omniture

IO Terima Anugerah 2013 Frost & Sullivan Asia Pacific Product Line Differentiation Award for Data Centre Solutions

IO diiktirafi kemampuan untuk mengoptimumkan infrastruktur digital dengan lancar
IO
2013-11-06 10:00 107

SINGAPURA, 6 November 2013 /PRNewswire/ -- Peneraju antarabangsa pusat data penentuan perisian, IO hari ini mengumumkan kemenangan anugerah "2013 Frost & Sullivan Asia Pacific Product Line Differentiation Award for Data Centre Solutions".

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan Asia Pasifik 2013, yang telah dilaksanakan selama enam tahun berturut-turut, mengiktirafi syarikat-syarikat dalam seluruh industri untuk ketekunan, komitmen dan strategi inovatif dalam perniagaan yang merupakan asas untuk mencapai kemajuan dalam pasaran antarabangsa.

Frost & Sullivan mengenali Data Centre as a Service (DCaaS ™), IO.Anywhere® serta IO.OS® sebagai penyelesaian pusat data yang holistik, di mana IO kini bersedia untuk memenuhi permintaan pasaran untuk pemasaran dalam jangka yang terpantas, penempatan pesat, ketangkasan perniagaan dan kos yang lebih rendah.

Namun yang paling penting, Frost & Sullivan mengiktirafi IO.OS kerana berjaya mendahului persaingan dalam pasaran dari segi keupayaan, ketelitian dan kepintaran.

"Sistem operasi pusat data IO.OS mampu merapatkan jurang antara pengurusan dan pemantauan. Para pengendali boleh melihat bukan sahaja komponen persekitaran dan yang fizikal, tetapi juga infrastruktur yang digital," ujar Mayank Kapoor, Industry Manager – Data Centre and Cloud Computing, Asia Pacific ICT Practice, Frost & Sullivan. "Tambahan pula, kemampuan untuk menjalankan analisis ramalan untuk pelbagai senario, membezakan penyelesaian sistem operasi ini daripada persaingan dalam pasaran."

"Ini merupakan suatu penghormatan bagi IO untuk diiktirafkan oleh Frost & Sullivan atas kejayaan untuk mengukuhkan kedudukan yang tersendiri dalam pasaran pusat data Asia Pasifik yang berdaya saing. Kami yakin keupayaan unik IO dalam inovasi IT akan menghasilkan akibat yang di luar jangkaan bagi perusahaan-perusahaan di rantau Asia Pasifik," ucap Adil Attlassy, IO Executive Leader, Global Operations.

Tentang IO Singapura

IO Singapura menawarkan pusat data tentuan perisian yang andal, cekap tenaga dan selamat yang membolehkan aplikasi IT legasi dan yang berasaskan awan pada apa-apa skala. Para pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan infrastruktur mereka di persekitaran berkongsi bersama atau dalam infrastruktur dan modul IO.Anywhere yang khusus. IO Singapura ialah pusat data carrier-neutral dan tidak mengenakan bayaran berulang-kali bulanan bagi hubungan rentas. IO Singapura turut menawarkan Service Level Agreement beroperasi 100 peratus untuk memberikan pelanggan keyakinan aplikasi mereka akan sentiasa berfungsi.

Tentang IO

IO merupakan peneraju global di pusat data tentuan perisian dan telah mempelopori generasi baru bagi teknologi infrastruktur pusat data. Platform teknologi pusat data perisian dan perkakasan bersepadu IO menawarkan syarikat-syarikat, kerajaan dan penyedia perkhidmatan kaedah yang inovatif untuk menggunakan, memperuntukkan, dan meningkatkan keupayaan pusat data di mana-mana sahaja di seantero dunia. Teknologi IO mengurangkan jumlah kos pemilikan pusat data berbanding dengan pusat data tradisional, membolehkan penggunaan yang dinamik dan kawalan pintar berdasarkan keperluan aplikasi dan peralatan IT di pusat data.

IO, ​​logo IO, Kawalan Pintar dan semua tanda dagangan IO yang lain merupakan milikan Pusat Data IO, LLC dan sekutunya. © 2013.

Perhubungan Media:

Troy Rutman
Director, Corporate Communications, IO
602-231-8445
media@io.com

Pinchian Oong
PR for IO, Porter Novelli              
+65-6671-4704 
pinchian.oong@porternovelli.com

Source: IO
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Awards