedua-dua pihak.

 

Source: Guangxi CA Panorama Group
Keywords: Banking/Financial Service