omniture

Huawei Cloud Perkenal Pelan "Go Cloud, Go Global" untuk Promosikan Ekosistem Inovasi

HC2022
2022-09-19 23:54 66

BANGKOK, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI CONNECT 2022 bermula di Bangkok pada hari ini. Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei, menyampaikan ucaptama, Unleash Digital (Serlahkan Digital). Zhang Ping'an, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud, mengumumkan rancangan untuk melancarkan Wilayah-wilayah baharu di Indonesia dan Ireland, memperkenalkan pelan ekosistem "Go Cloud, Go Global" ("Menuju Awan, Menuju Global") dan menegaskan sekali lagi komitmen terhadap Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan. Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan Global Huawei Cloud berkata bahawa Huawei Cloud akan melancarkan lebih daripada 15 inovasi di seluruh dunia, meliputi natif awan, pembangunan AI, tadbir urus data, kandungan digital, pembangunan perisian dan MacroVerse aPaaS.

Menurut Ken Hu, organisasi-organisasi perlu menerima infrastruktur awan untuk pembangunan lonjakan memandangkan teknologi pintar digital merupakan masa depan. Huawei Cloud telah mengintegrasikan lebih daripada 240 perkhidmatan dan lebih daripada 50,000 API untuk membawakan AI terkini, pembangunan aplikasi dan teknologi data raya serta alatan pembangunan ke awan. Inovasi dan kepakaran Huawei Cloud akan membantu lebih banyak organisasi beralih ke awan dengan lebih pantas dan lebih baik.

Huawei Cloud komited untuk membina satu rangkaian global yang membolehkan perkhidmatan pada Huawei Cloud diakses dalam 50 milisaat dari mana-mana sahaja di dunia. Perusahaan tidak perlu lagi membina pusat data mereka sendiri. Huawei Cloud akan melancarkan Wilayah-wilayah baharu di Indonesia dan Ireland. Menjelang penghujung tahun ini, Huawei Cloud akan memanfaatkan 29 Wilayah dan 75 zon ketersediaan (AZ) yang meliputi lebih daripada 170 negara dan wilayah.

Zhang Ping'an turut memperkenalkan pelan "Go Cloud, Go Global". Dengan tumpuan pada Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan, Huawei Cloud akan berkongsi pengalaman setempatnya yang diperoleh dalam perkhidmatan tersebut untuk lebih daripada 170 negara dan wilayah serta pandangan tentang perniagaan dan industri di wilayah-wilayah utama serta menyumbang teknologi dan penyelesaiannya kepada ekosistem global. Usaha berkenaan akan membantu lebih banyak perusahaan menggunakan infrastruktur awan dengan lebih baik dan menuju global dengan lebih berjaya.

Huawei Cloud berpegang kepada pendekatan "oleh tempatan, untuk tempatan" bagi membina ekosistem digital global. Sepanjang tiga tahun akan datang, Huawei Cloud akan memberi sokongan untuk sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula yang cerah masa depannya di serata dunia, dengan sokongan termasuk pengoptimuman kos, sokongan teknikal, latihan keusahawanan dan sumber perniagaan yang lain. Lebih daripada 120 perusahaan di Asia Pasifik menyertai Huawei Cloud Startup Program.

Huawei turut memperkukuh platform yang utama dalam industri demi inovasi pada awan. Dalam ucapan beliau, Jacqueline Shi memperkenalkan 15 perkhidmatan Huawei Cloud yang inovatif termasuk CCE Turbo, Perkhidmatan Natif Awan Merata (Ubiquitous Cloud Native Service, UCS), model gelombang Pangu, DataArts LakeFormation, Virtual Live, CodeCheck dan CloudTest, KooMessage, KooSearch dan KooGallery.

Memandang ke hadapan, Huawei Cloud akan terus mengupayakan industri-industri melalui Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan, Teknologi sebagai satu Perkhidmatan dan Kepakaran sebagai satu Perkhidmatan bagi menyerlahkan fungsi digital dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan dan membina asas awan demi dunia yang pintar.

 

Source: HC2022
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news